JUJUR SAJA SAYANG
BALAH
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
146

Bacaan






Dhya menarik muka masamnya. Kaki pula dihentak-hentak ke lantai memarahi aku kerana tidak menjawab panggilan telefonnya tadi. Aku berkeras hati untuk tidak mengalah dengan sikapnya itu. Sesekali aku tidak akan mudah terjatuh lagi dalam tipu daya yang hanya mahukan perhatian. Dan, semua yang berlaku dengan bersebab.

"You! baru sekarang muncul?" Dhya mengherdik.

Aku membatu lalu memandang ke arah Ladang Teh Ringlet. Ikutkan hati, mahu sahaja aku pergi segera dari situ tetapi aku bersabar kerana mahukan persoalan yang bermain-main di fikiranku ini berjawab.

"I tanya ni! you boleh buat pekak pulak," soalnya lagi.

Badanku dipukulnya dengan beg tangan itu. 

"Eh, you ni tak malu ke orang tengok? jaga adab sikit, boleh!" aku bersuara perlahan tetapi berkeras.

"Habis tu, I tanya susah sangat ke nak buka mulut tu jawab pertanyaan?"

"Sebab I malas nak layan sikap gila you, faham?" aku memperlinya.

"You kata I gila?"

"Ya, gila! nak tahu kenapa? sebab you tu kaki penipu."

Muka Dhya kemerah-merahan menahan rasa marah pada tuduhanku itu. Aku tahu, dia mula tersedar yang aku bukanlah Tuan Cairil yang dahulu.

"I dah tahu semuanya," aku bersuara.

"Tahu apa?" laju Dhya membalas dengan penuh kehairanan.

Kali ini, aku terpaksa menipu si penipu. Jika aku tidak berbuat begini, alamatnya sampai bila-bila aku ditipu oleh mereka. Aku mahukan jawapan yang lahir dari mulutnya sendiri.

"You yang menyebabkan I dan Hanna berpisah. Mama you upah lelaki tu untuk mengelirukan I. Rancangan tu berjaya membuat I percaya bulat-bulat."

"Mana you tahu ni?"

"Mama I cakap tadi," aku berbohong.

"Maafkan I, sebenarnya bukan salah I. Tapi mama, dia dah berpakat dengan mama you. Mereka yang upah lelaki tu. I tak tahu hal tu. Sewaktu kejadian, memang I ada di Ipoh tapi bukan dengan Hanna," jelas Dhya.

"Habistu, dengan hantu?" soalku pula.

"I keluar dengan kawan, lelaki tu. Mama tahu I ada di Ipoh, jadi dia menipu Hanna. Mama kata I diragut, lalu mama minta Hanna ambil I di sana. I pun terkejut tiba-tiba Hanna mengajak I balik. Tapi tak sangka, lelaki yang keluar dengan I tu juga dah berpakat dengan mama. Dia menekap mulut Hanna dengan sapu tangan sehingga pengsan."

"Kondom tu pulak?" aku bertanya lagi.

"Lelaki tu yang letak. I tak perasan, waktu bila dia masukkan kondom tu dalam beg Hanna," Dhya menjelaskan.

"Habis, waktu dia hantar Hanna... you di mana?"

"Err, I minta dia hantar I balik dulu," jawab Dhya.

"Dan satu lagi I nak tahu sangat-sangat dari mulut you."

Dhya mendekatkan dirinya padaku Lalu melutut memandang ke dalam bola mataku.

"Kenapa you tipu I pasal bertunang?" aku berbohong lagi.

"Err, maafkan I! I buat macam tu sebab... ," Dhya terhenti memberikan jawapan.

"Sebab you nak kahwin dengan I, macam tu? Kemudian, senanglah kerja mama you dan mama I nak kikis harta pusaka tu, kan?" aku memotong percakapannya itu dengan memberi jawapanku sendiri.

"I hanya ikut arahan mereka. Cairil, maafkan I please! Kita kahwin, nak?"

"Apa, kahwin? you dah gila ke?"

Aku meninggalkan Dhya di situ. Pak Ayub yang menungguku di kereta, segera membukakan pintu. Aku hilang sabar jika berada lebih lama bersama Dhya. Satu persatu persoalan yang tersimpul sekian lama, kini terurai juga. Tidak kusangka, pembohongan aku untuk mendapatkan jawapan dari si penipu rupa-rupanya berhasil. 

...

"Mama!" berulangkali aku memanggil namanya.

Aku masih di beranda luar rumah ketika itu. Sebaik pintu dibuka, Datin Khalsom menampakkan dirinya.

"Kenapa terjerit-jerit ni, Cairil? tak malu ke orang dengar nanti?" soalnya.

"Malu? baru sekarang mama baru rasa nak malu? kenapa tak dari dulu?" aku soalnya kembali.

Datin Khalsom tercengang dengan soalan aku itu. 

"Mama terkejut?"

Lalu aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket dan aplikasi voice recorder itu aku buka. 

"Mama dengarlah!"

Muka Datin Khalsom kemerah-merahan tatkala mendengar pengakuan Dhya itu. Rahsia mereka telah terbongkar akhirnya.

"Bukan salah mama, salah mama mentua kau! dia yang rancang semua ni. Mama mengikut saja," Datin Khalsom berdalih.

"Sekarang, semua nak melarikan diri? kalau Cairil repot polis, mama nak?" aku bertegas.

"Hal lama, lupakanlah."

"Senangnya mama cakap, kerana hal macam ni lah Cairil dan Hanna bercerai. Mama tengok kaki Cairil ni! tengok, mama," aku terkilan dengan jawapannya itu.

Datin Khalsom berpaling lalu meninggalkan aku. Pintu biliknya dihempas kuat seakan melepas rasa amarahnya terhadapku. Aku mendapatkan Pak Ayub lalu kuminta dihantarkan ke rumah Datin Karmila.

...

Kereta itu diparkir di garaj yang terbuka luas. Kelihatan Datin Karmila sedang membaja orkid di kebun bunganya. Dia agak terkejut dengan kehadiranku. Kebetulan Dhya pula masih belum pulang. Jadi aku simpulkan yang Datin Karmila masih belum mengetahui apa-apa lagi.

Aku tidak keluar dari kereta kerana belum pun sempat Pak Ayub menurunkan aku, Datin Karmila terlebih dahulu telah terpacak di tepi pintu kereta.

"Mimpi apa ni, Cairil?" soalnya.

"Bukan mimpi tapi dah jadi kenyataan," balasku.

Aku kerling ke arahnya.

"Err, apa maksud Cairil? cuba terus-terang, kan senang," balasnya sambil berseloroh.

"Cairil bukan main-main tau. Apa yang terjadi selama ni, mama Mila yang rancang, kan."

"Rancang apa pulak ni? mama Mila tak fahamlah!" dia meninggikan suara.

Kebetulan, Dhya pula telah pulang. Dia berlari mendapatkan Datin Karmila. 

"Apa ni, Dhya? mama tak fahamlah!" Datin Karmila bertanyakan Dhya yang sedang teresak-esak menangis.

Aku tidak menunggu lebih lama. Kuminta Pak Ayub untuk ke Pekan Tanah Rata. Ada sesuatu yang ingin kubeli dan tinggalkan Cameron Highland untuk selama-lamanya.



----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku