RUMAH AGAM JALAN LAMA
Bab 2
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 November 2017
Kisah tragis dalam sebuah rumah agam disebuah jalan bernama Jalan Lama bakal terbongkar.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
278

Bacaan






         KAKINYA yang tempang menapak perlahan ke arah kebun di belakang rumah agam itu.Semak- samun yang makin meninggi dia ingin menebasnya.Oleh kerana kawasan itu tanah lot jadi setiap rumah yang di dirikan agak berjauhan dari satu sama lain.Tidak seperti di taman- taman rumah mereka di dirikan secara berkembar.

       Sabit yang melengkok tajam di hayun - hayunkan semasa menebas.Lalang yang tinggi kini jatuh berserekan di tanah.Kawanan burung berkicau nyaring seakan takutkan sesuatu.Tetapi lelaki tua itu tidak endahkannya.Kerja menebasnya masih lagi diteruskan.Peluh yang menitik diseka dengan tuala yang sentiasa menjadi peneman lehernya itu.

     Masa kini di antara asar dengan maghrib.Waktu sebegini , para makhluk halus mulai keluar dari sarang mereka.Bagi mereka yang nampak, nampaklah dan bagi mereka yang tak terbuka hijabnya hanya berkelakuan biasa sahaja walaupun ada ' benda' di situ.

     Kebunnya semakin bersih dan lapang daripada tumbuhan bernama lalang.Dia mengambil sedikit kesempatan untuk bersandar di sebatang pohon pisang miliknya .Termos yang sedari tadi berada di situ,  baru kini dia pulas untuk membukanya.Lantas dituangkan sedikit ke dalam penutupnya.Asap masih lagi kelihatan menunjukkan bahawa air didalam termos itu masih lagi panas.

       Dia tersandar kelesuan, penat juga menebas kebunnya itu walaupun sekangkang kera.Dia mendongak mengintai buah pisang samada ada masak atau tidak.Kelihatan pokok tempat sandarannya itu buahnya kekuningan, menandakan ia sudah masak ranum.Dan bisa untuk dijual .

      Sedang lelaki tua itu asyik melihat mana- mana pokok yang telah masak buahnya ada satu mata tajam sedang memerhati dia nun jauh dibalik beberapa batang pohon pisang selang tiga, empat batang hadapannya.Mata itu milik seseorang yang amat lelaki tua itu kenali.Mata yang selalu mengalirkan air mata kesedihan dan  kesakitan.

      Hari makin berinjak ke waktu maghrib.Sayup- sayup kedengaran suara orang mengaji dari corong speaker surau kampung .Dia sedar masa itu tidak seharusnya dia berada di luar apatah lagi berdekatan dengan perigi buta itu.Burung- burung yang menginap di pokok sekitar kebun itu juga mulai berterbangan pulang ke tempat masing- masing.Dalam kepayahan juga faktor umur dia cuba untuk bangun .

       " Allahuakbar....Allahuakbar !" Laungan azan dari surau berdekatan berkumandang memecah kesunyian senja yang makin berlabuh itu.Dia kepanasan kini.Dia ghaib ditelan ke gelapan yang semakin melatari ruang langit itu.

        Setelah kakinya di siram menggunakan air dari dalam pasu tanah liat besar yang digunakan untuk menakung air hujan , dia mulai melangkah untuk menapak masuk ke dalam rumah agam di Jalan Lama itu.

       Pintu papan berkerawang ukiran awan larat itu ditutup rapat sebelum di selak .Dia melangkah menuju ke bilik belakang rumah dua tingkat itu.Dahulu mungkin dia tidur di bilik atas tapi semenjak kakinya tempang akibat kemalangan dia tukar ke bilik bawah.Bilik itu menyimpan pelbagai kenangan indah dan hitam.

      Tuala dicapai lantas dia menapak ke arah bilik mandi yang tersedia didalam kamar besar itu.Bingkai gambar besar yang melekat didinding itu kelihatan memaparkan potret wajah seorang wanita jelita.Secara tiba- tiba matanya mulai berair.Perlahan-lahan cecair berwarna merah pekat menuruni pipi  wanita dalam potret berkenaan.

      Manakala, bingkai kecil diatas meja solek pula tiada angin, tiada ribut tiba- tiba ia terjatuh sendiri ke lantai.Berkecai kacanya.Pintu bilik air kini terbuka, kelihatan seorang lelaki tua dalam keadaan tempang menapak keluar.Tualanya di sangkut lalu mencapai kain pelikat di penyidai kayu bersebelahan tingkap .

      Dia terdorong ke belakang tatkala ada wajah ngeri dibalik kaca jendela itu." Aduh !" Dia mengaduh saat telapak kaki kirinya yang sihat itu terpijak kaca dari bingkai yang jatuh berkecai tadi.Dia terduduk di katil lantas dalam kepayahan mengangkat kakinya .Beberapa serpihan sederhana besar terpasak di telapak kakinya.Perlahan- lahan jari telunjuk dan ibu jarinya menarik kaca itu.

      Dia menyeringai melihat darah segar itu."Ya Allah, sakitnya !," aduhnya keseorangan didalam kamar itu.Luka ditelapak kakinya agak dalam .Aliran darah juga semakin deras mengalir .Susah untuknya bangun kerana kaki kanannya tempang.Dia terpaksa mengengsot ke arah katil dahulu sebelum berpaut padanya.

      ' Krek.....' Pintu terbuka sendiri, dia yang didalam kesakitan tergamam.Guruh pula berdentum kuat menandakan malam itu akan hujan.Segaris cahaya kelihatan dibalik jendela kaca itu.Cahaya yang terhasil daripada sambaran kilat.

     Dia terpacak ditepi almari itu.Lelaki tempang itu kelihatan agak sukar mahu berjalan.Darah pekat membasahi lantai dan kelihatan seperti terseret.Kotak kecemasan dibuka, lalu dia agak kecewa kerana tiada ubat kuning , kemungkinan telah lama habis.Yang ada cuma kain bandage.Dalam kepayahan dia mengengsot semula ke kamarnya.

    Rintik hujan makin lebat dapat dia dengari menerusi siling kamar.Dengan deru angin agak menggila diluar sana.Dia mengengsot ke arah bilik air .Luka itu perlu dibersihkan dahulu.Semuanya terpaksa dia lakukan sendiri kini.

    Memang kini dia dalam penyesalan.Apatah lagi sering di ganggu mirip arwah isterinya.Seusai luka di cuci, kain bandage dibuka kelipnya lalu ia berjela ditangannya.

    Berkerut menahan kesakitan tatkala ia dibalut secara ketat.Begitu cepat kain bandage itu sudah lencun dengan darah.Luka yang sedalam dan seluas itu sebenarnya perlu di suture .Jika tidak mungkin ia akan dijangkiti kuman dan makin teruk.

    Dengan keadaannya begitu apalah yang dapat dia buat selain balut sahaja !

    Dia terpaksa menanti hari esok.Kerana malam semakin larut.Hujan pula makin lebat dengan angin yang mengganas lagi.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku