JUJUR SAJA SAYANG
RINDU
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
141

Bacaan






Aku pulang ke Apartment n°7 dengan perasaan penuh hampa. Semangatku seakan gugur bagai layunya mawar lalu menanggalkan kelopaknya satu-persatu. Tertinggal tangkai yang masih tergantung sepi tanpa dihiasi keindahan warna-warnanya. Adakah sempurna sekuntum bunga itu jika tangkai dan kelopak tidak bersama? Begitulah aku. Terasa sepi menyelimuti diri. Seakan ada ruang kosong yang belum terisi. 

Dia, Hanna Nadia yang terlalu aku rindui menjelma hanya sekelip mata. Lalu hilang di saat aku benar-benar memerlukannya. Kasih, sayang dan cinta yang pernah bertaut dalam jambangan hatiku tidak akan pernah terpadam, walaupun satu masa dahulu aku pernah memutuskan untuk meninggalkannya. Mungkin ketika itu, aku hilang pertimbangan. Saat diasak dengan dugaan yang sering bertandang. Suami mana yang sanggup melihat isterinya bermesraan dengan lelaki lain? Atau adakah silap mataku memandang? Mungkin juga salah hatiku mentafsir?

Sungguh, aku tidak tergamak untuk melakukannya sebegitu, namun keadaan memaksa. Mereka hanya mahu melihat aku dan Hanna berantakan sentiasa, sehingga membawa kepada perpecahan dalam rumahtangga. Ya, mereka tertawa saat Hanna melangkah jauh meninggalkan aku keseorangan. Memang itu tujuan asalnya supaya mudah aku dan Dhya disatukan. Kerana Hanna bukanlah wanita pilihan. 

Aku merebahkan badanku di sofa yang menghadap ke luar jendela. Cahaya mentari siang mulai melabuhkan tirainya. Malam sepi bakal menjelma, menemani aku yang terus begini. Aku mulai terasa bosan tanpa Hanna. Bukan kerana untuk mengisi kekosongan hati tetapi lebih daripada itu. Dia adalah segala-galanya padaku. Suri hati untuk menjadi peneman sehidup semati. 

"Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini peluang, walaupun yang datang itu untuk kali terakhir     dari-Mu. Kumohon, pertemukanlah jodohku sekali lagi. Bukakanlah pintu hati Hanna untuk menerimaku kembali."

Aku tahu, peluang untuk bertemu Hanna semakin tipis. Tambahan lagi, aku jauh berada di Kota Paris. Aku turutkan rasa hati, membawa diri ke sini. Sebabnya kerana ingin mengubati kelukaan yang terhiris dalam. Tidak meninggalkan parut tetapi nanahnya masih tetap ada. Puasku menunggunya, namun Hanna pergi entah ke mana. Hilang tanpa jejak, setelah kasihku kembali berputik padanya. 

Aku bersyukur, ada hikmah di sebalik semuanya. Aku mulai mengenali hati budi Hanna serta keluhuran cinta sejatinya. Cuma aku berharap, masih belum terlambat untuk diriku menyatakan rasa cinta yang membuak-buak di dalam dada buat kali kedua dan terakhir kalinya. Aku akan melepaskan semua rasa itu, dan kembali membina mahligai bersamanya. 

"Ya Allah, dengarkanlah rayuan hamba-Mu ini yang bersujud memohon agar setiap doanya dimakbulkan. Berikanlah hamba-Mu ini peluang untuk menebus dosa masa lalu dengan menjaga zahir dan batinnya."

Tanpaku sedari, angin sepoi-sepoi bahasa Kota Paris telah membawa kedinginan malam. Terasa begitu sejuk sekali. Lalu, aku memanjat ke atas kerusi roda itu lagi untuk menutup jendela yang terbuka bersama hati yang masih kosong. Ya, kosong tanpa Hanna Nadia.

...

Kicauan burung yang bertenggek di gerigi besi balkoni mengejutkan aku dari tidur. Nyaring sekali bunyinya sehingga membuatkan kutersentak. Aku sebenarnya telah terlambat kerana perlu bergegas ke Hôpital Européen Georges-Pompidou. Hari ini merupakan hari pertama aku untuk menjalani fisioterapi bersama pakar di sana.

"Alamak, dah pukul 7.30 pagi! habislah aku kalau terlambat appoinment ni."

Lantas kumencapai tuala lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Telefon bimbit pula tidak berhenti-henti berdering.

"Siapa pulak yang call dari tadi ni... ?" getusku.

Aku hanya membiarkan sahaja.

"Oh... mungkin Joanna, dah sampai ke Paris ke?" soalku.

Usai mandi, aku meluru mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas tilam. Ramalanku ternyata benar, terdapat 25 missed call dari Joanna. Aku hanya tersenyum kerana memikirkan kegigihannya itu.

"Tapi, kenapa tak hantar mesej di whatsapp je? kan lebih senang."

Lalu, aplikasi whatsapp itu aku buka.

"Hai Joanna! awak dah sampai di Paris? Sorry, saya mandi tadi."

"Hai Cairil. Ya saya di Paris. Jom breakfast sama-sama!"

"Breakfast? I don't think so. Saya ada appoinment fisioterapi hari ni."

"Oh really? If you don't mind, I'll accompany you."

"Hahaha... boleh! jumpa nanti di lobi Hôpital Européen Georges-Pompidou pukul 9.00 pagi"

"Sure, mmuahh!"

Aku meletakkan kembali telefon bimbit itu. Dalam kepalaku mula bermain-main dengan persoalan yang aku sendiri harus jawab di penghujungnya iaitu Joanna telah memberanikan diri memberi flying kiss padaku. Dan, aku juga tidak tahu bagaimana kami boleh menjadi seakrab ini. Atau hanya kerana ketika ini hatiku sedang merasa kekosongan?

"Jangan Cairil! Hati kau, diri kau hanya milik Hanna Nadia. Joanna itu tak lebih sekadar kawan rapat," aku menasihati diri sendiri.

Cermin yang berada di hadapan, kutenung sedalam-dalamnya. Kumelorotkan pandangan dari atas lalu turun ke bawah.

"Cairil, Paris adalah kota rajuk dan tangis kau pada seseorang yang bernama Hanna. Juga kota harapan untuk kau memijak kembali hinaan yang pernah dilemparkan oleh mereka. Ingat, Cairil, sampai bila kau nak berdiam di atas kerusi roda? Selamanya? No way!

Usai berdandan ringkas, aku menempah sebuah teksi untuk mengambilku di perkarangan apartment. Sebaik sahaja aku sampai ke lobi, teksi itu pun tiba.

Sepanjang perjalanan itu, aku hanya membatu. Mendiamkan diri dengan melontarkan pandangan melihat keindahan kanan dan kiri Kota Paris yang tidak mampu untukku menjelaskannya dengan kata-kata.

Setelah membayar tambang, aku disapa oleh Joanna dari arah belakang.

"Hai Tuan Cairil! Tepat jam 9.00 pagi."

"On time right?" aku tertawa sambil memandang ke arah jam tangan yang dipakai.

Joanna membantuku menolak kerusi roda itu masuk ke lobi utama. Aku hanya membiarkannya sahaja. Masih belum tergerak untukku bertanyakan tentang flying kiss sebentar tadi. Mungkin belum sampai masa yang sesuai lagi. Aku pendamkan sahaja seketika. 

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku