Veteran superstar
Bab 16
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 November 2017
Mengisahkan mengenai Zaki, seorang lelaki 50 an tetapi telah lama memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi terkenal.Kegilaan Zaki dalam bidang nyanyian turut diketahui oleh saudara-mara, malah ada yang menyokong impian Zaki, tidak kurang juga yang memandang sinis kepadanya termasuklah isteri dan anak perempuannya. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, membuatkan dia begitu obsess dalam menjaga suara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
113

Bacaan






Saiful sudah lama pulang sedangkan Zaki dan Nazrul masih lagi tidak nampak bayangnya. Maznah memandang jam, lagi dan lagi. Resahnya tidak kepalang.Kali ini Maznah sudah tekad untuk ke satu tempat jika suami dan anak lelakinya itu masih juga tidak pulang-pulang setengah jam dari sekarang.

            Maznah berpuas hati dapat menemubual Saiful kerana banyak juga maklumat yang sudah dapat dikumpul.Patutlah anaknya itu sering menghilang, rupa-rupanya sibuk merakam suara untuk mendapat ranking tinggi daripada peminat katanya. Dan apa yang membuatkan Maznah terkejut ialah tindakan Nazrul yang ingin berhenti kerja semata-mata kerana hobinya itu. Hish! Tak boleh jadi ni. Nampaknya kali ini Maznah perlu lebih memantau tindakan Nazrul agar tidak salah membuat pilihan. Sedikit sebanyak timbul penyesalan di hatinya kerana kurang memberi tumpuan kepada anaknya itu kerana menyangkakan Nazrul yang sudah pun dewasa dan sudah tahu membuat keputusan sendiri. Ya, memang ini salahnya! Maznah tersedar dari lamunan apabila kedengaran azan maghrib  berkumandang. Maznah lekas-lekas mempersiapkan diri untuk mengadap yang maha pencipta.

***

“Ayah, mak tak bising ke ni?” Nazrul mula risau apabila melihatkan masa yang sudah pun menjengah ke waktu Maghrib.

            “Biarkan dia..”balas Zaki pendek.

            “Macam merajuk je bunyinya tu?”  soal Nazrul apabila mendengar suara ayahnya yang mendatar sahaja bunyinya.

            “Tak ada lah. Buat apa nak merajuk tua-tua ni.” Zaki menggeleng-geleng kepala.

            “Kalau macam tu, baik kita maklumkan pada mak. Nanti risau pulak mak tu.” Usul Nazrul.

            “Tak payah. Kita dah nak balik la ni. Hmm, nampaknya baju ayah memang tak ada kat sini. ” Balas Zaki sudah pun berputus asa kerana baju idamannya masih tidak ditemui.

            Sebenarnya mahu sahaja Nazrul mencadangkan kepada ayahnya itu supaya menyuruh sahaja ibunya jahitkan kerana ibunya juga sebelum ini menerima upah menjahit baju. Tapi mengenangkan bahawa ibunya itu sendiri yang menentang hobi ayahnya itu habis-habisan, mustahil pula untuk ibunya itu bersetuju dengan saranannya. Kebanyakan baju-baju raya sebelum ini juga dijahit sendiri oleh ibunya cuma kebelakangan ini ibunya itu sudah jarang mengambil upah menjahit. Masanya banyak di dapur pula bersama Sofea sementara Sofea yang kini masih lagi ternanti-nanti peluang melanjutkan pelajaran di menara gading. Biarlah buat sementara ini Sofea ‘bermanja-manja’dengan ibunya sementara masih ada peluang. Mana lah tahu jika ditakdirkan Sofea terpaksa belajar jauh hingga ke oversea misalnya, semakin kuranglah waktu terluang antara mereka.

            “Ayah, sebelum balik jom singgah surau dulu.Nantikan terlepas pula Maghrib”

            “Yelah..Eh, sekejap..sekejap..”Zaki terpandang sesuatu di tengah jalan.

            Zaki tiba-tiba meluruke arah jalan besar dan dia tidak sedar ada sebuah motor yang tiba-tiba datang menuju ke arah mereka berdua!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku