Veteran superstar
Bab 10
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 November 2017
Mengisahkan mengenai Zaki, seorang lelaki 50 an tetapi telah lama memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi terkenal.Kegilaan Zaki dalam bidang nyanyian turut diketahui oleh saudara-mara, malah ada yang menyokong impian Zaki, tidak kurang juga yang memandang sinis kepadanya termasuklah isteri dan anak perempuannya. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, membuatkan dia begitu obsess dalam menjaga suara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
99

Bacaan






Malam itu sengaja Maznah berpenampilan lain sedikit daripada kebiasaan.Sudah lama dia tidak mendandani rambutnya. Adakalanya Maznah tidak menghiraukan penampilan rambutnya yang sedikit mengerbang  sehingga pernah disebut sebagai hantu MakLimah oleh suaminya sendiri. Tidaklah dia terasa dengan gurauan suaminya itu tetapi kali ini dia rasa dia perlukan sesuatu perubahan dengan dirinya.

            Maznah mengambil minyak rambut di atas meja solek. Disapu di keseluruhan rambutnya yang agak ikal itu lalu disisir dengan rapi. Dilepaskan rambutnya yang sudah disisir kemas itu.Wah, lawa juga aku ni. Puji Maznah apabila melihat penampilannya yang sebelum ini lebih gemar menyanggul rambutnya yang panjang itu. Kali ini biarlah dia kelihatan agak lain sedikit.

            Maznah masih teringat-ingat perbualannya dengan Sofea siang tadi ketika membincangkan tentang topik yang tertera di lembaran  akhbar yang dijumpainya itu. Semuanya berkait dengan Zaki.

            “Pea rasa ayah tak akan buat macam ni la mak.” Sofea merasa sangsi dengan apa yang difikirkan oleh ibunya saat ini.

            Hanya semata-mata kerana topik besar yang terpampang di akhbar, ibunya itu terus-terusan gelisah dan mengandaikan ayahnya itu ingin berkahwin lain. Masalahnya, ada lagi ke yang menginginkan ayahnya itu ketika usia di ambang senja? Sofea dapat merasakan bahawa ini hanya salah sangka sahaja.

            Sofea mengambil semula akhbar yang dipegang oleh ibunya. Sofea meneliti satu persatu topik yang berada di dalam akhbar. Beberapa detik kemudian Sofea tersengih. Memang sah ibunya itutersilap!


                               *******

Zaki betul-betul geram. Puas dicarinya akhbar yang diletakkan di dalam bilik tetapi tidak berjumpa. Apabila ditanya kepada Maznah, dia sekadar menggeleng. Sama juga dengan Sofia. Jawapannya tidak tahu. Nazrul pula sudah pun pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu sempat dia berbincang dengan Nazrul mengenai pertandingan itu. Nampaknya Nazrul bersungguh-sungguh ingin membantunya supaya impiannya tercapai. Zaki berasa terharu dengan sokongan yang diberi oleh anaknya itu kerana nampaknya hanya anaknya yang memahaminya. Lembaran akhbar itu pun sebenarnya bukanlah penting sangat, tetapi Zaki begitu bersemangat untuk menunjukkannya kepada Mail. Belum sempat lagi dia ingin bertemu Mail, akhbar itu sudah hilang tanpa dapat dikesan.

            “Sudah-sudah la bang mencarinya.Penting sangat ke tu?” tegur Maznah seperti sengaja meminta Zaki membuka mulut tentang hal yang dirunsingkan itu tetapi Zaki nampaknya tetap tidak membuka mulut. Zaki nampaknya sedang menghalakan pandangan di skrin televisyen sambil mengunyah kacang kuda di atas kerusi malas. Maznah sempat melirik program yang ditonton oleh suaminya. Huh,patutla..Program nyanyian rupanya. Maznah menggeleng kepala. Mahu sahaja dia menutup program yang melekakan itu. Memang dia benar-benar tidak faham mengapakah suaminya itu begitu meminati program seperti itu.

            Maznah tahu walaupun Zaki hanya diam tetapi hatinya seperti sedang berfikirkan  sesuatu. Begitu juga dengan dirinya.Apabila teringatkan apa yang tertera di lembaran akhbar itu membuatkan hati Maznah sedikit gelisah walaupun Sofea cuba menepis andaiannya itu. Maznah tetap beranggapan bahawa telahannya benar berbanding apa yang difikirkan Sofea. Bagi Maznah, memang tajuk topik “ Berkongsi kasih yang membahagiakan” itu lebih besar dari tajuk-tajuk lain di dalam lembaran akhbar itu.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku