RUMAH AGAM JALAN LAMA
Bab 1
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 November 2017
Kisah tragis dalam sebuah rumah agam disebuah jalan bernama Jalan Lama bakal terbongkar.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
275

Bacaan







       AYNA HARTINA seorang penulis novel seram.Banyak karya- karyanya menjadi viral dan mendapat rating yang tinggi dalam penjualan disetiap toko buku.Ada tiga antara karyanya diadaptasi ke dalam filem dan drama bersiri seram arahan direktor terkemuka masa kini, Roshane Nor.

       Kini gadis tinggi langsing itu dalam penghasilan manuskrip seram terbarunya.Dia juga suka mengembara dan bercuti ke tempat- tempat yang sering diperkatakan sebagai ' keras ' .Minatnya itu juga menjadi  salah- satu caranya untuk mencari idea.Walaupun begitu, minat dia yang satu inilah selalu mendapat tentangan dari kedua ibubapanya terutama sekali ibunya, Puan Leeza.

       " Ayna, kau nak dengar berita gembira tak?," soal Fifi sahabat baik gadis berambut separas bahu itu.Ayna menoleh ke sisinya namun tangannya masih lagi kejap memegang stereng .

      " Aku dapat dari grop wassap kita...Ada sebuah rumah lama ni...Dengar cerita ada kes pembunuhan pernah berlaku di situ."

      " Iya, wow best tuh !," 

      " Tapi, kau tahu tak alamat ini ?"

      " Waze kan ada . But the way area mana babe ?" Soal Ayna sambil menoleh ke arah rakannya yang sedang membaca whatsapp itu.Kejap, kejap dia memandang ke depan sambil memandu .

       " Jalan Lama ? Area mana ni ya ?"

       " Jalan Lama ? Tak pernah pula dengar "

       " wait, aku rasa aku tahu jalan ini "

      " Kau sure ke ? Jangan main hentam je ? Aku rasa aku dah berminat dengan rumah tu...Sound like something creepy ..."

      " Yup, tak silap aku ni dekat area kampung aku ..."

       " Do you mean area Perak ? " Soal Ayna inginkan kepastian.Gadis itu mengangguk.Jalan Lama terletak disempadan jalan antara Perak dan Selangor.

       " Babe, kau pasti ke nak ke tempat ini ? Biarlah aku ikut ," ujar Fifi.Memang kebiasaannya gadis itu mengembara ke tempat- tempat sedemikian secara solo.Entah kenapa kali ini rakannya itu mahu menemaninya pula.Adakah dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena di rumah itu ?

        " Are you sure ? Kau tak menyesal nanti ?," soal Ayna sarkastik.Sengaja dia provok gadis itu lagi.Kerana dia tahu gadis itu agak penakut." Allah kan ada selain kau,babe...Lagipun pe salahnya sesekali , aku nak jugak merasa apa yang kau rasai tuh..."

     " Okay, if like that .When kita akan ke sana ?"

     " Apply cuti dulu babe, lainlah engkau freelance"

     " Okay, gitu kau apply lama sikit.Maybe one week ? Ok tak idea aku ?"

     " Okay , i'll try k"

     " Olritezz"

      " Boleh tak nanti , before ke Jalan Lama kita singgah kejap rumah atok aku ? Tidur sana barang dua hari ke ?"Cadang gadis itu lagi sambil mengeluarkan earphone nya.

       Ayna yang masih lagi dalam pemanduannya menoleh lalu tersenyum seraya mengangguk." Thanks babe , ni buat aku bertambah sayang kat kau ni !"

        " Upah aku ....Kau minta r atok wan kau masak tempoyak lama aku tak makan air tangan atok kau tuh"

        " Kacang babe, no worries"

        " Itu semua bisa diatur , dong !"

Ayna tersenyum gembira.Sememangnya, dia tak sabar untuk merasai pengalaman misteri dirumah itu pula.


**********


        SEDANG Ayna ralit mengarang manuskripnya di laptop,ada satu hembusan lembut mengenai belakang lehernya .Pada mulanya, dia tidak mengendahkannya sampailah ke hembusan kali ketiga.Kacamata yang semakin melorot dibatang hidungnya di letakkan semula ke atas.

       Badannya sedikit melengkung dia tegakkan lantas perlahan - lahan dia berpaling ke arah belakang.Tiada apa- apa dibelakangnya itu .Mungkin angin dari arah balkoni yang terbuka.Kelihatan langsir labuh itu terbuai.Dia sedikit mengigil maklumlah kini dia berada di puncak genting.

       Dia menginap disebuah hotel lama yang semakin menjadi perhatian para pencinta alam paranormal.Hotel yang dijadikan sebagai apartment itu diberikan nama Amber Court.

      Ayna mengalihkan semula tumpuannya pada karyanya semula.Manuskripnya itu hampir siap tinggal lagi beberapa peratus sahaja lagi.Sedari hari mula dia menginap dibilik itu memang pelbagai gangguan dihadapi.Tetapi , itu semua bukanlah penghalangnya.

     Tanyalah pada sesiapa penulis novel atau sebarang cerita seram , pasti mereka akan merasai pengalaman sebegini.Mungkin kerana, mereka terlalu mendalami pada karya mereka sehinggakan perkara yang tak pernah muncul akan muncul.Persoalan ? Benarkah ia hanya ilusi ? 

     Ayna seorang gadis muda yang agak skeptikal.Oleh kerana, itulah dia tidak berapa seram pada cerita yang sering dimomokkan padanya.Melainkan jika ia ada bukti.

    Wanita berkurung putih yang dipenuhi kesan darah itu , masih lagi tegak berdiri dihadapan pintu balkoni yang terbuka luas itu.Rambut panjangnya tidak terurus dan sebelah matanya hampir tersembol keluar.Ia kelihatan bergayut- gayut.

     Hidung ditenyeh- tenyeh lagi namun bau busuk itu masih lagi ada.Ayna berasa pelik dari mana bau busuk itu hadir?

     Telinga dipicingkan, suara tangisan mendayu itu semakin dekat .Tidak semena- mena dia merinding.Bau hanyir darah dan bau bangkai itu makin kuat dia hidu.Karyanya di save , lantas laptop di shut down sementara.Alangkah, terkejutnya dia ada bayangan dibelakangnya melalui kaca monitornya yang sengaja digelapkan itu.Surah Qursi dia baca perlahan sambil perlahan- lahan dia berpaling ke belakang.

       "Ayna, Ayna....Ayna...!" Gerak satu suara .Ayna tersentak lantas dia mengangkat kepalanya dari atas meja kerjanya.Mata ditenyehkan sebelum kacamata di pakaikan semula.

        Kini barulah jelas penglihatannya." Kenapa tidur waktu senja- senja ? Bukan ke tak elok ? Dah solat ?," soal Puan Leeza bercekak pinggang.Ayna tersengih sambil mengelap air liur basi yang meleleh sedikit dipipinya, lalu dia bingkas bangkit dan menapak ke arah bilik air.

      Puan Leeza hanya mampu tergeleng- geleng melihat ulah anak tunggalnya itu.Dengan keadaan meja yang berselerakkan.Dan dipenuhi kertas- kertas putih kosong berukuran A4.Agak menggeletar tatkala matanya nakal membaca novel terbaru karya anaknya itu.

      "Ayna....Ayna...Seronok sangat kisah hantu ni....Jumpa betul- betul nanti baru kau tahu ...."

       Memang dia bangga akan bakat yang ada pada anaknya itu, apatah lagi sudah menjadi filem karyanya itu.Tapi, dalam masa yang sama dia agak risau pabila gadis itu pergi ke tempat- tempat yang sering heboh sebagai ' keras'. Kerana anaknya itu pergi secara solo! Jika berteman lain ceritanya.

      Semata- mata mahukan cerita yang best sanggup membahayakan dirinya.Tiba- tiba dia teringatkan kisah semasa dia dan Ayna terserempak dengan saka belaan arwah nenek mereka yang sibuk memunggah periuk nasi di dapur kampung mereka.Mungkin kerana hijab mereka itulah yang membuatkan anak gadisnya itu mahu menjadi penulis novel seram.

        Siapa tidak takut jika melihat pelbagai bentuk dan rupa yang mengerikan lagi memualkan.Namun, apa yang boleh mereka lakukan.Mungkin ada hikmah disebalik keistimewaan mereka itu.

    




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku