JUJUR SAJA SAYANG
FITNAH
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
127

Bacaan






Lalu ingatanku dibuai oleh kenangan pahit satu masa dahulu. Ianya terjadi sehari sebelum aku kemalangan yang telah menyebabkan kakiku lumpuh dan ingatanku terganggu.

#lontarbelakang sehari sebelum kemalangan.

"Mama." 

Aku mencium tangan Datin Khalsom. Beg bimbit pula diletakkan di penjuru sofa itu lalu aku menghempaskan diri di sebelahnya. 

"Macamana business hari ni, semua okay ke? tanya Datin Khalsom sambil menghirup secangkir kopi panas lalu diletaknya ke atas meja.

"Okay je, Hanna mana, mama?" 

Aku memerhati sekeliling. Rumah agam itu ternyata sepi. Jika Hanna ada, pasti radio di tingkat atas dipasangnya. 

"Hanna? dari awal lagi mama memang tak berkenan dengan dia," Datin Khalsom menjeling ke arahku. 

"Eh, kenapa mama cakap macam tu pulak? ke sebab mama nak sangat bermenantukan Dhya tu?" aku memperlinya.

"Ya, memang! entah bomoh mana yang Hanna pakai sampai kau tergila-gilakan sangat," dia meninggikan sedikit suaranya. 

Aku membatu, cuba memekakkan telinga sambil menonton televisyen yang sedia terpasang.

Tidak berapa lama kemudian, deruman enjin kereta mengejutkan aku. Seorang lelaki telah keluar dari tempat duduk pemandu lalu membukakan pintu di sebelahnya. Hanna pula dipapah keluar. Aku amati sahaja dari jauh. Caranya melayan Hanna cukup mesra. Manakala Hanna yang kelihatan lemah ketika itu hanya tersenyum seperti  khayal. 

Kakiku seakan terpasak, tidak mampu bergerak kerana kejadian itu benar-benar mengejutkan aku. Datin Khalsom yang menyedari hal itu segera ke pintu. 

"Hanna?" Datin Khalsom bersuara.

Lelaki itu meletakkan Hanna di sofa. 

"Kenapa dengan Hanna?" aku membuka mulut.

Lelaki itu merapatiku lantas menghulurkan tangannya untuk bersalaman. 

"Kau siapa? Aku Danish Dato' Seri Borhan, boyfriend Hanna. Kau abang dia ke?"

Aku tidak menyambut salamnya itu. Pertanyaannya juga tidak aku jawab. 

"Oh sorry bro... auntie... tadi kami keluar ke Ipoh, dia mabuk sikit terlebih minum. So check in hotel sekejap then check out  terus aku hantar dia balik."

Aku tertampar saat mendengar pengakuan Danish. Jika diturutkan hati, mahu sahaja penumbuk itu hinggap dimukanya tetapi aku bertahan. 

Tiba-tiba Datin Khalsom mencelah.

"Aku dah kata, Hanna bukan orang baik-baik! tapi kau degil Cairil! Malu aku!" 

Datin Khalsom berlalu dari situ lantas menghempas pintu biliknya dengan kuat. Lelaki itu pula turut meninggalkan kami berdua begitu sahaja. Aku mendekati Hanna lalu kuperiksa tekanan nadinya. Degupan jantung agak laju dan tanpa membuang masa, aku mengangkatnya masuk ke dalam kereta. 

Ketika tiba di klinik, Hanna segera dibawa ke bahagian kecemasan. Aku pula hanya menunggu di luar kerana perlu mendaftarkan kemasukan pesakit terlebih dahulu. Beg tangan milik Hanna itu aku buka. Sewaktu mencari kad pengenalannya, tanganku terpegang sesuatu berbentuk segi empat tepat, lalu aku keluarkannya. Alangkah terkejutnya aku apabila menjumpai kondom yang masih belum digunakan lagi. 

"Apa dia dah buat bersama lelaki yang mengaku boyfriend nya tadi?" mukaku pucat.  

...

Sebaik Hanna kembali stabil, doktor telah membenarkan dia dibawa pulang. Sepanjang perjalanan itu, aku tidak bersuara. Perasaan amarah masih menghantui diriku. Berulangkali Hanna bertanyakan apa yang telah terjadi kepada dirinya, namun aku tidak memperdulikan soalannya itu.

Setibanya di rumah, satu tamparan hinggap di pipi Hanna. Ya, aku geram! Hanna menangis teresak-esak di lantai. Lalu aku mengheretnya menaiki tangga ke tingkat atas bilikku. Hanna meminta aku melepaskannya, namun tidak diendahkan. Bajunya kurentap, sehingga terkoyak menampakkan belahan dibahunya. Dia merayu sambil memeluk erat kakiku. Bagiku, semua yang telah berlaku telah terlambat untuk aku memaafkannya lagi. Aku terkilan, kasih sayang dan cinta aku selama ini dibalas dengan hinaan seperti ini.

Hanna berulangkali menidakkan tindakannya itu, malah dikatakan menjadi mangsa keadaan. Aku mulai hilang kepercayaan kerana sebelum ini, pernah berlaku hal yang sama. Tetapi aku cuba mendiamkan dari menjadi lebih parah.

"Abang... maafkan Hanna! Bukan salah Hanna!"

"Sudahlah! aku tak percayakan kata-kata kau lagi. Mungkin dengan orang lain boleh kau berbohong, tapi dengan aku? sorry!" aku memegang dagunya.

Aku berpaling darinya. Dia segera mencapai kakiku lalu disembahnya. Dengan teresak-esak, Hanna mengaku tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Malah, dengan penuh yakin menyatakan dia diperangkap oleh Dhya.

"Kau pergi Ipoh, sekarang kau nak babitkan Dhya pulak?!"

"Betul abang... Dhya yang telah perangkap sayang, buat apa sayang nak berbohong?"

Aku segera mencapai beg tangannya lalu mencampakkan kondom yang kutemui tadi ke arahnya.

"Ni apa?! cakap! kau ingat aku bodoh hah?!"

Hanna mengambil bungkusan kondom itu. Raut wajahnya seakan terkejut. Dibelek-beleknya berulangkali. Lalu bingkas bangun dan memeluk aku dari belakang.

"Abang, sumpah! sayang tak tahu macamana benda tu boleh ada dalam beg tangan."

Aku menolaknya.

Dia terjatuh.

Pintu bilikku diketuk. Suara Datin Khalsom kedengaran dari luar meminta aku membukakan pintu. Kaget!

"Cairil, sudahlah! mati nanti anak orang. Kalau kau dah tak sukakan dia, ceraikan sahaja," Datin Khalsom bersuara.

"Cerai?" aku membalas.

"Ya, ceraikan sahaja Hanna. Kau pun tak payah nak pening-pening lagi. Dari dulu lagi aku dah cakap, Hanna ni memang bawa sial!"

Hanna tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu. Dia hanya mampu menangis dan terus menangis minta jangan diceraikan.

"Baik  mama, Datin Khalsom menjadi saksi, bahawa dengan ini aku Tuan Cairil menceraikan Hanna Nadia dengan talak satu!"

Usai sahaja lafaz itu aku akhiri, segala beban yang tergumpal selama ini terurai satu-persatu. Lalu bagaikan butiran debu halus yang berterbangan ditiup angin, pergi dan menghilang begitu sahaja.

"Bagus, Cairil!" Datin Khalsom pergi dari bilikku.

Hanna terhenti menangis. Mungkin kerana dia tidak menyangka bahawa aku tergamak memperlakukan sehingga begitu. Dia bangun lalu menuju ke arah balkoni itu.

"Kenapa abang dengan mudah mempercayai mereka dari diri sayang sendiri? Apakah abang lupa, selama ini bagaimana mereka mencuba untuk memisahkan perhubungan kita? Abang lupa atau buat-buat lupa? Acapkali kita bertengkar, hanya sebab orang ketiga. Tapi apa abang lakukan? Pernah abang terfikir, kenapa mereka mahu kita bercerai? Abang masih tak nampak, kenapa hanya mereka yang bersungguh-sungguh? Demi Allah! Sayang hanya mangsa keadaan!"

Aku meninggalkan Hanna di situ. Enjin kereta dihidupkan lalu aku pergi dari rumah agam itu untuk mencari sedikit ketenangan. Ya, kuperlukan ketenangan!

Sebaik aku pulang pada malam kejadian itu, kudapati Hanna telah tiada. Pakaiannya turut dibawa. Dan bermulalah kekesalan di dada. Malam itu, aku terjumpa sekeping nota yang ditinggalkan di atas meja. Aku nekad mencarinya tetapi aturan Tuhan itu ada hikmahnya. Aku telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan ingatanku hilang! Dan Alhamdulillah, Tuhan telah mengembalikannya semula untuk merungkai setiap rahsia di sebalik rahsia yang tersembunyi.

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku