JUJUR SAJA SAYANG
KUNCI?
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 November 2017
Kerana luka yang terlalu dalam, aku membawa diri ke Kota Paris. Biarkan saja aku tenang di sini, mencari kedamaian hati yang telah lama menghilang. Sebagaimana hilangnya dirimu, begitu juga aku. Mereka selama ini berpura-pura. Sehingga sanggup memisahkan kasih, sayang dan cinta aku padamu. Biarlah masa yang menentukan sampai bila aku harus begini. Kota Paris seakan menjadi saksi bahawa cinta agung aku kembali berputik, bertaut dalam jambangan indah yang pasti tidak akan kulupakan. Kota Paris, tanah kelahiranku. Di sini juga bersemi apa yang kucari selama ini. Terima kasih kerana dirimu kembali ke sini, Paris!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
155

Bacaan






Pont Des Arts, Paris

Aku tidak terus pulang ke rumah. Sengaja aku berbohong kepada Joanna tadi. Pont Des Arts seakan memanggilku untuk ke situ. Ingin sahaja aku menjerit sekuat-kuatnya melepaskan perasaan yang terpendam tetapi aku masih waras untuk tidak melakukannya di situ. Kelak, mereka memikirkan aku sudah gila!

Ya, tetapi hampir sahaja gila.

Telefon bimbitku berterusan berdering. Tidak kuhiraukan panggilan itu kerana dialah punca yang menyebabkan Hanna terasa hati. Tanpa berfikir panjang, aku tetapkannya ke silent mode. Puas!

"Kejamkah aku? tidak!"

Dari hujung Ponts Des Arts, aku melihat kebahagiaan pasangan lain mundar-mandir sambil berpimpingan tangan. Namun begitu, ada satu pasangan yang sedang dilamun cinta telah berjaya mencuri perhatianku. Teman wanitanya melentokkan kepala kebahu pasangannya lalu diselang-seli  dengan ketawa riang antara mereka. Pasangannya itu pula mengeluarkan mangga dari dalam beg lalu menulis sesuatu di atasnya. Si teman wanitanya hanya memandang dengan penuh senyuman. Ya, sudah tentu merasa terlalu gembira. Mangga itu di cium mereka berkali-kali sebelum menguncikannya di atas jambatan. Anak kunci yang dipegang teman wanitanya itu dicampak ke dalam sungai sebagai tanda ikatan cinta mereka tidak akan terlerai untuk selama-lamanya.

Sudah pasti, aku yang menyaksikannya merasa terlalu cemburu dengan kebahagiaan pasangan itu. Dan, aku juga sering tertanya-tanya mengapa hubunganku bersama Hanna sering dilanda pelbagai masalah? Adakah Tuhan sengaja memperlambatkan kebahagiaan kami berdua? atau sememangnya tiada lagi jodoh antara aku dan dia?

Hampa hatiku. Kosong.

"Cairil... ."

Suara yang kudengar itu memanggil namaku, perlahan. Lalu aku menoleh ke belakang untuk melihatnya. Dia menghampiriku. Mataku tidak berganjak walaupun seinci saat itu kerana aku seakan tidak percaya, dia menjumpaiku di sini.

"Hanna?"

"Terkejut?" soalnya.

"Ya, terkejut.... macamana awak tahu saya ada di sini?"

Hanna berpaling dariku lalu melontarkan pandangan ke arah Sungai Seine yang mengalir sejauh 776 kilometer itu. Airnya mengalir tenang, setenang raut wajahnya ketika itu.

"Joanna jumpa saya tadi," Hanna membuka mulut.

"Apa maksud awak, Hanna?"

Dia memandang kembali ke arahku. Mukaku ditenungnya, lama. Aku pula masih menunggu jawapan darinya. Aku benar-benar ingin tahu apa maksudnya tadi.

"Sewaktu awak dah pulang, Joanna datang ke bilik terapi. Dia cari saya untuk menjelaskan hal yang sebenar. Walaupun, saya susah nak percaya tapi saya yakin pada kejujuran awak."

"Oh, dia di mana, Hanna?" soalku.

"Entah, katanya perlu pulang ke hotel. Penerbangan seterusnya malam nanti, pukul 8.00," jawab Hanna.

"Hanna... maafkan saya kalau apa yang berlaku tadi membuatkan awak sedikit sebanyak terluka, saya tak berniat begitu," rayuku.

"Saya tahu, awak tak salah apa-apa," ringkas jawapan balas Hanna.

"Tapi, macamana awak tahu saya ada di sini?" aku kehairanan.

"Kebetulan teksi yang awak naik tadi  berpatah balik ke hospital, jadi Joanna minta pemandu teksi tu turunkan saya di sini. Dia pula menyambung perjalanan ke hotelnya."

"Oh, patutlah! saya ingat awak ada magis," balasku.

Hanna ketawa kecil. Lalu dia merapati jambatan itu dan disentuhnya satu persatu mangga yang terkunci. Diperiksanya setiap nama yang terdapat di mangga itu. Dia tersenyum lagi.

"Kenapa awak senyum-senyum, boleh kongsi dengan saya?" aku menukar topik.

"Kongsi?" Hanna bertanyakan kepadaku pula.

"Ya... kongsikan apa yang awak rasakan sekarang," balasku.

Hanna bertinggung di hadapanku. Tangannya memegang kerusi rodaku. Matanya pula memandang tepat ke dalam anak mataku. Dia terdiam lama seperti memikirkan sesuatu. Aku pula berdebar, tidak keruanku dibuatnya.

"Berkongsi hati dengan saya, mahu tak?" Hanna menawarkan diri.

"Awak... serius ke ni, Hanna?" aku terkejut.

"Ya, kenapa tidak!"

"Alhamdulillah, akhirnya awak sudi juga terima saya kembali, sayang... ," balasku.

"Sayang ke?" Hanna ketawa sampai terduduk kerana teruja dengan panggilan sayang itu.

"Err, abang... abang sayangkan sayang. Selama-lamanya tetap mencintaimu, Hanna Nadia."

"Terima kasih... abang. Sa... sayang pun sayangkan abang dunia akhirat," Hanna agak kekok memanggil aku dengan panggilan abang. Mungkin telah lama kami tidak berbuat sebegitu.

Aku membawa perasaan gembira itu dengan mengajaknya membeli mangga yang ada dijual di pejalan kaki sepanjang Sungai Seine itu. Hanna bertanyakan aku untuk apa meniru pasangan lain dengan menggantung mangga di Ponts Des Arts. Lalu aku katakan yang kuteringin melihat namaku dan namanya bersatu di situ. Bersaksikan Sungai Seine, bahawa sesungguhnya kutelah kuncikan cintaku ini hanya padanya. Ya, untuk selama-lamanya.

"Mangga yang ini harganya 5€, okay tak? tanyaku.

"Cukuplah, tak payah ambil yang mahal-mahal," balasnya.

Setelah membayar 5€ kepada peniaga itu, aku meminta Hanna untuk menuliskan namaku di atas mangga tersebut. Manakala namanya akan ditulis olehku pula. Anak kunci mangga itu, aku serahkan kepada Hanna semuanya.

"Jom! kita kuncikan di atas Ponts Des Arts, abang dah tak sabar," pintaku.

Hanna menuruti sahaja kemahuanku. Lalu dia membawa aku ke tengah-tengah Ponts Des Arts itu.

"Kenapa sampai ke tengah jambatan, sayang?" aku membuka mulut.

"Sebab, sayang nak abang letakkan sayang di tengah-tengah hati abang. Berdekatan dengan jantung, supaya setiap degup itu akan tersebut nama sayang... ."

"Sejak bila sayang abang ni dah pandai bermadah pujangga?" aku bertanyakan padanya.

"Sejak... err, sejak ada abang dalam hati sayang!"

Aku tertawakan keletahnya itu. Kemudian, Hanna meminta izinku untuk mengunci mangga itu di situ. Aku hanya mengiyakan sahaja permintaannya. Lalu kuminta Hanna untuk mencampakkan anak kunci itu ke dalam sungai.

"Abang kirakan boleh?" pintanya.

"Okay, 1... 2... 3... campak!"

Bulp!

Hanna bertepuk tangan lalu melompat kecil saat anak kunci itu tenggelam ke dalam Sungai Seine. Girang hatinya tidak tergambar. Aku tahu, dia sedang menikmati saat-saat indah itu bersamaku.

"Sayang... dah, orang tengoklah," aku menasihatinya.

"Ops! sayang terlupalah, abang. Terlampau gembira sampai terbawa-bawa," Hanna berseloroh.

Aku menggelengkan kepala lalu tersenyum puas. Ya, puas kerana penderitaan aku sebelum ini menjadi pengemis cinta dari Hanna Nadia telah berakhir.

"Oh, di sini rupanya!"

Aku dan Hanna saling berpandangan kerana disapa oleh seseorang yang cukup kami kenali sebelum ini.

----------

HAI! BERMINAT DENGAN PENULISAN SAYA? BERILAH SOKONGAN ANDA DENGAN MENINGGALKAN KOMEN DI BAWAH. TERIMA KASIH!

----------



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku