Bonda
Bonda
Genre: Keluarga
Kategori: Puisi
Paparan sejak 22 November 2017
Ucapan untuk ibu
Penilaian Purata:
56

Bacaan






Bondaku,

Kau ibu mitsali,

Sentiasa tabah mentarbiahku,

Sentiasa sabar melayani karenahku.


Bondaku,

Marahmu bukanlah kerana benci,

Tetapi,

Marahmu adalah tanda kasihmu padaku,


Bondaku tercinta,

Engkaulah idolaku,

Kaulah pujaan hatiku,

Engkaulah segala-galanya buatku, Bonda.


Bondaku,

Kau mendidikku dengan penuh wibawa,

Kau menjagaku dengan limpahan kasih dan sayangmu.


Wahai bonda,

Jikalau perilakuku banyak mengguriskan hatimu,

Aku mohon...

Aku mohon darimu berjuta keampunan

Atas segala salah dan silapku.


Bondaku,

Restu, reda dan kemaafan darimu

Amat aku dambakan.

Kerana itulah petunjuk jalan kejayaanku.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku