JUJUR SAJA SAYANG
SAKIT
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
116

Bacaan






"Tuan Cairil... puas saya tunggu, tau!" tegurnya.

"Dua jam saja, tak lama mana pun."

"Masalahnya, saya penat tunggu di lobi ni. Kenapa tak bagitahu tadi nak terus ke bilik terapi?" Joanna mengeluh.

"Dah lambatlah, Joanna. Saya tak boleh nak tunggu lagi," balasku.

"Kalau macam tu, baik saya tak payah temankan awak tadi," Joanna seakan merajuk.

"Eh! awak ni merajuk pulak. Saya tak paksa pun awak ikut saya, kan?" soalku.

Sikap Joanna tiba-tiba mengingatkan aku kepada Dhya. Caranya itu mematikan rasaku pada hari itu. 

"Awak marahkan saya ke, Cairil?" tanya Joanna.

"Tak marah, tapi tak suka!"

Aku meninggalkan Joanna di situ kerana terlalu trauma dengan kenangan lalu. Dia berlari lalu menjerit memanggil namaku.

"Cairil, tunggu!"

Aku memberhentikan kerusi roda yang dikayuh laju kerana jeritannya itu mencuri tumpuan pengunjung di situ. 

"Eh, awak ni tak malu ke jerit-jerit macam tu?" soalku.

"Awak tu, kenapa nak marah-marah ni? Saya cuma nak temankan awak, Cairil... ."

"Maaf, saya emosi sikit sebab saya tak suka orang paksa-paksa. Joanna, kita kawan saja kan?"

"Err... ya, kawan! tapi tak salahkan kalau kita kenal hati masing-masing?" 

"Joanna, please!" aku mengherdiknya.

"Okay, okay... sorry," rayu Joanna.

"It's okay, Joanna. Dah! jom lunch?" aku mengajak Joanna.

Demi menjaga persahabatan aku dengan Joanna, kulupakan pertelingkahan itu tadi. Aku tidak mahu hanya kerana hal yang sekecil itu akan meretakkan hubungan dengannya. 

...

Kafeteria di hospital itu menjadi destinasi kami berdua untuk mengisi perut yang sedang kelaparan. Joanna pula tidak membantah, hanya menuruti kehendakku sahaja. Lalu aku memilih untuk duduk di meja yang paling hujung, agak terselindung dari orang ramai.

"Awak nak makan apa? biar saya yang pergi buat pesanan," pelawa Joanna.

"Saya nak roti dengan kopi panas je," balasku.

"Okay... tak nak makan nasi ke? 

"Emm... tak nak, saya tak selera nak makan nasilah, Joanna."

"Awak tunggu sekejap."

Sebaik sahaja Joanna meninggalkan aku di situ untuk ke kaunter kafeteria, tiba-tiba Hanna muncul. Dia tidak menyedariku ketika itu. Inginku memanggil namanya tetapi apabila memikirkan Joanna bersamaku dan bimbang pula Hanna akan merasa cemburu, maka kupendamkan sahaja. Aku tidak mahu Hanna tersalah sangka.

Aku cuba menyembunyikan diri di balik tirai jendela itu. Sesekali mataku mencuri pandang ke arah Joanna yang sedang sibuk membuat pesanan dan Hanna yang masih berjalan menuju ke kaunter kafeteria. Jantungku berdegup laju. Entah kenapa, aku pun tidak tahu. 

Tanpa kumenduga, Hanna menegur Joanna yang sedang beratur di situ. Lalu menjadi tanda tanya padaku pula tentang hubungan mereka berdua.

"Ah! kebetulan... mungkin Hanna sengaja menegur Joanna, mungkin?" aku berteka-teki.

Hanya Tuhan yang tahu betapa gugupnya saat itu. Bukan kerana kutakut untuk berhadapan dengan situasi yang sebenar tetapi sejujurnya aku tidak mahu menimbulkan sebarang konflik antara kami bertiga. Tirai itu kuselak kembali, kali ini mereka berdua telah tiada!

"Alamak! kemana mereka berdua menghilang? serentak pulak tu," getusku dalam nada penuh cemas.

"Cairil, awak buat apa duduk belakang langsir ni?" soal Joanna.

Aku terkejut lalu terkulat-kulat melemparkan senyuman. Mataku meliar memandang sekeliling.

"Err... tak ada apa-apa! saya... ," tergagap aku menjawab soalannya itu.

"Saya apa?" Hanna memotong. 

Dia yang ketika itu berada di belakang Joanna, memunculkan diri. Aku tergamam. 

"Saya... lapar! ya, lapar." 

Joanna mempersilakan Hanna untuk duduk bersama. Pelawaan itu diterimanya. Aku serba salah kerana seseorang yang berada di hadapanku itu adalah mantan isteri yang dicintai manakala di sebelahnya pula seorang yang menyukaiku dalam diam.

"Eh, lupa pulak nak perkenalkan. Hanna, ni boyfriend saya, Tuan Cairil."

"Oh, jadi ni ya orangnya yang awak ceritakan pagi tadi tu," Hanna bersuara.

"Ya, Hanna. Ni la dia Tuan Cairil tu." jawab Joanna pula.

"Cairil, ni kawan saya sejak di universiti lagi. Namanya Hanna," celah Joanna.

Hanna memandangku dengan satu perasaan penuh kecewa. Aku terkelu tanpa sebarang kata. Lidahku seakan tidak mampu untuk bersuara walaupun sepatah. Fikiran bertambah celaru, ditambah pula dengan kelancangan Joanna itu.

"Mengapa ujian sering bertimpa-timpa, Ya Allah." 

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku