Veteran superstar
Bab 14
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 November 2017
Mengisahkan mengenai Zaki, seorang lelaki 50 an tetapi telah lama memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi terkenal.Kegilaan Zaki dalam bidang nyanyian turut diketahui oleh saudara-mara, malah ada yang menyokong impian Zaki, tidak kurang juga yang memandang sinis kepadanya termasuklah isteri dan anak perempuannya. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, membuatkan dia begitu obsess dalam menjaga suara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
87

Bacaan






Nampaknya pertelingkahan antara Zaki dengan Maznah masih belum berakhir apabila kedua-duanya masih tidak mahu mengalah. Kebelakangan ini juga Maznah bertambah geram apabila melihat suaminya itu semakin melewatkan solat dan tidak pula berikhitiar untuk hadir ke masjid untuk mendengar ceramah agama. Panas juga telinganya apabila kerap kali juga jemaah-jemaah lain bertanyakan kehadiran suaminya yang tidak kelihatan di dalam masjid. Ada juga kedengaran yang memerli suaminya. Sofea juga sekadar mengangkat bahu apabila soalan itu ditanyakan kepadanya.

            “Abang ni kan sepatutnya jengah jengah la masjid tu. Bukannya jauh sangat pun. Apa nak jadi abang ni.” Tegur Maznah kepada suaminya yang sedang membetulkan siaran radio lama yang menjadi kesayangannya itu.

            “Awak ni dah kenapa?”nampaknya Zaki seperti tidak senang dengan pertanyaan isterinya itu yang seperti mengejeknya pula.

            “Saya nak abang berubah jadi lebih baik. Bukan asyik ingat menyanyi je. Jaga suara je. Abang sekarang pun saya tengok dah mula jarang bergaul dengan masyarakat. Kebun tu pun saya tengok jarang dah abang pergi. Entah pokok-pokok tu hidup lagi ke tak.. ”Maznah berterus terang. Zaki pula semakin panas hati. “ Cuba-cuba la bawak insaf bang. Lupakan je la hobi abang yang tak ke mana tu.” Sambung Maznah lagi yang makin membuatkan Zaki berang.

            “Awak tu membebel tak habis-habis ni kenapa?  Awak tu buat kerja awak sudah lah!Kalau awak risaukan sangat kebun tu, awak sendirilah pergi uruskan! ” balas Zaki yang sejak tadi cuba menahan sabar.

            Maznah sedikit tersentak dengan suara Zaki yang agak kuat itu. Walaubagaimanapun dia cuba bersikap tenang. Zaki tidak menghiraukan pandangan Maznah kepadanya dan terus sahaja menonong ke dalam bilik. Beberapa minit kemudian Zaki keluar semula dengan lengkap berpakaian T Shirt kuning dan seluar hitam. Zaki terus sahaja mengambil kunci motor dan berlalu dari situ. Maznah tidak pula menegur suaminya untuk ke mana. Maznah hanya mengekori langkah suaminya itu dengan pandangan mata.

***

Zaki melepaskan lelah dengan meneguk air oren dengan rakus sekali.Nampak betul penatnya. Mana tidaknya, dari satu kedai ke satu kedai telah mereka masuki  semata-mata untuk mencari baju yang Zaki inginkan. Bukan senang untuk Zaki menemui baju idamannya itu, ada sahaja yang tidak kena di pandangannya.  Sudahnya Nazrul pula yang menjumpai gitar baru idamannya. Keterujaan Zaki untuk mencari baju kesukaannya itu membuatkan dia lupa sebentar tentang keletihan. Agak lama mereka berjalan baru lah Zaki mengadu kakinya sudah penat.

Sementara itu Nazrul pula masih lagi menghabiskan saki-baki ayam goreng KFC yang ada di hadapan mata sehinggalah tinggal seketul yang tidak terusik.

“Betul ayah dah tak nak?” tanya Nazrul sekali lagi sekadar meminta kepastian apabila melihat seketul lagi ayam goreng yang masih terletak elok diatas pinggan tidak lagi terusik.

“Nampak ayah bergurau ke? Lagipun ayah bukannya suka sangat ayam bergoreng macam ni. Hilang la suara merdu ayah ni.” Zaki mengusap lehernya.Baginya cukuplah dengan makan seketul sahaja untuk mengalas perut.

“Mana la tau kalau ayah nak lagi. “ Nazrul lantas mengambil ayam yang tinggal seketul itu lalu terus sahaja disuakan ke mulutnya. Nampak sangat gelojohnya. Nazrul melirik ke arah Zaki dan memang jelas kelihatan riak kepenatan di wajah tua tersebut.

“Letih benar nampaknya ayah ni. Kalau tak jumpa baju tu pun tak apa la ayah. Lagipun entah-entah baju tu memang dah tak jual sekarang ni.” Nazrul cuba memujuk Zaki dengan harapan agar Zaki tidak lagi menghentikan permintaannya.

“Hish!” Zaki menepuk meja sekaligus membuatkan Nazrul terbatuk-batukkerana terkejut.

“Pantang ayah menyerah macam tu je. Selagi tak jumpa selagi tu kita tak payah balik.”

Nazrul terkedu mendengarkan kata-kata Zaki yang dikira agak keterlaluan.Biar betul!

“Ayah, kalau tak jumpa jugak?” Nazrul tersengih-sengih. Baginya agak mustahil untuk dia menjumpai baju idaman ayahnya itu dalam masa sehari sahaja.

“Kita tidur je kat sini! Tak pun cari di Kuala Lumpur!”

Sekali lagi Nazrul terlopong.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku