JUJUR SAJA SAYANG
BAYANG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
131

Bacaan






Petang itu, aku singgah seketika di Cafe De Flore. Kafe yang terletak di St. Germain - Des - Pres ini merupakan sebuah tempat yang sangat popular untuk bersantai. Tambahan lagi, dengan berlatar belakangkan pemandangan Eiffel Tower yang semestinya menjadi destinasi utama pelancong ke Perancis.

Aku sengaja mengambil tempat di meja luar sahaja. Selain dapat melihat ragam manusia lalu lalang sambil menjinjit beg kertas ternama tatkala usai membeli belah, udara segar di sini bagi aku lebih menenangkan.

"Excusez-moi, un cafe s'il vous plaît," aku mengangkat tangan lalu meminta segelas kopi dari barista yang berada di kaunter itu.

Saat buku menu itu dihulurkan, aku dengan cepat menolaknya. "Non, Merci... ."

Sebetulnya, aku masih belum berasa lapar

Sebetulnya, aku masih belum berasa lapar. Mungkin juga kerana terlalu teruja, apabila pakar fisioterapis di Hôpital Européen Georges Pompidou  memberi maklum balas yang positif tentang keadaan kakiku tadi. Dan bermula pada minggu hadapan, aku sudah boleh menjalani sesi fisioterapi untuk kali pertama. Kebetulan, sama hari dengan ketibaan Joannah ke Paris itu nanti. 

Kopi yang dipesan tadi, lantas dihidangkan ke atas meja. Masih panas. Lalu aku meniupnya perlahan-lahan sambil mataku memerhatikan ke sekeliling yang mendamaikan. Ditambah lagi alunan gesekan biola dari seorang seni jalanan mewarnai suasana ketika itu. Paris sememangnya terkenal dengan budaya dan seni, maka tidak hairanlah jika muzik dan jenamanya dikenali serata dunia. 

Sedang aku leka melayan perasaan, tiba-tiba mataku tertancap kepada seseorang yang sedang melintas di seberang jalan sana. Agak jauh dariku tetapi masih dapat dilihat dengan jelas. 

"Hanna?" lalu aku tersebut namanya.

Dia hilang dalam puluhan manusia yang sama-sama melintas tatkala lampu isyarat bertukar hijau. 

Aku berteka-teki pada diriku sendiri. Atau ia hanyalah sebuah mainan perasaan yang bertandang di dalam hati lalu menjadi mainan di peluput mata kerana terlalu merindu? Puas mataku mencarinya namun Hanna tiada. 

"Ya Allah... ampunilah hamba-Mu ini. Aku sedar, dosaku padanya kerana melepaskan Hanna pergi adalah satu kebodohan dari diriku sendiri." 

Lantas peristiwa beberapa bulan yang lalu, saat aku melafazkan cerai padanya telah menghantuiku. 

Tanpa membuang masa, aku meninggalkan 5.70€ di atas meja untuk harga kopiku itu. Baru beberapa hirup dan kini aku terpaksa pergi kerana ingin mencari Hanna. Aku yakin, dia wujud! Dan aku juga percaya, mataku tidak menipu.

Kerusi roda itu kuputarkan selaju yang boleh. Mereka yang berada di kaki lima memberikan aku ruang. Sebaik sahaja sampai di lampu isyarat itu, aku seperti hilang arah. Jejaknya telah hilang dari pandangan. Aku tidak tahu hendak ke mana lagi kerana terlalu banyak simpang yang harus kupilih. Lalu aku memutuskan untuk ke kanan. Tetapi apabila telah separuh jalan itu aku selusuri, perasaanku hampa.Hanna tiada!

Aku menyeluk tanganku ke dalam saku seluar. Telefon bimbit dikeluarkan. Aku memandang pula jam tanganku, waktu di Paris 3.30 petang maka di Malaysia sekarang pukul 10.30 malam. Lalu aku cuba untuk menghubungi Pak Ayub.

Panggilan itu tidak berjawab. 

"Dah tidur ke?" getusku. Lalu kucuba lagi.

Dan akhirnya, panggilan itu diangkat.

"Pak Ayub, boleh bercakap sikit?"

"Tuan Cairil... ya boleh, tuan. Maaf tadi Pak Ayub baru balik dari balai polis."

"Kenapa Pak Ayub?" 

"Pihak polis minta Pak Ayub memberi keterangan, sebab Pak Ayub kan pemandu datin."

"Err... Pak Ayub, tadi saya nampak kelibat Hanna. Ya, saya nampak dia ada di Paris ni," aku mengubah topik perbualan.

"Betul ke, Tuan Cairil?"

"Ya, Pak Ayub... ! Tapi saya tak sempat nak kejar dia. Hilang macam tu sahaja," suaraku sedikit kecewa. 

"Tuan, Pak Ayub nak minta maaf."

"Eh, maaf sebab apa pula?" soalku.

Pak Ayub menceritakan hal jambangan bunga yang dirosakkan oleh Datin Khalsom itu. 

"Jadi, surat tu?" soalku lagi.

"Saya dah masukkan dalam peti surat, tuan."

Perbualan antara aku dan Pak Ayub agak panjang. Dia menasihati aku untuk tidak terlalu mengikutkan perasaan. Bimbang sekiranya melarat dan akan menyebabkan tekanan perasaan nanti. Aku selesa dengannya, seolah-olah Pak Ayub adalah pengganti bapaku yang telah lama tiada. 

nota kaki : 

Excusez-moi, un cafe s'il vous plaît = Excuse me, a coffee please.  

Non, merci = Tidak, terima kasih.

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku