JUJUR SAJA SAYANG
LUAHAN
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
136

Bacaan






Selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Wak Karjo melimpasi tempat Hanna berdiri. Cepat-cepat dia menyapu air matanya itu. Dia risau kalau-kalau apa yang terjadi padanya tadi akan menjadi tanda tanya dan persoalan yang tidak bersudah.

"Ya, aku mesti kuat," bisiknya.

...

"Senyumlah wahai hati, tertawalah wahai jiwa, hiburkanlah sanubariku ini agar bulan dan bintang malam ini menjadi antara terindah dalam yang terindah. Moga pelukan malam yang suram begini, terkuburkanlah kiranya kesedihan ini andai itu takdirnya ku direntap oleh antara cinta dan kecewa."

...

Hanna memasang langkah menuju ke dalam restoren itu kembali. Dia hanya memerhatikan aku dari jauh. Wak Karjo tidak membontoti aku. Sebaliknya aku memintanya menunggu di kereta sahaja.

"Hai Hanna, awak dah lama ke tunggu?" aku memulakan perbualan saat mendekati Hanna.

"Taklah, baru je sampai," balasnya ringkas. 

Aku tahu dia membohongiku. Mengapa dia tergamak berpura-pura sebegini sedangkan raut wajahnya menunjukkan kesuraman yang cukup dalam.

Hanna mengajak aku ke meja yang telah ditempahnya. Dia membantu aku menyorong kerusi roda tetapi hanya mendiamkan seribu bahasa. Aku cuba menenangkan keadaan dengan membuang rasa yang berbaur itu sejauh mungkin.

"Wah! cantiknya, Hanna." 

Aku teruja apabila melihat dekorasi meja. Sepertinya aku ini menjadi tetamu yang sangat istimewa pada malam itu.

Hanna hanya ketawa kecil. Kemudian, dia mengambil tempatnya di hadapan aku. Dalam samar terang cahaya lilin yang cukup romantik itu, aku dapat menatap wajah Hanna sepuas-puasnya. Dia cukup cantik malam itu. Ingin sahaja aku membuka mulut memujinya tetapi kerana keegoanku, lebih baik dipendamkan sahaja.

"Kenapa tenung saya macam tu, Cairil?" lembut sekali suara Hanna.

"Tak ada apa... saya nak tanya sikit boleh tak, Hanna?" 

"Tanyalah, Cairil." 

Hanna tidak memandang wajahku ketika itu. Dia hanya menundukkan kepalanya ke lantai sambil jari jemarinya bermain-main dengan gelas yang terletak di sisi meja.

"Cairil tak tahu nak mulakan bagaimana, tapi apa yang Cairil rasa ialah... Cairil dah mula sukakan Hanna." 

Aku terpaksa mengaku juga yang akhirnya hatiku telah terpaut pada kesantunan budi dan keluhuran hatinya.

"Cairil... apa yang awak merepek ni?" 

Hanna tertawakan aku. Sesekali airmatanya keluar membasahi alis pipinya. Dikesatnya perlahan-lahan.

"Ya Hanna... Cairil serius ni. Kalau boleh Cairil nak Hanna jadi teman suri hati, sehidup semati dengan Cairil," aku meyakinkan Hanna. 

Hilang keegoan aku selama ini yang pernah kupertahankan demi seseorang yang bernama Hanna Nadia.

Dia bingkas bangun dari tempat duduknya sebaik aku menghabiskan ayat terakhir itu.

"Hanna...," aku memanggil namanya - perlahan.

"Hanna, awak nak kemana tu? Maafkan saya kalau soalan saya tadi tu... membuat awak terusik. Saya tak berniat pun, cuma fahamilah Hanna... Saya memang betul-betul sukakan awak!"

"Cairil cukup! Saya tak nak dan saya tak boleh!" Hanna meninggikan suaranya.

"Tapi kenapa Hanna... ? sebab saya tak sesempurna orang lain?" balasku.

"Bukan sebab tu, Cairil. Kalau saya ceritakan pun, awak tak akan faham. Masa lalu awak dah tiada. Awak bukan Cairil yang pernah saya kenal dahulu."

"Masa lalu saya? Apa yang awak cuba sembunyikan sebenarnya?" aku mulai hilang arah.

"Bila dah sampai masanya, saya akan ceritakan satu persatu... buat masa sekarang, tolong jangan tanya hal ini lagi, please!"

Aku pasrah akan kehendak Hanna. Tidak kusangka makan malam yang istimewa ini bertukar menjadi sebegini rupa. Bukan kupinta tapi kuterpaksa. Aku merayu Hanna untuk tidak meninggalkan aku sendirian di situ. Akhirnya, Hanna akur.

Dia kembali melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Kali ini Hanna diam membisu seribu bahasa. Aku juga begitu.

Telefon Hanna berdering. Dia teragak-agak untuk menjawab panggilan itu.

"Kenapa tak jawab?" tanyaku.

"Malas"

"Malas? ada-ada sajalah awak ni, Hanna." 

Akhirnya tombol itu ditekan.

"Hmm, ada apa?" soal Hanna.

"Kalau kau call aku semata-mata nak cakap hal ni, lebih baik kau tanya diri kau sendiri. Siapa sebenarnya yang lebih layak," tambahnya lagi.

Tombol ditekan kembali. Wajah Hanna seperti menahan geram. Perasaan tidak puashatinya jelas tergambar.

"Maafkan saya, Hanna. Siapa yang called awak tadi tu? Saya tak bermaksud nak menyibuk tapi... tapi saya rasa, saya perlu tahu."

"Betul awak nak tahu?" Hanna memandang tepat ke arahku.

Aku hanya mengangguk.

"Dhya!" jawab Hanna.

"Dhya... ? awak kenal Dhya? Jadi, Dhya tahulah kita berdua di sini sekarang?" aku bertambah sangsi.

"Ya, Dhya! kenapa? terkejut ke tiba-tiba nampak Dhya kat sini?" Dhya mencelah perbualan kami berdua.

Aku tergamam, begitu juga Hanna. Tidak aku menyangka yang Dhya akan berkelakuan sedemikian rupa. Dan lebih memeranjatkan apabila Dhya menerjah ketika aku dan Hanna sedang bersama.

"Well, Hanna! tadi kau kata, kau lebih layak, kan?" Dhya mengelilingi Hanna dengan penuh angkuh.

Hanna hanya tunduk membisu, sesekali pandangannya dilepaskan ke arah aku. Namun, aku pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana masih buntu dengan wayang di depan mata.

"Cairil! kalau you nak tahu sangat, perempuan ni lah yang menjadi sebab you accident dulu," Dhya menunjal kepala Hanna dengan kuat lalu menyebabkannya jatuh tertiarap ke atas lantai.

"Cukup, Dhya. Cukup! you ni dah melampau," aku terpaksa menjerit.

"Oh melampau... Dhya melampau? Dhya buat semua ni sebab Cairil tau tak, perempuan ni yang menyebabkan kaki you tu lumpuh, tak melampau!" Dhya mengherdik.

"Apa benda semua ni hah? apa sebenarnya berlaku sebelum accident dulu? Argh!" 

Aku tak dapat bertahan lagi. Kali ini, aku mulai dapat rasakan memang mereka berdua ada menyembunyikan sesuatu di luar pengetahuan aku.

"Tell me now, Hanna... ." 

Aku memaksa Hanna untuk menceritakan segalanya.

"Nampak? perempuan ni mana nak buka mulut!" Dhya memotong.

Dhya berbisik ke telinga Hanna.  

"Kalau kau berani cakap apa-apa, nahas kau... ." 

Hanna hanya menggelengkan kepala. Aku lihat matanya mulai berkaca. Wajahnya seperti menyembunyikan satu beban yang sarat. Mulutnya seakan terpatri. Dia bingkas bangun dan berlari meninggalkan aku dan Dhya di situ.

Dengan kudrat yang ada, aku mengejar Hanna. Belum sempat aku mendapatkannya, dia telah menghidupkan enjin kereta dan terus meluncur laju tanpa memperdulikan teriakan aku.

"Kenapa kau tinggalkan aku begini, Hanna? Disaat aku perlukan kau, kau pergi tanpa sebarang pesan dan alasan!"



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku