RUMAH AGAM JALAN LAMA
Bab 7
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 November 2017
Kisah tragis dalam sebuah rumah agam disebuah jalan bernama Jalan Lama bakal terbongkar.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
223

Bacaan






       GADIS itu menapak perlahan- lahan meniti laluan kecil longkang itu.Kelihatan lelaki tempang itu sedang bercakap dengan seseorang.Dia terhenti disebalik dinding, dan mulai hendapannya.

       Dia berasa sungguh pelik pabila melihat lelaki tua itu bercakap dengan perigi buta.Pak Rul seolah- olah merayu.Dan ada nada penyesalan di percakapannya.Telinganya makin di picingkan.

        Fifi yang datang dengan dulang ditangan kehairanan.Dua gelas tinggi berisi air oren diletakkan atas meja batu putih itu." Ayna , kau ke mana pula babe ?," soal nya melingas di sekelilingnya.Air diteguk sedikit akibat haus lantas dia mulai menapak.Dimulai sebelah kirinya.

        " Abang tahu , abang berdosa pada Ainah ....Maafkan abang....Jangan buat abang begini...," rayu lelaki tempang bernama Pak Rul itu." Aku mahu kau rasakan apa yang aku rasakan selama ini....Aku kau seksa sesuka hati kau sahaja ....Tanpa sedikit pun kau rasa belas pada aku , isterimu ...!!," jerkah makhluk itu .

          Satu cakaran hinggap dipipi kedut itu.Pak Rul mengaduh lantas pipinya di serkup dengan telapak tangan.Darah mengalir dari rongga yang terbuka akibat cakaran itu.

          Ayna terkejut pabila melihat gelagat lelaki tempang pabila pipinya terpaling seakan ditampar seseorang.Ayna menutup perakam suara itu lantas di sorokkan kembali ke dalam jaketnya.Memang menjadi sebahagian daripada karyanya.Segala apa yang telah dia rakamkan itu akan dijadikan sedikit idea untuk penulisan manuskripnya.Walaupun kedengaran amat menyeramkan pabila diputarkan semula rakaman berkenaan.

        " Mak kau hijau !," Latah si gadis tatkala bahunya ditepuk dari belakang.Nasib baik latahnya itu tidak didengari oleh sesiapa.Fifi tersenyum lantas menutup mulutnya yang mengekek dalam diam.

       " Babe ! Kalau aku ada heart attack camner ? Tak ke innallillah....," ujar Ayna mencubit sedikit perut gadis itu.Terasa isinya yang padat."Auch ! Sakit....Sakit....Sorry babe , kau dah kenapa ? Macam detective conan je dah aku tengok ? Pe bende yang kau tengok tu ?," soal fifi memanjangkan kepalanya ke arah perigi berkenaan.

        Bertapa seriaunya dia tatkala tidak sempat menahan sahabatnya itu daripada melihat ke arah perigi.Dia lantas berpaling juga.Namun, dia bernasib baik lelaki tua dan tempang itu sudah hilang entah    ke mana.

        " Babe, kau nak tidur kat sini ke ? Tak nak ke masuk ? Hari dah senja ni ," ujar Fifi semula.Ayna dengan pantas menarik pergelangan tangan gadis itu langsung mereka meninggalkan halaman belakang rumah agam yang penuh misteri itu.

        Pak Rul juga keluar dari tempat persembunyian.Dia terpaksa mencari tempat persembunyian pabila terdengar suara gadis- gadis bersembang dalam jarak yang dekat.Dia tidak mahu segalanya terbongkar.Pipi yang di cakar itu masih terasa pedihnya.

       Sedang dia terhenjot- henjot melangkah longkang kecil untuk ke pintu dapur.Ada ' sesuatu' menolaknya dari arah belakang.Dia tersembam di lantai longkang.Mulutnya berdarah.Dalam kepayahan dia cuba untuk bangun.

        Pak Rul sedar ' siapa ' yang menolaknya.Dia terpaksa melajukan langkahnya.Kaki yang luka , berdarah kembali.Sebelum rambutnya ' dicengkam ' , Pak Rul cepat- cepat melangkah ke dalam lalu dengan pantas pintu ditutup dan diselak dari dalam.Dia lelah .Dia sakit.


********


        SUNGGUH , dia makin tidak tahan untuk tinggal sebumbung dengan lelaki durjana bernama suami itu.Dia terpaksa menerima segala seksaan ini.Fizikal dan mentalnya teruk didera oleh lelaki itu.

       Bukan itu sahaja, batin dia juga.Dia diperlakukan tidak seperti isteri tetapi seperti pelacur murahan! Dia tidak menerima belaian seperti isteri- isteri lain.Apakah dosanya sampai begini sekali hukuman yang terpaksa dia terima.  

        Semuanya bermula setelah seminggu mereka berdua diijab kabulkan.Hampir berkali- kali dia ' turun darah ' dek penangan suami zalimnya itu.Baru sahaja ' benih ' itu mahu terbentuk , sekelip mata ia musnah.Memang, dia tidak sanggup mengandungkan ' benih ' lelaki durjana itu namun, jika dilahirkan sebagai insan yang mempunyai sikap keibuan .Dia menyayanginya.

       Mahu disesali , segalanya telah menjadi bubur.Setelah seminggu perkahwinan mereka Amarool mulai menunjukkan belangnya.Pantang silap sedikit pastikan dia akan menghamunnya, menyumpahnya , memukul, menendang malahan menghentak perutnya ketika kandungannya baru berusia seminggu.

       Wajah ayunya kini tiada serinya lagi pabila acap kali ditampar, dilecurkan dengan puntung rokok , ditumbuk sehingga kesan lebam dan pecah darah, juga pernah ditoreh dengan sengaja.

       Paip getah, tali pinggang , hanger , seterika , pisau dan banyak lagi menjadi antara bahan hukuman kegemaran lelaki zalim itu.Barannya memang gila.

       Lakonan berkesannya membuatkan ibubapa mereka berdua amat mempercayainya.Ainah pula akan di pukul dengan teruk sekali.

       Rumah agam itulah menjadi saksi pada penderitaan wanita bernama Ainah.Potret besar yang menghiasi dinding di ruang tamu itu menjadi saksi malahan darah wanita itu pernah terpercik di malam kematiannya itu.

        Setelah puas hatinya menyeksa wanita itu dia tutup malahan diletakkan mangga pada bilik ditingkat dua itu.Sehingga kini bilik itu kekal dimangga.Dia dikurung tanpa diberi makanan dan minuman.Dan lelaki durjana itu pula berseronok dengan betina - betina jalang di kamar yang lain.

        Setiap rayuan dan tangisannya tidak lelaki itu peduli.

         Sehinggalah malam sial itu....

" Abang....Sakit abang...Sakit.... !!," Rayuannya cukup mendayu sekali.Namun, tubuh itu tetap berkali- kali menerima tendangan demi tendangan.

         Muka itu ditumbuk berkali- kali tanpa sedikit pun belas kasihan, perutnya yang ' berisi' itu menjadi bahan sepakannya yang berkali- kali.Walaupun dia tempang, namun pabila rasukan syaitan merajainya.Itu semua tidak dia peduli.

        Pinggan perhiasan     dari almari yang tersimpan dalam kamar berkenaan di baling ke arahnya.Ainah sempat mengelak.Itu yang membuatkan gila lelaki itu makin bertambah- tambah.

       Tiada lagi ucapan cinta buat wanita itu kini.Hanya makian yang seringkali kedengaran.

        Tiada guna Ainah mahu merayu lagi.Dia tidak sanggup untuk hidup lagi jika terpaksa menempuh penderitaan.

         " Jika begini ....Tiada guna untuk aku hidup lagi...Lebih baik kau bunuh sahaja aku !!," cabarnya .Dek kerana cabaran itulah mukanya hancur lebur  penangan tongkat milik Amarool yang makin naik gila itu.Darah milik wanita itu terpercik ke arah sebuah potret di mana dia sebagai modelnya.

         




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku