DARI KOTAK HATI
PROLOG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 01 Disember 2017
DARI KOTAK HATI ... kau faham apa itu ikhlas? berdosakah aku apabila meninggalkan dia hanya kerana hatinya tidak lagi ikhlas? Aku bukanlah seorang lelaki suci yang tidak mengenal erti dosa tetapi aku masih jujur untuk menjadi teman yang ikhlas! bukan salahku, jika pelangi pelbagai warna itu gugur dari kaki langit saat hadirnya terik mentari diwaktu selepas hujan? Persoalkan sahaja tentang masa yang terlewat itu lalu memadamkannya dari kesaksian di peluput matamu. Menghilang bukan bererti melupakan tetapi terpendamkan dalam ruang hati yang sangat dalam.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
132

Bacaan






Desiran ombak yang beralun itu tidak seirama tatkala menghempas ke persisiran pantai. Debu-debu putih berbutir pasir halus bertebaran apabila nafas sang angin itu berhembus. Lalu, pepohon nyiur gading melambai-lambai menarikan lagu yang tidak berbahasa.

Sebuah kolek di hujung muara yang terikat di balik perdu buluh bagaikan hilang arah tujunya. Gubuk usang yang beratapkan daun nipah menjadi teduhan nelayan tua itu mengait jala.

Hati tertarik mentertawakan anak-anak ketam berlari-lari di gigi air lalu menyembunyikan diri ke dalam sarangnya.

Manakala, dua pasang kaki yang masih berdiri kebasahan dan sepasang bola mata merenung jauh ke laut lepas. Di balik tangan kirinya, digenggam jari-jemari anak kecil itu yang sedang leka bermain pasir.

Sang mentari menyembunyikan dirinya di balik awan yang berarak. Mendung menyapa, menghadiahkan air yang akan berguguran jatuh dari langit.

Bayu Laut China Selatan terasa dingin menyapu tubuh, anak kecil yang tidak berbaju itu digendongnya lalu gubuk usang itu menjadi pilihan menumpang teduh.

"Pakai baju cepat, sejuk... ," Adam menyarungkan pakaian kepada si anak kecil yang masih belum tahu berkata apa-apa itu.

Raffeq Raffael, nama diberi. Usianya baru mencecah setahun dua bulan itu lalu diriba Adam ke atas pehanya. Dipeluk erat dengan penuh kasih sayang yang tidak ternilai layaknya.

"Tengok sana tu, hari nak hujan," Adam menunding jari ke arah kaki langit yang mula kelihatan kelabu.

Anak kecil itu hanya memerhatikannya lalu mengikut menunding jari ke arah yang sama.

"Nanti, hujan dah teduh... , baru kita balik tau."

Dia mengangguk faham. Adam tersenyum melihat keletahnya yang menghiburkan sekeping hati yang kesunyian.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | GUBUK | KOBAH | RAHSIA | NAZAR | KUPERGI | CURI |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku