DARI KERANA MATA
Bab 8
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
(Kisah cinta dan seram) Ameera husna pnyai 6 sense .Mereka bertemu dlm 1 kmalangan mbabitkan 1 llki , Arman .Ada ssuatu yg Arman imgin slesaikan , dia sllu mghantui Ameera dlm ms yg sma terbitnya 1 rasa asing dlm diri masing2 ( New cover by Ruby Annas ).
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
169

Bacaan






      " HUSNA, kalau mengantuk tidurlah ...Jauh lagi ni ...," arah Ameerul Husny sambil itu mata kejap, kejap pandang hadapan.Kadang- kala stereng di belok- belokkan sedikit mengikut laluan.

       " Husna! Husna...! " 

       " Hah ! Apa dia bang ? Abang ngantuk ke ? Nak Husna cover pula ke ? " 

       " Adik abang ni kerap sangat mengelamunnya....Eeee...Ni mesti ada something fishy ni ? Tak nak share ke ? Alhamdulillah , tercapai juga impian abang nak makan nasi hujan panas Husna " 

       " Aduh ! Aduh ! Sejak bila dalam kereta abang ada ketam sesat ni ? " Sengal pula paha , akibat keceluparan dirinya." Rasakan ! Nak lagi ? Amboi! Besa tu ....! " Bentak Ameera Husna seperti memarahi kanak - kanak lagaknya.

       " Tak! Tak ! Tak nak dah....Tobat dah..." Menggeleng- geleng Ameerul kini.Ameera Husna tersenyum megah.Dia dah agak dah dalam segala hal kompomlah dia menang , punya!! 

       " Yelah , jenuh abang panggil Ameera tadi ...Abang kata kalau Husna ngantuk tidurlah dulu...Nanti abang penat , abang kejutkan Husna..." ujar Ameerul kadang- kadang di panggil Ameera , kadang- kadang di panggil Husna.Ikut dan lah, kata orang ! 

       " Okay , abang ku sayang ..," ujar Ameera Husna lantas memandang cermin atas." Hah ! ," teriaknya sambil memekup muka.Brek mengejut  diambil,     lantas kereta berhenti berdekatan besi penghalang jalan.Sreet.....Berbunyi tayar kereta mereka tatkala bergesel dengan aspal jalan.          Mereka masih lagi di highway menuju ke timur.

       " Kenapa ?kenapa ? " 

       " Tak , tak ada apa- apa, tak ada apa- apa "

       " Jangan tipu abang , Husna ! Bagitahu abang kenapa ? Apa yang Husna nampak ? ," bertubi soalan Ameerul lontarkan.Mata dia juga liar perhatikan sekeliling kalau- kalau ada sesuatu yang mencurigakan ,maklumlah mereka kini berada di tengah highway .Malam buta pula tu.

       Ameera Husna cuba melihat cermin atas semula.Kosong ! Pocong dua ekor tadi telah menghilang." Betul, takde apa- apa....Mungkin khayalan Husna je kot...," dalih Ameera Husna.Dia enggan bercerita takut jika abangnya pula diserang ketakutan.Merbahaya kerana dia sedang memandu.

       " Betul ni ?," soal Ameerul Husny inginkan kepastian sebelum dia menyambung kembali pemanduannya yang tergendala." Ye, abang betul.Husna tak apa- apa.Cuma Husna mahu abang pasang apa- apa cd bacaan Quran...." 

       " Cuba ambil di seat belakang, abang simpan " 

       " Baiklah ," sahut Ameera Husna lalu memusingkan badannya ke arah seat belakang.Sekali lagi dia dikejutkan dengan satu lagi penampakan.Cuma kali ini, dia kenal siapa gerangannya.Lelaki itu .Cepat- cepat dia capai beg cd lalu di buka untuk mencari cd yang diingini .

        Arman sangat - sangat panas kini.Dia juga terpaksa pergi dari kereta itu.Sengaja Ameera Husna kuatkan volume .Jam pada dashboard di kerling sekilas sebelum dia melentokkan kepalanya pada seat .Mukanya mengarah ke arah jendela .

        Matanya makin kuyu kini membulat .Ada ' sesuatu' yang dia lihat pada sebatang pokok.Mayat tergantung !!! Ameera cuba picingkan lagi penglihatannya.Tiba - tiba, kepala mayat itu terpusing menghala padanya.Cepat- cepat Ameera pejamkan matanya sambil mulutnya berkumat - kamit , tak sanggup rasanya dia pandang sekali lagi .Sebuah senyuman ngeri di hadiahkan pada Ameera Husna.

       Ameerul Husny memberhentikan keretanya kini.Cermin kereta di turunkan." Assalamualaikum pak cik , pak cik nak ke mana ? Boleh saya tumpangkan...," ujar Ameerul Husny ramah.Dia berasa pelik dan  kasihan pada lelaki tua itu.Berjalan seorang diri di tengah highway ini dengan bertongkat .Ameera Husna semakin pulas tidurnya.

        Jenuh Ameerul Husny cuba perhatikan wajah lelaki tua itu, namun dia tetap menunduk." Tak apalah nak , rumah pakcik dekat aje...," jawabnya sangat perlahan ." Di mana rumah pakcik?Marilah saya tumpangkan...," ujar Ameerul lalu membuka kunci pintu belakang.

        Lelaki tua itu ke arah belakang , pintu kereta terbuka dengan sendiri .Setelah berada di seat belakang, pintu tertutup kembali.Ameerul Husny tersenyum seraya menghidupkan kembali keretanya.

        Ameera Husna menenyeh- nenyeh hidungnya tatkala terhidu sesuatu yang harum.Mungkin Ameerul Husny sembur pada badannya  minyak wangi   , fikir Ameera Husna lalu semakin pulas lenanya.

        Pada pandangan mata Ameerul Husny ia sebuah perkampungan kecil .Namun , jika dilihat dengan hijab yang terbuka kawasan itu adalah perkuburan lama.

         " Terima kasih, nak kerana susah - payah tumpangkan pakcik" ujar lelaki tua itu yang meresap keluar ketika Ameerul Husny melihat telefon pintarnya.Ameerul Husny agak terperanjat kerana tiba- tiba sahaja pakcik tua itu suakan mukanya .

        " Sama- sama.Tak susahlah pakcik lagipun saya pun memang nak lalu jalan ini " 

        " Eh, apa ni pak cik ? Tak apa, tak apa saya ikhlas nak hantar pakcik.." 

        " Ambillah nak..Boleh tambah minyak nanti ...Jauh lagi perjalanan anak itu " 

        " Tak apa pak cik....Saya ikhlas ...." 

        " Kalau  begitu kata anak, tak apalah ...Pak cik doakan agar anak berdua selamat sampai ..." 

        " Aamiin...Terima kasih pakcik" 

         Ameerul Husny memandang lelaki tua itu berjalan menuju ke perkampungan tersebut ." Hampir 3.30 pagi dah..," ujar Ameerul lalu menghidupkan kembali keretanya.

         " Ya Allah , SubhanAllah...Apa semua ini ?," soal Ameerul Husny berkerut dahi .Mata bundarnya makin membulat kini.Kiri dan kanannya kini di penuhi batu- batu putih berceracakan atas tanah.Tiada lagi perkampungan kecil yang kelihatan tadi.

        " Abang...! Kita di mana ni bang ? Kita di mana ni bang ? ," soal Ameera Husna tidak senang duduk.Apalagi ada yang sedang melambai- lambai padanya.Kerana tangannya yang gementar , gear di rasakan sangat ketat.

       " Tak ada apa- apa dik...Tak ada apa- apa ," jawabnya terketar- ketar.Seram sejuk dia rasakan kini." Abang, batu apa kat seat belakang tu bang? ," soal Ameera Husna yang memandangnya dari cermin atas.

       " Hah !? Ba...Ba....Batu ? " Soal Ameerul Husny perlahan- lahan memandang cermin atas." Ya Allah ! ," teriaknya." Abang ada tumpangkan sesiapa ke ? ," soal Ameera berpeluh.

        Dengan lemah , Ameerul Husny mengangguk ." Bagaimana ni bang ? Takkan nak biarkan batu ni..." 

         " Ameera duduk sini, jangan keluar ke mana-mana .Tunggu abang balik"

         " Tapi ...?" 

          " Sekejap...." ujar Ameerul Husny yang juga cuak.Mahu tak mahu terpaksa dia kembali nisan itu ke tempat asalnya semula.

         " Ya Allah , banyaknya...," ujarnya tatkala berada di luar kereta.Akibat terlampau takut, pundi kencingnya juga makin ingi n mengeluarkan apa yang patut.

          Batu nisan itu diangkat dengan tertib sebelum pintu ditutup semula.Ameera Husna makin tertelan liurnya apalagi dengan  keistimewaannya itu membuatkan dia terpaksa melihat pelbagai bentuk dan rupa makhluk yang mendiami tanah perkuburan lama itu.  

         Ada yang merangkak seolah mahu menaiki keretanya, ada yang terlompat - lompat kaki sebelah , ada yang berjalan terhuyung- hayang tanpa kepala, dan pelbagai lagi .Nun, diceruk semak berdekatan kereta, Ameera dapat melihat satu keluarga berpakaian serba putih , yang peliknya yang perempuan berselendang putih dan seorang lelaki tua berjubah putih dan bertongkat seperti tersenyum kepadanya.

        Ameerul Husny tidak mampu berbuat apa- apa pada nisan lama itu , hanya itu yang dia mampukan.Ditanam semula tanpa mengetahui  kubur yang mana .Sebelum dia melangkah pergi , dia menyedekahkan alfatihah buat semua penghuni di situ.

       " Ameera ! Ok" Soalnya tiba- tiba muncul di tepi Ameera Husna

" Allahuakbar ! Abang ! Jangan buat Husna begini! " 

       " Maaf...Maaf..." Enjin terus di hidupkan sebelum kereta itu meluncur laju.Bagi Ameerul Husny inilah pengalaman pertama yang takkan dia lupakan.Tetapi , tidak buat Ameera Husna.Memang dia tak mahu hadapnya lagi , tetapi apakan dayanya .

        Tanpa mereka sedar Arman masih lagi mengekori kereta mereka dari belakang.Dan dia juga terpaksa berhadapan dengan makhluk lain .Walaupun dia juga takut .

        Ameera Husna tidak mampu untuk tidur kembali.Dan dia juga tidak tahu mahu pandang arah mana lagi , kerana ada saja yang dia nampak.Cuma kini dia masih lagi tak nampak lelaki yang kini sering mengekorinya.Lelaki itu ada dan dia masih lagi mengekori mereka dari arah atas.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku