JUJUR SAJA SAYANG
SENDIRI
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
122

Bacaan






 Kereta Hanna semakin jauh meninggalkan aku di situ. Sayup-sayup hilang dari pandangan di balik selekoh yang berliku-liku itu. Mahu atau tidak, aku harus menggagahkan diri menolak kerusi roda ini ke rumah agam yang letaknya lebih kurang 150 meter dari jalan besar itu.

Aku melontarkan pandangan ke arah rumah agam itu yang letaknya sedikit tinggi di atas bukit. Manakala kanan dan kiri jalan menuju ke atas sana, dihiasi dengan ladang teh yang tumbuh subur menghijau. Suasana tengahari itu tenang sekali, ditambah pula dengan deruan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Walaupun sang matahari tinggi menegak di atas kepala, namun sedikit pun tidak terasa kehangatannya. Lantas aku mengerling jam ditangan.

"Patutlah sejuk, 19•c rupanya."  

Kelihatan jauh di sana beberapa orang wanita sedang bekerja mengutip pucuk teh lalu dimasukkan ke dalam bakul yang digalas. Mereka tidak menyedari kehadiran aku di sini, terlalu sibuk barangkali. Aku hanya memerhatikan mereka dengan lekanya.  

Hati terasa begitu berdebar kerana aku akan melangkah ke satu episod yang baharu di rumah agam itu. Cuping telinga masih tengiang-ngiang suara Hanna. Terbayang-bayang keletahnya tadi sambil menggayakan seekor harimau. Lalu aku tersenyum sendirian.

"Matilah aku... harap-harap tak garang macam harimau,"

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sesosok lelaki tua yang menegur aku dari arah belakang.

"Tuan Cairil dah pulang?"

"Err... pakcik kenal saya? tapi pakcik ni siapa ya? soalku bertali arus.

"Nama pakcik Wak Karjo."

Tangannya dihulur lalu aku menyambutnya. Senyuman dilemparkan lalu menampakkan gigi yang ompong di mamah usia tuanya. 

"Dahulu wak pemandu Tuan Cairil. Tapi selepas tuan terlibat dalam kemalangan, wak dah tak memandu lagi."

"Oh begitu, maaf wak... ingatan saya belum pulih sepenuhnya."

"Tak apa Tuan Cairil, saya faham. Mari, saya tolong tolakkan sampai ke atas."

"Eh, tak menyusahkan ke ni, Wak Karjo?

"Tak tuan... kalau tuan nak tolak sendiri, bahaya! silap-silap terundur ke belakang."

Aku ketawa. 



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku