JUJUR SAJA SAYANG
BERTEMU
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
137

Bacaan






"Tuan Cairil, awak tunggu sini sekejap boleh? Saya nak ke tandaslah, five minutes!" Joanna menepuk bahuku.

"Okay, Joanna," aku membalas.

Lobi hospital di pagi itu kelihatan agak sibuk dengan pengunjung. Masing-masing dengan urusan tersendiri. Sementara menunggu Joanna, aku mengayuh kerusi rodaku ke ruang bacaan. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah aku menghabiskan waktu dengan membaca.

Tiba-tiba lubang hidungku dapat menangkap satu bau yang sangat aku kenal. Tetapi entah di mana, aku sendiri sudah terlupa. Bau perfume Vanilla itu telah meruntun jiwaku sehingga membuat aku tercari-cari siapakah pemiliknya. Puasku berpaling 360• namun aku tidak ketemu. 

"Siapa sajalah yang pakai semerbak sangat ni? bau Vanilla pulak tu," getusku.

...

Langkahnya agak laju ke tandas itu. Di balik tangan kanannya penuh dengan fail-fail pesakit. Manakala matanya agak sibuk memandang telefon bimbit yang dipegang. Lalu tanpa diduga, mereka berdua bertembung di satu kaki lima hospital itu.

"Sorry!" berulangkali ucapan itu dipohonnya.

"It's okay" balas Joanna pula sambil membetul-betulkan rambutnya.

Fail-fail yang bertaburan di atas lantau itu, lantas dikutipnya satu-persatu. Lalu dihulurkan kepada doktor yang melanggarnya tadi. 

"Joanna? sapanya.

Joanna memandang laju ke arah doktor itu. Lalu mereka berpelukan dengan penuh mesra, bagaikan sudah lama tidak bersua muka.

"Hanna! rindunya, dah lama tak jumpa, kan?" 

"Ya lah, lepas tamat degree masing-masing bawa diri. Eh, sekejap! you boleh cakap Melayu ke?"

"Ya, sikit-sikit... kenapa, tak percaya ke?" balas Joanna.

"Terkejut tahu tak! tak perasan mula-mula tadi you cakap Melayu," Hanna begitu teruja.

"Dah, jom duduk sana dulu," pelawa Joanna.

Joanna membantu Hanna bangun, lalu berpimpingan tangan lantas mereka mengambil tempat duduk di kaki lima itu. Keakraban mereka berdua telah terjalin semenjak di bangku universiti lagi. Tambahan pula, mereka adalah teman sebilik, cuma jurusan pengajian sahaja yang berbeza. Hanna merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan manakala Joanna pula mengambil jurusan Undang-Undang.

"You buat apa di sini, sampai ke Paris?" tanya Hanna.

Tangan Joanna digenggamnya. Raut wajah Hanna begitu ceria pagi itu. 

"I sekarang ketua pramugari di bawah Emirates Airlines, dulu belajar undang-undang ingat selepas graduasi dapat jadi peguam, tapi tak!"

"Wow, seronok tu dapat pusing satu dunia. Habis you buat apa di hospital ni? takkan datang ke Paris makan angin sampai sini?" soal Hanna lagi.

"Ha ha ha... !" Joanna tergelak besar.

"Eh, kelakar ke soalan I tu, Joanna?"

"Sorry, sorry! I Baru sampai pagi tadilah. Kemudian, bawa kawan I datang sini. Ada temujanji katanya,"balas Joanna.

"Oh, macam tu. I tak dapat nak berbual lama dengan you, lah. I ada kes pagi ni dengan pesakit dari Malaysia, kalau tak silap. Fail pun belum sempat nak tengok lagi ni."

"Malaysia?" Joanna terkejut.

"Entah mana failnya tadi. I tak sempat tengoklah! I kena pergi sekarang, nanti senang-senang kita keluar, nak?"

"Boleh saja Hanna Nadia!" jawab Joanna. Ringkas.

...

Aku agak lama menunggu Joanna ke tandas. Sesekali jam tangan yang dipakai, aku kerling. Masa kian suntuk untuk aku terus menunggunya lagi. Jadi, aku membuat keputusan untuk terus ke kaunter pendaftaran tanpa Joanna. 

Usai proses pendaftaran, aku dibawa oleh jururawat yang bertugas ke bilik terapi. Jauh letaknya. 

Sebaik pintu itu dibuka, mataku tertancap oleh seraut wajah yang pernah kukenali sebelum ini. Ayunya masih tetap sama. Hati bukan kepalang gembira bagaikan ingin sahaja aku melompat untuk memberitahu dunia bahawa dia yang kucari selama ini, telah kutemui. Ya, ada di depan mata! 

Ketika itu, dia tidak menyedari kehadiran aku kerana terlalu leka menaip sesuatu di komputer peribadinya.

"Hi, my name is Hanna Nadia," mulutnya menegur tetapi mata masih melekat ke arah skrin komputer itu lagi.

"Hi, ya saya tahu nama awak Hanna Nadia," aku memperlinya.

Hanna memandangku dengan satu perasaan yang bersalah. Mungkin juga terlalu terkejut dengan kehadiran aku yang secara tiba-tiba itu. Aku merenung ke anak matanya. Dia juga begitu.

"Awak?" 

"Ya, saya Tuan Cairil, mantan suami Hanna Nadia. Saya harap, kehadiran kali ni tak akan membuatkan awak menghilangkan diri untuk kali ketiga."

Aku meluahkan apa yang kurasa dari hati yang terdalam kepadanya saat itu juga. Aku lihat ada genang di balik peluput matanya. Mungkin, dia juga telah lelah melarikan diri dan akhirnya bertemu dalam keadaan sebegini. 

"Saya datang, Hanna. Kedatangan saya pada kali ini teramat bermakna untuk kita berdua. Saya bukan Tuan Cairil yang awak jumpa di hospital yang dulu. Ingatan saya dah pulih! Saya kenal awak. Dan... ," aku terdiam.

Hanna tidak tertahan lagi menanggung perasaannya itu, lalu ada deraian air mata yang mengalir laju. Dia bangun lantas menghampiriku. 

"Maaf, Tuan Cairil. Sekarang masa bekerja. Hal peribadi, kita bincang saja nanti."

Sungguh keras hati Hanna ketika itu. Walaupun aku telah berada di depan mata, tetapi hatinya tidak seperti dahulu. Aku mengesyaki, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu. 

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku