Veteran superstar
Bab 5
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 November 2017
Mengisahkan mengenai Zaki, seorang lelaki 50 an tetapi telah lama memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi terkenal.Kegilaan Zaki dalam bidang nyanyian turut diketahui oleh saudara-mara, malah ada yang menyokong impian Zaki, tidak kurang juga yang memandang sinis kepadanya termasuklah isteri dan anak perempuannya. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, membuatkan dia begitu obsess dalam menjaga suara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
157

Bacaan






Maznah mula tidak keruan. Sejak malam tadi dia terus-terusan memikirkan sesuatu. Hatinya tidak tenang selagi tidak mendapat jawapan atas persoalan mindanya ketika ini. Pertanyaan Nazrul mengenai keberadaan ayahnya lewat petang semalam, termasuk perbualan rahsia antara anak sulungnya itu dengan Zaki benar-benar membuatkan hatinya meronta-ronta ingin tahu apa sebenarnya yang mereka bincangkan sebenarnya. Mahu sahaja dia memaksa anaknya itu membuka mulut tetapi nampaknya Nazrul diam menyepi sahaja. Memang anak sulungnya itu sering berahsia sahaja jika dengannya tetapi jika dengan ayahnya bukan main lagi banyak mulutnya macam bertih jagung. Mentang-mentang berkongsi hobi yang sama..

            “Mak, lempeng dah hangus!” jerit Sofea yang sedang memasukkan gula ke dalam jug.

            Terburu-buru Maznah membalikkan lempengnya yang memang hanya berada di depan matanya sahaja tetapi disebebkan fikirannya yang sedang menerawang ke hal lain membuatkan permukaan lempengnya sudah pun menjadi hitam.

            Maznah beristighfar sebentar. Ish, nasib baik tak hangus rumah jadinya. Maznah berkira-kira samada mahu membuang sahaja lempeng itu ke dalam tong sampah atau menjamah sahaja lempeng separuh terbakar itu.

            “Mak ni kenapa macam ada masalah je?.” Sofea mengerut dahi melihatkan kelakuan ibunya yang sejak tadi seperti memikirkan sesuatu.

            Keadaan di dapur juga agak sunyi kerana selalunya Maznah akan melawan bual bersama Sofea. Maznah membuat keputusan untuk membuang sahaja lempeng yang tidak jadi itu ke dalam tong sampah kerana dia fikir siapa pula yang akan memakan lempeng tersebut.Silap haribulan akan diketawakan pula oleh suaminya itu.

            “Pea..” Maznah menyiku lengan anak daranya yang sudah pun menyiapkan teh o panas.

            “Ye mak..” jawab Sofea yang mula menyusun cawan ke dalam dulang. Sebentar lagi dia akan membawa dulang itu ke meja depan untuk menjamu sarapan bersama keluarga.

            “Pea, kita kena mulakan operasi ni.” Kata Maznah separuh berbisik ke telinga Sofea.

            Sofea lantas berpaling kepada ibunya yang kelihatan serius sahaja riak wajahnya. Operasi apa pula ni?Operasi menangkap tikus ke? Memang sejak kebelakangan ini rumahnya diganggu oleh tikus-tikus yang nampaknya seperti mencari ‘rumah’ baru di sudut ruang yang tersembunyi. Beberapa kali juga Sofea tersentak apabila dikejutkan dengan kehadiran tikus ketika dia sedang santai-santai menonton televisyen. Tikus nipun satu, pandai pula kacau daun ketika dia sedang dibuai perasaan melayan drama.

            “Operasi tangkap tikus ke mak?” tanya Sofea bersahaja lantas terus dicubit lengannya yang memang hampir dengan Maznah.

            “Ada pula operas itangkap tikus!” Maznah mendengus manakala Sofea pula mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok lengannya yang baru sahaja dicubit.

            “Mak ni pun cakap la terus terang. Ni cakap sekerat-sekerat mana la Pea tau.Sakit tau” Sofea mengetap bibir, masih lagi menggosok-gosok lengannya.

            “Yelah, yelah mak salah..Aloloo..sakit  ye” Maznah menggosok-gosok lengan anaknya itu sekadar mengambil hati. Sofea sudah pun tersenyum. Pandai ibunya ini mengambil hati.

            “Ok la mak. Operasi apa sebenarnya tu?’ tanya Sofea yang bersedia untuk mengetahui rancangan ibunyaitu.

            “Macam ni..”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku