DARI KERANA MATA
Bab 15
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
(Kisah cinta dan seram) Ameera husna pnyai 6 sense .Mereka bertemu dlm 1 kmalangan mbabitkan 1 llki , Arman .Ada ssuatu yg Arman imgin slesaikan , dia sllu mghantui Ameera dlm ms yg sma terbitnya 1 rasa asing dlm diri masing2 ( New cover by Ruby Annas ).
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
157

Bacaan






     " ARMAN ? " Soal Remy terkejut ." Ya, Arman adikmu...," ujar Arman tersenyum sinis.Kakinya kian melangkah mendekati Remy, Remy pula kian mengundur .Hanya beberapa tapak lagi belakangnya bakal terhentak ke badan kereta mercedes keluaran baru miliknya.

       " Makin mewah ya abang ? "

       " Mestilah ! Aku berusaha "

       " Berusaha ? Oh, iyalah kan memang , memang abang berusaha bersungguh- sungguh untuk membolot semua harta peninggalan arwah emak dan ayah ...."

        " Apa maksud kau ? Kau jangan nak tuduh aku macam - macam.."

        " Kenapa bang ? Takut ke dekat adik ? " Sinis Arman menyindir lelaki yang kini tersandar di bontot keretanya sendiri .Wajah yang ceria kini bertukar pucat .

         Memang dia teramat terkejut .Selama ini dia sangkakan adiknya itu dah lama mati .Kini tiba muncul semula setelah sekian lama menghilang.Tapi , benarkah itu adiknya ? 

         " Arman ! Apa ni Arm ? Ni abang Remy ! ," teriak Remy tatkala kilauan pisau yang yang terhunus , kejap dalam genggaman Arman.Arman makin tersenyum sinis dan adakalanya kelihatan seram.

        " Takut ? Abang takut pada kematian ? Kenapa abang mesti takut ? Semua orang akan mati bang ..." Sarkastik Arman bersuara.Kini langkahnya terhenti pabila mereka begitu berhampiran.

         Remy memegang buntut kereta dengan ampuh sekali .Debaran di dadanya usahlah di tanya.Peluh kian memercik hebat ." Kau jangan dekat Arm! Kau jangan dekat ! Letakkan pisau kau tu ...Kau jangan buat gila ! " Remy tergapai- gapai tangannya menghalang .

          " HaHaHa! Ya, memang aku gila ! Memang Arm gila abang ! Arm gila disebabkan abang - abang semua !! Sanggup khianati adik sendiri ! Sanggup bunuh adik sendiri !! " Sengaja Arman mengacah - acah pisau berkenaan .

         " Angkatlaahh!! Ish ...! ," bentak Rania lalu tanpa pamitan telefon tersebut terhempas ke sofa.Sengaja dia hempaskannya kerana terlalu geram.Lalu wanita itu bergerak pantas ke arah dapur .

          " Manalah dia menghilang ! Call sekali pun tak berangkat ! Sakit betul hatiii," omel Rania seraya mencincang lumat sayur berkenaan.Janji nak balik makan tapi batang hidung pun tak nampak.

          Belakang lehernya terasa sejuk secara tiba- tiba.Nak kata belakangnya jendela pun tak , aircond lagilah tak .Jadi ? Dari mana datangnya angin ini ? 

           Hirisannya terhenti , lalu terdongak matanya semakin membulat.Perlahan- lahan dia memusingkan tubuhnya ke belakang .Kosong ! Yang ada cuma pintu keluar masuk dan peti ais tingginya.

           Arman muncul semula tatkala wanita itu menyambung kembali tugasnya yang tergendala tadi.Jantungnya berdetak kuat ! Dup Dap Dup Dap ! 

          ' Takkan siang - siang ada hantu kot ? Ish, tak mungkin...' monolog Rania lalu mencapai piring di atas almari berdekatan.

          PANG ! Rania terus terpusing untuk melihat dari mana datangnya bunyi demikian." Ya Allah ! Macamana boleh terjatuh ni ? Bukan ada sesiapa yang menolaknya ? " Rania menunduk lantas mengutip satu persatu kaca pinggan yang dipenuhi sup itu .Segala ayam dan sayuran bercampur kaca.

        " Aouch!! " Teriak Rania terkejut pabila jarinya terhiris kerana tidak sengaja terpegang tepinya yang tajam.Kuah sup yang masih panas itu bertukar ke warna merah akibat titisan darah .

         Semasa Rania pergi mencari kotak kecemasan, seekor kucing hitam bermata merah melompat masuk dari arah jendela .Hidungnya amat tajam sekali .

         Slurpp...slurpp..Laju lidahnya yang panjang dan terbelah dua itu menjilat kuah berkenaan.Lazat sungguh kelihatannya.

         " Bukan aku yang membunuh kau ! Kau kemalangan Arman ! Kau kena terima kenyataan ini ! ," ujar Remy dengan sedaya upaya menegakkan benang basahnya dan bermatian tidak mengakui kesilapannya .

         " Ha Ha Ha ! Kini kau pula akan merasai kenikmatan sesuatu bernama kematian!! Hahahaha..." 

         " Jangan Arm ! Jangannn ! " 

" Arghhhh ! Mati kauu!! ," Arman terus menerkam dengan pisau yang diangkat tinggi.

          " Tidakkkkk!!! ," laung Remy dengan pantas cuba menghalang tujahan itu .Arman didepan semakin mendekati Remy , Remy pula semakin terbaring pada buntut kereta kerana mahu menahan tujahan tangan itu .

         " Hiyarghh!" Lagi sekali Arman yang kini berada di atas Remy melakukan percubaan tikaman tersebut .Hujung pisau yang tajam dan runcing sedikit saja lagi bakal menoreh wajah kacaknya itu .

        " Kering ? Siapa pula yang cuci ? Ish , seram pula hari ini kenapa ya ? " Soal Rania yang datang bersama dengan mop dan baldi berisi sabun setelah luka di jari telah dia rawat sendiri .

       Rania tidak menyedari ada mata merah lagi tajam sedang merenung perlakuannya itu dari bawah almari piring .Lidah si hitam masih lagi terjilat-jilat sekitar mulutnya .

       " Yang itu kami tak pasti Tuan , yang kami pasti lelaki ini sedang cuba menikam dirinya sendiri " terang salah - seorang daripada kumpulan pelajar yang menyaksikan kejadian itu  .

       " Apa ?? Ya Allah ! Abang !! " Telefon pintar ditangannya terlepas dari genggaman lalu tergeletak ke lantai marmar .Rania pula melorot di dinding lalu terduduk , terpunduk keterkejutan.    

        Remy kini sedang dalam rawatan.Menurut diagnosis berkemungkinan  Remy        mengalami depression tahap pertama dimana dia masih boleh di rawat dengan sedikit ubatan sedatif  dan diskusi dengan doktor .   

       Mereka perlu tahu apakah punca dia mengalami kemurungan tersebut ? Adakah berdasarkan tekanan luar atau sebaliknya.

       Remy yang terbaring yang atas katil kini terjegil matanya memandang atas.Tiba- tiba , telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut sedang menuju ke katilnya .

       Arman kini berdiri tegak ditepi katilnya sambil tersenyum sinis melihat keadaan abangnya yang begitu .

      " Aku kata pergi ! Pergilahhh," tengking Remy makin marak api kemarahannya.Rania tetap bersabar menghadapinya.Elly pula kelu lidahnya .Dia sendiri keliru kenapa lepas, lepas satu dugaan menimpa mereka.

      " Menurut pemeriksaan saya, En.Remy mengalami tekanan luar yang agak teruk.Boleh saya tahu dia bagaimana orangnya ? " 

       Rania yang sedang dipujuk oleh Elly kini terdongak, airmatanya di seka menggunakan tisu ." Dia periang orangnya doktor....Jika ada apa- apa masalah sekalipun dia akan bawa berbincang ....Cuma ya, sejak kebelakangan ini saya ada perasan sesuatu yang tak kena padanya " ujar Rania seraya merenung suaminya yang beransur tenang dan telah terlena.

      " Perubahan macamana tu Puan Rania ? Boleh saya tahu ? "

       " Dia macam takutkan sesuatu " 

       " Takutkan sesuatu ?" Soal pegawai perubatan itu seraya mencatit." Ya , beberapa hari sebelum dia admit and accident , saya pernah mendengar dia menjerit bagaikan memarahi seseorang ...." 

        Rania yang bersembunyi dibalik pintu agak seriau melihat ulah suaminya itu .Habis segala fail- fail bergeletak, meja kerja pula berserekan dengan renyukan kertas sana- sini." Bukan aku yang menyebabkan kematian kau ! Tolong ! Pergi dari sini ! Jangan ganggu hidup aku lagi ! Kau mati kemalangan ! " herdik Remy mengosotkan rambutnya .Dia kian tertekan kini.Suara itu seringkali menggangunya ! Dia di hantui roh Arman.

       " Puan ! Puan Rania !" 

       " Ya , Ya, maafkan saya..." Rania kini kembali ke alam nyata.

        Remy kini terjaga ." Kau pembunuh ! Kau pengkhianat ! Aku takkan benarkan kau hidup tenang ! " Suara itu lagi sekali hadir mengugutnya.Sedangkan Arman hanya melongo di tepi pintu .Apa yang terjadi kifarah buat abangnya.

        " Abang , bertaubatlah ...," ujar Arman sebelum menghilang ." Pergi ! Pergi ! Pergi ! " 

        " Nurse ! Cepat tolong bukakan !" Laung pegawai perubatan yang terpaksa menenangkan Remy , syringe berjarum panjang itu kini perlahan- lahan di tusukkan pada lengan kirinya.

       Sedatif penenang itu berjalan dengan laju pabila rontaan tangan itu kian longlai .Rania lagi sekali terpaksa ditenangkan oleh Elly yang kini makin kuat menghadapi dugaan.

       " Bertenanglah kak..." ujarnya lembut ."Mungkin benar ini kifarah buat perbuatan kamu sekalian pada arwah ..." 

        Dalam mimpinya itu , segalanya telah tertayang jelas depan matanya setiap perbuatan ahli keluarga serumahnya itu .Elly juga bertemu dengan arwah Arman yang berada di tempat kemalangan sambil memanggilnya meminta tolong .Kalaulah pada hari itu Elly benarkan datang lewat sedikit tentu perkara sedemikian tak berlaku .




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku