DARI KERANA MATA
Bab 18
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
(Kisah cinta dan seram) Ameera husna pnyai 6 sense .Mereka bertemu dlm 1 kmalangan mbabitkan 1 llki , Arman .Ada ssuatu yg Arman imgin slesaikan , dia sllu mghantui Ameera dlm ms yg sma terbitnya 1 rasa asing dlm diri masing2 ( New cover by Ruby Annas ).
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
162

Bacaan






     AMEERA HUSNA cuba menyeru nama Arman sebanyak 3 kali dengan harapan roh bergentayangan itu muncul sekarang .Ada sesuatu yang perlu dibongkarkan.Dan dalam masa yang sama , terdetik satu perasaan asing dalam dirinya.     " LIF ni kenapa la pulak ? ," omel Ameera Husna tatkala lif seolah mempermainkannya.Tiap kali dia menekan ke huruf G,  ia tetap menaik ke angka 4 .Sedangkan dia di aras ketiga.Siapa pula yang menekannya berulang- kali? 

       Ameera Husna berdebar- debar , hatinya berasa was- was sama ada mahu berpaling atau pun tidak .Dari ekor matanya kelihatan kain putih berjela sedang berdiri di belakangnya.

       Aircond yang sedari tadi , tidaklah berapa sejuk kini tiba- tiba sedingin salju ."Ya Allah , kau kuatkanlah iman hamba mu ini...," doanya dalam hati .Suasana yang sepi menambahkan lagi suasana seram itu .

       Ameera Husna berasa sedikit lega, hadirnya seorang perempuan berambut panjang , mungkin antara staff yang pulang lewat sepertinya.Namun, di sebalik kain kurung berwarna pucat itu kakinya tidak menjejak lantai pejabat seolah terapung .

        Kosong ! Ameera Husna berasa sedikit berani berpaling ke tepinya kini.Wajah yang tertunduk kini terdongak memandang ke arah lif .Perlahan- lahan dia meresap ke pintu lif tersebut lalu ghaib.

       " Nak turun ke cik ?" Soal wajah bermata sebelah yang tersembul di pintu lif .Hanya wajahnya sahaja ." Aha...Makkkkk....!," pekik Ameera Husna terus dia menutupi wajahnya dan briefcase pula terlepas dari tangan.Sudah berwajah ngeri dan ia boleh tersembul secara transparent di pintu lif ! 

        Adrenalin semakin laju sama hebat dengan detak jantung Ameera .Tanpa pamitan, briefcase di capai dan dia membuka langkah seribu.Tak mungkin dia mahu menunggu lagi .

       Kasut tumit tinggi di jinjing bersama - sama dengan briefcase sambil laju langkahnya berlari menuruni anak - anak tangga .Sekali pun dia tak mahu menoleh ke belakang ! Apatah lagi dengan deria istimewanya itu .

       " Oh , da balik ? "

       " Aha , bang " 

       " Takpelah dik , terima kasih " 

     " Call tak berangkat ? Dah balik ? Tapi mana dia ? " omel Ameerul Husny menapak semula ke arah lif .Dan gadis manis itu pula ghaib begitu sahaja di sebuah loker lama yang terletak di hujung lorong nak ke pejabat Ameera Husna.

       Syarikat itu banyak menyimpan kisah silamnya.Dia antara jelmaan yang selalu Ameera Husna nampak .Dia tak menganggu .

      Hentakan tapak kaki bergema kuat kerana suasana yang sunyi sepi  .Pocong itu berdiri tegak menanti ketibaan mangsanya.

       " Awak tunggu dulu ! " tegur satu suara.Ameera Husna tak mahu menghentikan langkahnya atau membalas teguran itu .Kerana dia tahu tiada sesiapa pun di laluan tangga ini , hanya dia seorang.Dia terus berlari dan berlari .

        Arman menggelengkan kepalanya.Dia hanya mahu berpesan pada gadis itu supaya jangan turun lagi .Ada yang sedang ' menunggu' kehadirannya.

        Dahaga dan termengah dua ini bergandingan kini dalam tubuh yang masih berlari menuruni tangga itu .

         Erm.....mmmmm.....Uwaaaa.....Ermmmmm......

         Teresak- esak dan terenjut - enjut bahunya menangis tersedu- sedan duduk terpunduk seorang diri di anak tangga seterusnya.Langkahnya terbejat dek terkejut dengan kehadiran gadis yang memeluk lutut itu .

         " Cik ? Kenapa cik ? Ada apa- apa yang saya boleh bantu ? " 

         Gadis itu tetap menangis.Ameera Husna mengambil keputusan dengan duduk di sebelahnya." Cik sakit ke ? Kalau cik sakit , biar saya bantu " Ameera Husna menghulurkan pertolongannya.

         Ermmm.....mmmm....herm........

        Dia tetap menangis .Ameera Husna hilang daya memujuknya kini.Dia mulai bangun.Rasa merinding kembali menerjah hati , Ameera Husna harus cepat turun tentu abangnya ternanti- nanti .Memandangkan telefon pintar miliknya tertinggal di ofis .Dan seandainya abangnya belum sampai dia harus mencari public phone .

        "Kak.......!," tegur suara gadis sungguh mendayu sekali.Ameera Husna yang mahu menuruni anak tangga seterusnya kini berpaling .

         " Iya...Dik, boleh akak bantu ? " soalnya seraya tersenyum." Kak...Tolong lekatkan kembali kepala saya kak ? Dua tahun sudah saya dikapak oleh seseorang di sini , di tangga ini...." ujarnya seraya memegang kepalanya yang sedang berkata- kata itu.

         Ketar! Lemah sekali kepala lutut Ameera Husna kini.Perlahan- lahan dia memusingkan tubuhnya kembali.Tanpa berlengah lagi , Ameera Husna terus berlari tanpa henti .Tangga juga dia rasakan sangat banyak , kerana dah lama dia menuruninya namun masih tak sampai lagi .Aras tiga sahaja pun! 

       " Ya Allah ! Mana Husna ni ? Hari dah nak senja ! Batang hidung pun tak nampak- nampak lagi ? Nak masuk semula pun? Nak cari dia kat mana ? ," omel Ameerul Husny kian di asak rasa resah .

        " Ada apa - apa yang berlaku ke ? Ya Allah , risaunya abang , Ameera ! Mana kau Ameera ! " 

        Briefcase makin kejap dia genggam ditangannya.Mahu sahaja dia tutupi hijabnya itu , lepas satu , satu makhluk buruk yang menjelma mengacaunya .

         Mata saling bertatapan.Masuk yang ini dah berkali dia terpaksa berdepan dengan makhluk berbunjut seperti sup bunjut ini ! Bau hanyir darah menerawang dan kian kuat .

        " Ya Allah ! Macamana aku nak turun ni ....? " 

         " Ameera! Jangan takut ! Aku Arman ! Kau masih ingat lagi tak ? " bisik suara itu di telinga Ameera Husna yang berpeluh- peluh itu.

        " Kalau kau nak pulang cepat , kau jangan gentar pada pocong itu ? Kau kena kuat ! Aku yakin kau dapat menghalaunya pergi ...." 

         " Bismillah.....Allahulahilahailahaillah ...." Berkali- kali ayatul.qursi di bacanya kini .

         Rasa yang gementar kini beransur kurang .Perlahan- lahan pocong itu berubah menjadi asap hitam lalu meresap di dinding." Alhamdulillah , terima kasih Arman " 

         " Arman ! Arman ! Kau dengar tak ? Tak boleh jadi ni aku kena cepat turun ni....Tentu abang resah ...." 

          Langkahnya kian ringan, dari jauh telah kelihatan aspal jalan .Kini kakinya telah selamat mendarat di lantai luar .Ameera Husna terus mengorak langkah untuk ke hadapan pejabat .

          Dari jauh kelihatan kereta abangnya telah terparkir di bawah satu pohon rendang." Alhamdulilllah ...," ucapnya di dalam hati .

           " Husna ! Ke mana saja kamu pergi ni ? Risau tahu tak ? Sudahlah call pun tak berangkat ! Nasib ada kawan Husna yang beritahu abang , Husna dah pulang ..." 

          " Kawan? Abang ....Semua staf dah lama balik bang ..?" 

          " Tentu masih ada yang belum pulang lagi kan ? " Soal Ameerul Husny cuba menyedapkan hatinya yang kian cuak dek statement adiknya itu .

         " Hah ! Tu la budaknya..." teriak Ameerul Husny seraya menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang berjalan di seberang mereka .

         Ameera Husna terus berpaling ke arah yang dinyatakan abangnya.Laju memang laju sekali gadis berkurung lusuh itu berjalan.

        " Abang ! Cepat masuk kereta! " 

        " Kenapa ? "  

         " Tak...Tak ada apa- apa ....Senja kan...." 

          Setelah enjin kian panas, Ameerul terus menarik gear dan memandu sterengnya menuju ke arah jalan besar.

           Gadis berkurung lusuh itu kini terawang - awang di tepi jendela Ameera Husna sambil tersenyum .Dan senyumannya itu amat menyeramkan.Mata Ameera Husna memandang ke arahnya yang semakin tinggi terbangnya itu begitu juga dia .Darah secara tiba- tiba mengalir dan menitis tepi bibirnya yang terkoyak luas itu .

        Tak sanggup rasanya untuk melihat ia lagi .Ameera Husna cepat - cepat memandang ke arah depan  .Kereta mereka juga semakin laju membelah pekat malam.

         ' Hahahahah....' Pontianak itu terus terbang tinggi dengan hilaian menyeramkan.



       ' Arman....! Muncullah ! Mana kau ni ! Arman....! ' monolognya disebalik dinding bangunan dimana di hadapan bangunan tersebut kelihatan Rania dan seseorang yang muncul dari dalam kereta mewah yang berhenti di hadapannya itu .

        Ameera Husna masih lagi merakam perbualan mereka .Suara keduanya didengari lantaran intonasi vokal yang kuat .

         Rania terus berpaling , dia seolah dapat merasakan dirinya itu sedang di ekori.Ameera Husna pula terhempas belakangnya ke dinding " Fuhh...," ujarnya lega sambil memegang dada.

         " Aku rasa aku di ekori ! Beginilah aku bersetuju , jumpa malam keliwon nanti...." 

         Perempuan berselendang nampak jambul itu seraya mengenakan kembali kacamatanya lantas masuk semula ke dalam kereta.Pandangan Ameera Husna mengekori langkah Rania masuk ke pejabat semula.

        Ameera Husna juga ingin kembali ke kereta yang terparkir tidak jauh dari situ .Baru jam 5 petang , tak mungkin Arman keluar .Tunggu jela senja nanti.

         " Ya, abang ...Ala, Meera pergi sekejap je banyak barang dapur habis  ..." 

          " Hati- hati drive tu , ada apa- apa terus call abang ....Kalau boleh cuba lah jangan senja...." 

          " Ye, abang ....." ujarnya sebelum menanggalkan earphone .Stereng diputarkan ke kiri masuk ke arah Mid Valley MegaMall. Di sebabkan parking luar , agak penuh Ameera Husna memusingkan stereng ke arah parking dalam .

           Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas, menghampiri 6 petang  .Setelah bedak ditempek nipis , gincu di sapu kan ke ulas bibirnya .Pintu ditutup dan di kunci .

          Menapak ke arah pintu exit dan menuju ke lif .Aras 1 ditekan.Dia ingin ke bahagian bahan basah dan toilettries.Entah kenapa perutnya memulas- mulas." Aduh , perut aku ni pun...spoil lah...," omel Ameera Husna terus menuju ke arah tandas.

          " Alamak , cucilah pulak...," omel Ameera Husna terpaksa berkejar untuk ke arah eskalator." Ops! Sorry ! Sorry ! Saya tak sengaja ! Saya nak cepat ! ," ujar Ameera Husna pada perempuan berambut panjang yang masih merenungnya tajam.

         " Sayang , muka cun tapi sewel ..." 

         " Ish , kau ni slowlah sikit ..." 

         Ada beberapa lagi suara sindiran tatkala terlihat situasi sekejap tadi  .Pada pandangan mata mereka, Ameera Husna bercakap seorang diri.

         Tandas kosong .Ameera tak peduli , pintu kubikel pertama terus dia tolak.Sedang dia meneran apa yang patut! Hidungnya terhidu bau minyak wangi ! Teramat wangi ! Kalah Channel atau Hugo Boss ! 

         Dari ruang bawah pintu kubikel, Ameera jelas melihat bayangan seseorang sedang berulang- alik depan ke belakang banyak kali.

          " Jangan kau ganggu dia" 

          " Dia yang tegur aku ! Aku suka dia ! Aku suka tubuh dia ! " 

          Ameera Husna menelan liur .Pada fikirannya kemungkinan itu orang jahat ! Tapi bagaimana lelaki boleh masuk ? Ni kan ' Lady ' ? 

          " Aku tahu ' dia' ada di sini ? Aku dapat ' bau ' dia "

          ' Hah ? Bau aku ? Adoii, siapa mereka ?' Aku' ke , yang mereka maksudkan ?' 

         " Bau darah segar....Kau jangan banyak cakap ! Kau juga seperti aku ! Sama- sama ' mahukan ' darah dia , Ameeeraa ! "  

         Hampir terduduk Ameera di lubang jamban ! Ternyata benar telahan dia ! Dia yang mereka maksudkan ! Darah ! Jam dikerling , peluh merenik- renik di dahinya kini..

          7.30 dah ! Senja ! Dia pula di dalam tandas ! 

           ' Aku tak boleh buka pili, apa aku nak buat ni ? ' Ameera Husna berdiri sambil laju menyelongkar tas tangannya.Baby wipes di keluarkan ! Dia terpaksa ! Darurat .....Sengaja ' mereka' mahu mempermainkannya kini.

          Bayangan itu tetap berulang - alik .Setitik, dua titik cecair merah pekat jatuh atas baby wipes dalam tangan .Sedang Ameera mahu ambil lagi satu, matanya tertancap pada tompokan merah itu .Air liur sekali lagi diteguk, setelah menghidunya.

          Perlahan- lahan, Ameera Husna mendongak.Cecair merah yang berterusan menitis itu datangnya dari mulut seekor makhluk ' budak perempuan' yang terteleng kepalanya , matanya lebam , pipinya ada kesan torehan pisau dari mata ke arah bibir , rambutnya mengerbang ....   

           Mulutnya pula ternganga dengan lebam kebiruan di pinggir bibir kirinya.Mata merahnya merenung sayu Ameera Husna.Ameera mengetap bibir , dia benar- benar ketakutan.

           Dumm Dummm Dummm Dummm....

            " Hah ?! " Hampir berair matanya kini tatkala pintu kubikelnya di ketuk dengan begitu kuat sekali .Bagaikan mahu roboh sahaja ! Mulut di pekup kuat .

           Titisan darah yang keluar dari jelmaan budak seakan di dera itu pula makin deras aliran dan titisannya.

           TIK TIK TIK .Ia makin menitis di atas lantai tatkala Ameera makin ke tepi , seakan mahu cium dinding kayaknya.

            " Hai , Husna ni kata awal ? Nak dekat pukul 8 pun tak nampak lagi batang hidung ? Beli apa je ? " gumam Ameerul Husny tak habis- habis menyelak langsir sedari jam 7 tadi ." Ni buat aku tak senang duduk ni !," omelnya lagi .

          Lagu ' In the End ' berlagu nyaring.

           " Hello ! " 

           " Adik awak dalam bahaya ! " 

           " Hah ! ? Siapa ni ? Jangan cuba permainkan saya! Awak siapa ? Siapa awak dengan adik saya ? Boyfriend ? " 

           " Kawan ! Cepat datang ke Mid Valley ! " 

            " Hell...." 

            " Dah letak ? Ya Allah betul ke ? Aku kena pergi jugak.." 

            



************


        " KAU jangan risau ! Aku dah hantar khadam aku untuk bunuh dia ! " ujar wanita tua berpakaian sami sambil jemari yang dipenuhi cincin berbatu besar itu terawang- awang atas asap dupa kemenyan.

         Rania dan seorang lagi wanita bergincu merah gelap saling berpandangan lalu mulai melebarkan senyuman." Tapi ! Siapa antara kamu ada ' pendamping ' ? " Herdiknya menderam dengan mata yang terpejam.

        Rania mengangkat bahu tanda tak faham, dia mencuit paha rakannya itu supaya bertanya.

  DI RUMAH RANIA...

        REMY bagaikan seekor singa kini mengepung Elly .Elly makin ketakutan apatah hanya mereka berdua sahaja, Rania pula entah ke mana .Sikap Rania setelah Remy sakit telah jauh berubah .Kerap balik lewat malam, dan ada masanya mabuk! 

        Remy pula sekejap elok, sekejap tak sampai banyak urusan pejabat yang tertangguh terpaksa( Rela hati ) Rania lakukan.Namun begitu , kebanyakkan staf kurang menyenangi dengan cara kerja Rania .Langsung tak boleh ada tersilap sikit akan di hamun bertimba.

        Rania juga mempunyai hubungan sulit dengan salah - seorang rakan kongsi suaminya akibat kerap terjumpa dalam meeting antara anak syarikat .Nampak sahaja kedua arwah mertuanya biasa- biasa sahaja tetapi sebenarnya harta mereka banyak.

         Termengah - mengah Elly kini , dibalik pintu yang kelam- kabut dikuncinya .Anaknya tidur lagi .Yang dalam perut pula telah tiada.Akibat terjatuh tempoh hari.

           Suara deraman Remy , makin meresahkan Elly yang terkurung itu.Apa yang perlu dia lakukan sekarang ? 

           Telefon di tangan , telah dia campak ! Penat mendail ! Namun, haram kakak iparnya mahu menjawab ! Sama ada di sengajakan atau tak ? Allahualam! 

            Arman nampak keresahan kakak iparnya itu .Tetapi , dia sendiri pun buntu.Ya, memang dia kerap ' lawati' rumah itu .Dan dia juga tahu tentang abang Remy dan perubahan sikap kak Rania.Arman juga tahu niat sebenar Rania ! Sungguh tak dia duga selama ini dialah musuh dalam selimut.   

           " Kak Elly, tiada cara lain ! Akak kena pergi bilik Kak Rania ! Dialah punca segalanya ! Ada bukti dalam biliknya ! " 

           Elly terdongak lalu terbangun dari duduknya yang terpunduk itu .Bagaikan ada satu bisikan yang mengarahnya untuk ke bilik Rania.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku