Unknown Love
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Disember 2017
Bagi gadis bernama Ain Hawani, sayang itu tak perlu diungkap dengan kata-kata kerana karakter dirinya sudah cukup menunjukkan kasihnya terhadap orang-orang yang disayanginya. Cukup dengan menjadi diri sendiri. Tak perlu meniru lifestyle orang lain. Sudah menjadi lumrah hidup pasti ada pahit manis yang perlu ditempuhi. Namun kehadiran insan-insan selain keluarganya sedikit sebanyak telah memberinya kekuatan untuk terus hidup. "Kalau one day I lumpuh you nak kawan dengan I lagi tak" - Amizal Amir "Hang la kawan aku dunia akhirat" - Asyuhadah Alia "Aku bersyukur sebab Allah kurniakan tiga bidadari untuk tolong aku time aku down" - Nurul Qistina "First time aku dapat rasa friendship yang betul-betul friendship macam ni hahaha" - Farisha Nabilah "Allah tak akan uji hamba Dia kalau hamba Dia tak mampu. Eisya sayang Ain. Eisya akan sentiasa ada dengan Ain selagi Eisya hidup" - Eisya Nur Ain
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
130

Bacaan






Dari mata mu, mata mu

Kumulai jatuh cinta.

Dari mata, kau buatku jatuh, jatuh terus ke hati…

Pap!

“Adoi sakit lah, setan mana lak pedajey aku ni,” aku mengerang kesakitan.“Apa hang cakap Ain? Nak kena luku ngan aku ka? Jam bunyi tak reti-reti nak bangun. Hang tau dak hingaq? Orang nak tidoq! Bangkit solat, study. Lekaih!” rupa-rupanya ibu yang menampar aku. Haih potong line la nak mimpi syok-syok.

“Ye mak. Maaf,” aku meminta maaf atas kata-kata kasar aku sebentar tadi. Liat betul nak bangun,tapi apakan daya, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) semakin hampir. Aku harus berkorban demi masa hadapanku.

Usai menunaikan solat tahajud, aku mula mengambil buku rujukan sejarah yang terletak di rak buku. Aku memang target subjek ni A. Kalau diikutkan aku sebenarnya tak berapa minat sejarah ni sebab asal bukak buku je mengantuk. Bukan aku tengok buku, buku yang tengok aku. Tetapi aku ada cara untuk memahami setiap sejarah yang terdapat dalam setiap silibus tersebut. Semestinya cikgu sejarah aku yang memberikan jalan mudah untuk menguasai subjek ini.

Penat membelek buku rujukan ini, aku beralih dengan cuba mengingati apa yang aku baca sambil menulis di atas sticky note. Ini merupakan salah satu cara untuk memahami dan mengingati setiap kisah yang dibaca. Sedang aku menulis, otakku mula teringat kejadian kelmarin. Di mana aku mula mengingati kisah perkenalan aku dengan Amizal.

 

Tak sabar rasanya nak tahu result. “Okay students, I’m a bit disappointed with your results. What’s going on? What else you guys not understand?Especially Ain,” teacher Fazita memandangku. Aduh teruk sangat ke result English aku nih. Apa pasallah teacher sebut nama aku pulak. Macam singa pulak tu muka dia.

Teacher Fazita mula mengedarkan kertas peperiksaan sambil menyebut markah setiap murid-muridnya dengan kuat. Ya Allah teacher awat buat laguni. “Ain! Awat teruk sangat result awak ni,” teacher Fazita membuat muka yang serious. Kecut perut aku. Ni nak nangis ni. Teacher pass kertas aku. Aku terkejut dan kalau boleh nak melompat dekat situ jugak. “Teacher, awat A?”aku bertanya dengan muka yang blur. Teacher ketawa, “You deserve it

Berbunga hati aku balik apabila pulang ke rumah. Tak sangka ada hikmah aku berpindah ke negeri kecil ini. Pelajaran aku semakin improve. Syukur kepada Allah. Sampai sahaja dirumah, aku mengambil telefon pintar aku dan membuka aplikasi WeChat. Terdapat satu friend request pada hari ini. Aku menerima dan tiba-tiba satu chat masuk.

“Hi.”

Aku musykil siapakah gerangan yang berani menegurku sesudah aku menerima requestnya. “Siapa ya?”

“Ni Amizal, ketua kelas hang,” dia membalas dengan pantas. Oh,si gemuk ni. Apahal tiba-tiba chat aku. Kena sampuk hantu kot.

“Adahal apa ya?” aku malas gila nak layan pak gemuk ni. Tapi terpaksa, nanti orangkata budak baru sombong.

“Saja,nak jadi bestfriend. Bolehkan?” Persoalannya membuatkan aku ketawa. Tak pernah-pernah dibuat orang. Dalam banyak-banyak classmates, dia orang pertama buat aku tergelak. Dah la gemuk hahaha. Astaghfirullahaladzim, jahatnya aku. Lepasni kena minta maaf balik. Dia ni wayar putus mungkin. Tapi apa salahnya ada kawan baik lelaki, kan? Mana tahu lebih baik daripada kawan perempuan.

“Tengoklah macam mana,” aku menyudahkan chat dan terus ke bilik air bagi membersihkan badan.

 

Azan subuh berkumandang. Lamunan aku terhenti. Haih, banyaknya aku membuang masa. Tapii tulah permulaan persabahatan kami berdua. Aku bingkas bangun dan ke bilik air untuk membersihkan diri bagi menunaikan solat Subuh. Aku bersiap-siap ke sekolah lebih awal hari ini. Hari ini merupakan hari Isnin di mana perhimpunanrasmi wajib diadakan kecuali hari peperiksaan dijalankan. Aku sebagai ketua pengawas harus memastikan adik-adik pengawas yang bertugas melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Selesai sahaja perhimpunan, semua murid diarah naik ke kelas masing-masing dalam barisan. Pagi itu pembelajaran kelas 5 Akaun dimulakan dengan subjek Pendidikan Islam. Hari ini ustazah memulakan silibus baharu iaitu bab perkahwinan. Banyak jenaka yang diselit oleh ustazah. Semua murid-murid 5 Akaun mengisi kelas dengan gelak tawa mereka.Yang paling gelak besar semestinya Alia. Asyuhadah Alia, selain kuat makan, dia ni memang kaki buat lawak bodoh dan ratu gelak nombor satu. Dia juga salah satukawan baik yang pernah aku ada. Aku mula bersahabat dengannya tahun lepas semasa di tingkatan empat. Tak sangka lekat jadi kawan baik. Masalah ada kawan macam dia, tetapi dialah yang sering mewarnai hari-hariku. Aduh macam pasangan bercinta je. Aku normal lagi, rilek.

“Ain, Amizal tengok belah hang la hahahaha,” Alia tiba-tiba menguis lengan aku. “Ish ko ada-ada je. Bagi penampaq saja,” aku menafikan apa yang dikatakan oleh Alia. Dengan kasarnya Alia memusingkan kepala aku ke arah tempat duduk Amizal. Kurang asam punya perempuan. Amizal terkejut dan tertunduk malu apabila aku memandangnya. Hek eleh jantan ni, asal tengok je tunduk. Malulah sangat. Aku pun tak faham bila dengan aku je dia akan malu. Dengan orang lain okay je. Muka aku senget ke? Tapi dekat WhatsApp bukan main menyakat aku. Sampai bila dia nak macam tu pun aku tak tahu.

Kelas aku diteruskan sehingga waktu petang. Aku mula mengemaskan barang dan buku aku untuk pulang ke rumah. Tangan aku meraba-raba laci meja aku untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Aku dapat merasakan sesuatu yang lain dari objek-objek yang aku bawa ke sekolah hari ini. Muka aku memaparkan seribu kerutan menandakan aku benar-benar tidak tahu apa yang aku pegang ini. Aku membawanya keluar. Oh, coklat kegemaran aku rupanya. Ah, aku tahu siapa yang bagi. Cuma dia seorang sahaja yang tahu dan sering bagi coklat kegemaran aku. Acah sweetlah tu. Boleh jalan la hahaha.

 

“Wey, aku suka Bella.Boleh tak hang pass Kitkat ni kat dia,” pak gemuk ni minta tolong aku pulak. Ingat aku post girl ke. Kawan punya pasal,

“Boleh tapi satu syarat”

“Apa?”

“Aku nak coklat Toblerone perisa susu satu.”

Keesokannyaaku memberi Kitkat tersebut kepada Bella seperti yang dijanjikan. Aku menjamah coklat kesukaanku di waktu rehat. Berguna jugak ada kawan macam ni. Boleh pau coklat hari-hari. Nak bagi awek coklat pun malu. Apa benda lah.

 

Aku menangkap gambar coklat tadi dan terus menghantar ke sang pemberi. “Thanks.” Laju betul dia typing, “Most welcome you.”

Dia menghantar emoji love kepadaku. Aku membalas dengan menghantar emoji taik kepadanya. Sebenarnya orang cakap tu bentuk ice cream. Tetapi bagi aku itu taik sebab berwarna koko. Ah ada aku kesah. Aku gelak puas kerana dapat mengenakannya.

“Ain… mandi,” ibu aku sudah bising. Lebih baik aku bangun sebelum ibu masuk ke bilik. Kena bebel baru nak sedar diri. Banyak kerja sekolah menanti aku. Haih nasib badan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku