Veteran superstar
Bab 19
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 November 2017
Mengisahkan mengenai Zaki, seorang lelaki 50 an tetapi telah lama memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi terkenal.Kegilaan Zaki dalam bidang nyanyian turut diketahui oleh saudara-mara, malah ada yang menyokong impian Zaki, tidak kurang juga yang memandang sinis kepadanya termasuklah isteri dan anak perempuannya. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, membuatkan dia begitu obsess dalam menjaga suara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
67

Bacaan






Sehari sebelum berangkat ke tempat pengajian Sofea, Zaki telah datang menemui Mail. Kepada Mail, Zaki nyatakan hasrat supaya menolongnya mencarikan alamat seperti yang tertulis di atas kertas. Terkebil-kebil Mail dengan hasrat Zaki yang secara tiba-tiba itu. Mail juga tidak menyangka bahawa Zaki akan datang semata-mata bertanyakan alamat bagi tempat yang dia sendiri tidak mahir.

            “Kau tanya aku pun bukannya aku tau selok belok jalan kat sana. Aku cadangkan baik kau tanya si Nazrul. Lagipun dia kan dah lama kat sana kan” Usul Mail apabila melihatkanZaki yang sudah menggaru kepala.

            “Lagi satu, kau ni tanya saat akhir macam ni. Lagi la aku tak dapat tolong. Yang sebenarnya, alamat tu nak ke mana?”


Zaki termenung mendengarkan jawapan Mail. Salah dirinya juga, tidak bertanya lebih awal. Lagipun tiba-tiba sahaja ideanya itu datang apabila sedang asyik mendengar radio. Biarlah kali ini dia mencuba nasib walaupun ini kali yang terakhir. Tidak dicuba, tidak akan tahu tuah mana yang akan muncul. Sebenarnya sejak baju idamannya tidak kesampaian ditemui, ditambah pula dengan insiden ragut hari itu membuatkan dia sudah patah semangat untuk meneruskan impiannya itu. Ada-ada sahaja halangannya sehinggakan dia berpendapat  mungkin juga benar kata-kata isterinya itu bahawa impiannya itu tidak ke mana. Zaki nekad, jika kali ini ada juga halangannya yang tiba, dia sudah tidak mahu meneruskan lagi perjuangannya itu. Biarlah ianya terkubur begitu sahaja.

***

 

Berkali-kali Maznah bertanyakan Zaki tentang destinasi yang ingin mereka tuju selepas menghantar Sofea tetapi Zaki sentiasa memberi helah dan akhirnya Maznah diam sahaja. Biarlah ke mana sahaja suaminya itu ingin pergi, selagi dia ada turut serta maka dia tidak perlu terlalu risau. Mana mungkin suaminya itu ingin menculiknya pula.

Sebaik sahaja menghantar Sofea di Nilai, Zaki dan Maznah terus sahaja bertolak ke Kuala Lumpur. Maznah masih tidak henti-henti menangis mengenangkan anak perempuan kesayangannya itu sudah berpisah dengannya. Mana tidaknya,sebelum ini kepada Sofea diluahkan perasaannya termasuklah ketika dia tidak berpuas hati dengan Zaki. Walaupun adakalanya Sofea juga suka mengusiknya seperti menyebelahi pula bapanya itu tetapi Maznah tidak terlalu mengambil hati. Kini apabila anaknya itu sudah melanjutkan pelajaran, pasti dirinya semakin sunyi. Zaki pula tidak habis-habis menelek alamat yang tertulis di kertas sambil menggaru-garu kepala.

            “Abang ni sebenarnya nak ke mana ni? Dari tadi saya rasa kita asyik ikut jalan yang sama je ni.”Maznah sudah pun mulai reda daripada menangis lebih-lebih lagi apabila dia melihat suaminya itu langsung tidak menghiraukannya. Dibiarkannya menangis dan memujuk hatinya sendiri,

            “Nak ke stesen tv.”Jawab Zaki jujur dan kali ini dia tidak bersembunyi lagi. Mana la tahu jika Maznah tahu selok belok jalan di situ walaupun kedengarannya agak mustahil.

            “Stesen tv? Buat apa pula ke sana? Abang ada dapat tawaran berlakon ke?” tanya Maznah yang kelihatannya ada sedikit keterujaan di situ. Jarang pula Maznah seperti itu.

            “Aah, dapat tawaran jadi hero. Tapi tu la, heronya tak jumpa lagi jalan ni.” Balas Zaki bersahaja sedangkan hatinya sudah mulai berdebar. Seperti dia tersalah jalan nampaknya ni tetapi dia cuba bersikap tenang.

            Maznah mencebik. Entah iya entah tidak suaminya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku