Unknown Love
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Disember 2017
Bagi gadis bernama Ain Hawani, sayang itu tak perlu diungkap dengan kata-kata kerana karakter dirinya sudah cukup menunjukkan kasihnya terhadap orang-orang yang disayanginya. Cukup dengan menjadi diri sendiri. Tak perlu meniru lifestyle orang lain. Sudah menjadi lumrah hidup pasti ada pahit manis yang perlu ditempuhi. Namun kehadiran insan-insan selain keluarganya sedikit sebanyak telah memberinya kekuatan untuk terus hidup. "Kalau one day I lumpuh you nak kawan dengan I lagi tak" - Amizal Amir "Hang la kawan aku dunia akhirat" - Asyuhadah Alia "Aku bersyukur sebab Allah kurniakan tiga bidadari untuk tolong aku time aku down" - Nurul Qistina "First time aku dapat rasa friendship yang betul-betul friendship macam ni hahaha" - Farisha Nabilah "Allah tak akan uji hamba Dia kalau hamba Dia tak mampu. Eisya sayang Ain. Eisya akan sentiasa ada dengan Ain selagi Eisya hidup" - Eisya Nur Ain
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
203

Bacaan






Aku memesan ice chocolate dan kek coklat sebagai santapan petangku. Tidak seperti kawan-kawan aku yang memesan menu yang agak berat pada waktu petang begini. Lapar barangkali. Tapi aku rasa tidak sebab aku kenal gila perangai mereka. Kuat makan. Alia boleh percaya jugak la dia kuat makan sebab badan dia agak berisi daripada kami bertiga. Yang aku hairan ni Qistina dan Farisha, harap badan saja kecik tapi bab melantak nombor satu. Aku keluar dengan saka diorang ke?

Sebaik sahaja tiba semua makanan yang dipesan oleh kami, Farisha seperti biasa menjadi photographer tak berbayar. Suka betul dia mengambil gambar-gambar makanan untuk koleksinya. Yang paling lucu bila aku tengok Alia yang tak sabar-sabar mahu menjamah makanannya terpaksa menunggu  sahabatnya selesai mengambil gambar makanan tersebut. Tak sah kalau dia tak buat muka annoying dia. Aku mampu ketawa je melihat telatah si Alia nih.

“Wey Farisha cepat la! Aku lapar ni,” dah keluar dah rungutan Alia ni. “Kejap la. Satu je lagi,” Farisha membalas.

“Alia, hang ni tak sabaq-sabaq ah. Patut la makin kembang. Orang koi kurus, hang koi kembang,” Qistina menyakat Alia. “Daaaa....”Sebelum Alia meneruskan kata-katanya aku memotong, “Ha dah-dah. Aku lastik mulut hang satgi. Cakap bukan-bukan.”

Alia membuat muka geramnya. “Eeeee... ingat cantik kot buat muka gutu,” Qistina memang sengaja mahu bergaduh dengan Alia. Alia senyum kegedikan dan membalas sambil membuat muka comel ala-ala artis korea, “Aku memang cantik pun... hehehe.” Aku menepuk dahi melihat telatah mereka bertiga nih. “Ha dah jom makan!” finally selesai gak aktiviti minah nih.

Aku memandang kek coklat yang dipesan tadi. Coklat Kitkat dijadikan topping kek ini. Kitkat tersebut mengingatkan aku tentang perkenalan aku dengan sahabat aku yang seorang lagi, Amizal.

 

Genap dua bulan aku bersekolah di sekolah baru ni. Boleh tahan jugak la. Peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir. Rilek, yang tu je aku tahu buat mungkin sebab masih di tingkatan dua kot. Aku tak mengharapkan apa-apa ketika perlu pindah ke negeri kecil ini.

“Bangunnnn…Assalamualaikum teacher Fazita,” arahan ketua kelas yang tak pernah aku kenali.Aku bukan jenis mudah berminat nak kenal persekitaran dengan cepat. Slow and steady, lama-lama tahu jugak. Tapi hari ni rasa macam nak kenal pula. Aku pun toleh kebelakang. Oh si gemuk tu ke ketua kelas aku. Comel lajugak. Whatever, baik aku tumpukan perhatian dekat favourite subjek akunih.

Hari peperiksaan pun tiba. To be honest, memang aku taksuka hari peperiksaan sebab kena perah otak. Nasib tak berasap je. Nak tak nak kena hadap jugakkan. Ibarat macam tak nak mati, tapi akan mati jugak. Mula dah merapu aku nih. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk hadap saat-saat yangmembosankan nih.

“Susah gila doh soalan tadi. Aku hentam je tadi,” suara rakan-rakan kelas mula membingitkan suasana. Susah ke soalan tadi, aku pun tak pasti. Aku mahu segera pulang ke rumah kerana perutaku dah mendendangkan pelbagai irama lagu. Tambahan lagi, aku tak nak terlepas drama kesukaan aku pukul tiga nanti.

Aku membiarkan rakan-rakan sekelas aku keluar dahulu. Agak-agak budak baru memang perangaimacam ni kot. Aku mengabaikan persoalan aku dan mula bergerak ke pintu kelas. Tiba-tiba kelihatan seseorang yang juga mahu keluar di pintu yang sama. Aish, time-time macam ni la ada makhluk yang nak keluar dekat pintu yang sama. Bengang betul aku dibuatnya. Aku toleh ke tepi dan melihat ketua kelas aku yang ingin keluar rupanya.

Aih si gemuk ni la, pintu ada dua, pintu ni jugak la dia nak balun pun. Hati aku berbisik, apa hal pulak la dia senyum-senyum dekat aku ni? Gila kot? Aku menghiraukannyadan terus menuju ke tangga.

 

Badan aku terasa pedih seperti dilibas raket badminton. Aku mengaduh. “Haaa... sedar pun. Ingatkan roh hang hilang pi planet pluto dah,” Alia membebel. “Hang pukul aku pasaipa kembangwoi! Sakit tau dak. Tangan hang tu besaq macam anak king kong tau dak.Lempang laki pun boleh terpelanting,” aku memarahinya sambil menggosok belakang aku supaya kurang sedikit kesakitan yang dirasai.

Hang ni orang dapat makanan makan bukannya senyum-senyum. Buang tabiat ke?” Qistina pula membebel. Farisha pula aku tengok dari tadi melantak je.Dasar kecik. “Alah, biar la aku nak senyum pun. Tak minta duit korang pun,” akumenjeling mereka.

“Eh minah ni cakap KLlak,” Farisha ketawa. Aku jentik dahinya, “Apesal? Selama ni korang ingat aku duduk mana? Sarawak?” “Aduh sakit la, ha la duk Perak cakap keyel ler,” Farishamenggosok dahinya sambil mencebik mulut.

Alia dan Qistina hanya ketawa melihat pergaduhan kecil kami. Gaduh-gaduh manja. Yang ni la nak jadikenangan pun. Hari semakin lewat. Aku menghabiskan makanan aku dengan cepat. Bukan tak tahu diorang ni, lepas makan cari port nak photoshoot pulak. Acah diva sangat.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku