RUMAH AGAM JALAN LAMA
Bab 9
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 November 2017
Kisah tragis dalam sebuah rumah agam disebuah jalan bernama Jalan Lama bakal terbongkar.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
228

Bacaan






       AINAH berlari pantas ke dalam belukar berkenaan.Dia mengendong sesuatu didalam bungkusan kain batik.Dia cekalkan hati walaupun fizikalnya tidak lagi larat untuk meneruskan larian itu.Apatah lagi kakinya di tekap besi panas seminggu yang lalu sebelum,  Amarool ke kampung sebelah atas dasar perniagaan.

       Tunggul dibawah tidak terlihat olehnya lalu disepak.Bergolek - golek bungkusan itu lantas tanpa sempat dia mencapainya bungkusan itu terus bergolek ke dalam sungai kecil itu.

         " Anakku....!," rintih wanita itu.Dia terpunduk menahan kesedihan dan kesakitan.Dia cuba untuk menyelamatkan satu- satunya zuriat dia dan Amarool namun tidak kesampaian.Ainah mendesah kesakitan tatkala mahu berdiri.Dia perlu pulang semula ke rumah agam itu sebelum malam menjelang.Kerana malam itu suaminya akan balik dari kampung sebelah.

           Amarool tidak sedar akan bila kewujudan zuriat itu kerana Ainah pandai menyembunyikannya.Kuasa Allah tiada siapa yang tahu, walaupun didera zahir batin tetapi zuriat itu tetap selamat malah selamat juga dilahirkan .Ya, Ainah selamat melahirkan anaknya di rumah agam itu tanpa diketahui oleh sesiapa.

           Dia berlari sambil mengendong bungkusan yang lencun dek air sungai itu.Bertapa besarnya kuasa Allah bayi yang tidak disengajakan lemas  itu masih lagi bernafas sehingga dia diselamatkan.

          Pasangan itu amat- amat bersyukur kerana doa mereka berdua dimakbulkan oleh Allah swt.Bayi perempuan yang comel itu diberi nama Ayna Hartina .Sehingga ke hari ini Ayna tidak mengetahui status sebenarnya.Apatah lagi dia ber' bin' kan nama bapa yang menjaganya kini.


*********


        ' PANG !' Berdentum pintu kamar itu tertutup dengan sendirinya.Ayna meloncat keluar kerana benar- benar terkejut .

          Dia tersedu- sedan menangis di dalam kamar yang kini tertutup rapat dan bermangga itu.Dia tidak sanggup lagi memandang wajah milik anak gadis itu.Peristiwa lampau terulang kembali.Lagipun, manakan mungkin anaknya masih hidup sedang matanya sendiri yang menyaksikan zuriatnya dihanyutkan dalam sungai berkenaan.

        Dari langkah yang laju kini dia berlari menuruni anak- anak tangga itu.Dia cuba bersikap positif walaupun apa yang telah berlaku tadi jelas menyatakan ada sesuatu yang tak kena dalam rumah agam ini.Kini dia mulai mempercayai kata- kata sahabatnya Fifi.Apatah lagi dengan sikap    pelik Pak Rul yang kerap benar bercakap malah merayu bersendirian.

       Adakah benar apa yang telah dia dengar selama ini tentang rumah ini ? Benarkah ada pembunuhan yang telah berlaku ? Atau Pak Rul ada saka ? 

       Segala keropok dan cekedies berjatuhan dari tangannya tatkala bahunya di sentuh dari belakang." Mak aku hijau ! Bapak hang oren ! Amboiii !!!," latahnya lantas berpaling.Darah yang berderau tadi kini reda pabila melihat wajah itu.Pak Rul yang sentiasa bermasam muka itu kini tersenyum gelihati." Melatah mak nenek kita ni , rupa- rupanya ? Muda- muda dah melatah ," ujar lantas tunduk mahu mengutip barangan yang jatuh tadi.

        Agak payah apatah lagi dengan keadaan fizikalnya yang tempang agak meyukarkan setiap pekerjaan.Ayna mengutip dengan pantas.Dan tubuh tua itu perlahan-lahan di bangkitkan.

        " Pak Rul nak minum tak ? Ayna nak buat milo untuk Fifi sekali ," pelawa gadis mengambil tin milo , sudu dan dua cangkir." Tak apa lah nak terima kasih aja, Pak Rul nak buat kopi aje"

        " Biar Ayna buatkan ya," ujar Ayna lantas mengambil botol berisi serbuk kopi , tupperware gula juga cangkir.Sesudu serbuk kopi dan dua sudu kecil gula di gaul rata setelah dituangkan air panas yang telah sedia dijerang .

        Ayna merasa sedikit air kopi berkenaan menggunakan sudunya.Setelah pasti ia tidak terlampau pahit, manis ataupun tawar cangkir dihulurkan pada lelaki tua dan tempang itu." Terima kasih nak , baiklah pak cik ke depan dahulu ya ," ujarnya dan mulai bergerak meninggalkan Ayna seorang di dapur.

      " Lambatnya Ayna ni?," rungut Fifi sambil menjeling pintu.Ingin turun tapi terasa malas , badan pula melengas kerana peluh.Jam di telefon pintarnya dikerling sekilas.Tepat pukul 6 petang .Akibat terlalu leka dengan game asar juga makin dia lupa.Dia bingkas bangun , tuala di capai.Dan terus bergerak ke bilik mandi.

       Bantal yang kaku diatas tilam dengan tidak semena- mena terjatuh ke bawah katil.Salah satu baju milik Ayna yang bergantungan di penyidai besi berkenaan ditarik perlahan dan melayang dengan sendiri.

      Setelah dulang telah penuh diisi dengan makanan dan dua cawan air milo yang masih berasap gadis itu mengangkat dulang dan menapak perlahan menuju ke arah tangga.

     Ayna ralit menatang dulang berkenaan kerana takut air tumpah tanpa menyedari ada ' seseorang ' sedang merenungnya dari dalam cermin yang melekat di dinding lorong kecil ke kamar mereka.

     " Fi...," setelah pintu terbuka.Terdengar air sedang terpasang.Ayna meletakkan dulang atas meja kecil sambil tersenyum.Dia tahu sahabatnya itu sedang mandi.

       Sekelip mata.Hanya sekilas bayangan putih itu melintas dihadapannya yang mahu menutup pintu kembali .Ayna ternganga pantas melihat ke arah bayangan itu pergi.Namun ia telah menghilang .Pintu ditarik dari dalam dan dikunci.

       Sementara menanti Fifi siap mandi, Ayna membuka laptopnya kembali.Ada idea yang tiba- tiba hadir pada mindanya kini.

       ' wanita itu berlari demi menyelamatkan satu nyawa dari menjadi mangsa suami yang zalim.Dia meredah belukar itu hanya berkaki ayam .Tidak kisah diri dicalar - balarkan oleh ranting- ranting tajam yang bergayutan , dia rela dan sudah lali dengan rasa sakit juga pedih .Dia harus cepat sebelum malam mulai menebarkan sayap kegelapannya.

        Tanpa wanita itu sedari, akibat kelelahan yang mulai merajai diri tunggul yang mendiami atas tanah itu disepaknya tanpa sedar.

        Tiba- tiba belakang bahunya terasa ada air yang menitis dari atas.Ayna tersenyum dan berpaling.Tapi sahabatnya masih berada didalam bilik air lagi." Aik, nak kotor bocor mustahil....Hujan pun tak ," ujar Ayna sambil menghidu titisan air berkenaan.

       " Argh, mungkin khayalan aku aja ni ," ujarnya lantas mengeliat.Lenguh juga tengkuk dan tulang belakangnya akibat terlampau lama duduk dan secara membongkok.

        Gadis yang hanya berkemban dengan tuala itu berdiri menghadap gadis yang sungguh lena itu sambil tersenyum.Dia perlu solat dahulu.Ayna tidak mengapa.Dia holiday ! 

        Setelah usai melakukan ibadah solah asar , Fifi mencicip dahulu air milo yang hampir sejuk itu sedikit sebelum mengejutkan Ayna.

        " Ya , Allah Ayna kenapa dengan jari kamu ni ?," soal Fifi terkejut pabila melihat jari telunjuk gadis itu dibasahi cecair pekat berwarna merah.

        Ayna terkejut lantas merenung jarinya.Memang ada darah di situ.Tetapi hakikatnya jari dia tidak luka pun." Babe, jari aku tak luka ," jawabnya pelik lantas memandang Fifi.Fifi pula makin pelik.Tanpa kunyah dia terus menelan cekedies yang sedari tadi berada didalam mulutnya.

      " Dah tu , mana datangnya darah ini babe ? Kau jangan bagi aku cuak babe ! Pergilah cepat bersihkan dan mandi sekali .Hari nak senja dah ni "

         Ayna mengangguk lantas bangun dari atas kerusinya.Tuala yang tersangkut tepi katilnya diangkat lantas di sandangkan ke bahunya.Dia menapak ke arah penyidai.Liar matanya mencari sesuatu.

        " Babe, mana baju aku gantung semalam ? Tadi ada babe ? Mana kau letak ? ," soal Ayna semakin hairan.Dia yakin tadi baju tshirt lengan panjangnya tergantung di penyidai berkenaan.Kini tiada pula.Mana pula perginya ? Takkan dia berjalan kot ?

        " sorry babe, baju yang mana ek ? Aku tak perasanlah....Baju kat situ kat banyak .Baju yang mana kau maksudkan ?," soal Fifi sambil menyuap biskut yang terendam lama dalam air milonya.Lembik sudah.

        " Ala baju yang aku suka pakai tu lah....Mana pulang dia berjalan.Hairan bin ajaib betullah sekarang ," ujar Ayna sedikit geram.Lepas satu , satu yang berlaku pada dirinya sejak kebelakangan ini.

        " Babe, udah le tu.Pergilah mandi dulu.Ayor milo mike dah sejuk wei ," ujar Fifi pula.Ayna menapak perlahan ke arah bilik air.

         Walaupun agak payah untuknya menaiki tangga berkenaan namun dia mesti pastikan bilik rahsia itu tidak terusik.Kunci diseluk dari dalam poket seluar lantas dimasukkan ke dalam lubang mangga berkenaan.Mangga telah pun terbuka.Pintu dibuka.Pelita gasolin menemaninya kini .Pintu di tutup kembali tanpa dikunci dari dalam.

        Ayna memandang Fifi.Fifi pula terus memandang ulah orang tua tempang berkenaan." Babe ," cuit Ayna pada pinggang rakannya itu supaya menurutinya." Ish, tak payahlah nak busy body ," sahut Fifi agak keberatan." Ikut jelaaa ," ujar Ayna masih berdegil.Dalam keterpaksaan, gadis itu membuntuti Ayna yang terhendap - hendap itu.

      Kelakuan mereka berdua makin seronok jika ada musik iringan lagu pink panther.Kini keduanya benar- benar berdiri dihadapan pintu tanpa mangga itu.

      Ketika tangan Ayna mahu memulas, tangan Fifi dengan pantas memukul tangan Ayna sambil mengeleng- geleng .Tapi Ayna tetap dengan pendiriannya.Dia tetap ingin tahu apa yang pak cik tempang itu lakukan didalam bilik berkenaan.Bilik yang selama ini dia tidak izinkan untuk masuk.

      Ingin sekali dia mahu mengetahui apakah rahsia , yang sedang lelaki itu sembunyikan selama ini.Tangannya kini diatas tombol, Fifi pula makin cuak.Begitu juga dengan Ayna cuma dia tidak terlampau menonjol.Peluh kian membasahi tubuh.

      Almari dibuka.Pelita gasolin diletakkan atas meja solek.Baju kurung itu diangkat lantas di peluk dan di ciumnya.Ada airmata yang kian rancak mengalir.Tetapi wajah kaku yang sedang tegak merenungnya dari dalam cermin tidak terkesan apa- apa pabila melihat ulah lelaki itu.

      Dahulu , memang iya lelaki itu dia sayangi dan cintai.Walaupun badannya hampir hancur dikerjakan oleh lelaki durjana itu , dia tetap bertahan kerana apa ? Kerana satu perkataan iaitu cinta ! 

     Mereka terdengar tangisan yang tersedu- sedu daripada lelaki berkenaan.Cahaya suram yang datangnya dari cahaya lampu pelita itu , menerangkan sedikit suasana bilik yang kusam dan maha gelap itu.

     " A...Asshummm !" Cepat- cepat Ayna dan Fifi menutup pintu itu kembali.Fifi terhiruk- hiruk hingusnya.Mungkin kerana bilik itu berhabuk.Dia allergik .Dengan pantas, Ayna menutup hidung gadis yang mahu terbersin itu lagi.

     Baju di simpan kembali dengan pantas.Sekali hembusan, cahaya api dari dalam pelita gasolin itu terpadam terus.Dia teraba- raba pada dinding untuk mencari pintu keluar.

     " Hi.....Hi....Hi....," dia tertawa dan sedang terpunduk tepi almari.Ayna dan Fifi juga dengar suara orang tertawa sayup- sayup dari dalam bilik berkenaan.Yang peliknya suara itu suara perempuan ! 

     " Babe, aku rasa elok kita blah dari sini babe ! Aku dah tak tahan dah ...

Asyik kena kacau je ," luah Fifi akhirnya.Ayna masih lagi membisu.Bukan dia tidak mahu keluar.Tetapi.....

      " Babe , kau dengar tak ? Atau kau buat- buat tak dengar ? Takkan sampai nyawa kau dan aku terancam baru nak keluar dari sini !," bentak Fifi benar- benar geram dengan kebisuan gadis di sebelahnya itu.

       Ayna tidak mahu suara gadis itu didengari dengan pantas tangan itu di rangkul dan dia mengheret Fifi terus ke kamar mereka kembali.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku