Unknown Love
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Disember 2017
Bagi gadis bernama Ain Hawani, sayang itu tak perlu diungkap dengan kata-kata kerana karakter dirinya sudah cukup menunjukkan kasihnya terhadap orang-orang yang disayanginya. Cukup dengan menjadi diri sendiri. Tak perlu meniru lifestyle orang lain. Sudah menjadi lumrah hidup pasti ada pahit manis yang perlu ditempuhi. Namun kehadiran insan-insan selain keluarganya sedikit sebanyak telah memberinya kekuatan untuk terus hidup. "Kalau one day I lumpuh you nak kawan dengan I lagi tak" - Amizal Amir "Hang la kawan aku dunia akhirat" - Asyuhadah Alia "Aku bersyukur sebab Allah kurniakan tiga bidadari untuk tolong aku time aku down" - Nurul Qistina "First time aku dapat rasa friendship yang betul-betul friendship macam ni hahaha" - Farisha Nabilah "Allah tak akan uji hamba Dia kalau hamba Dia tak mampu. Eisya sayang Ain. Eisya akan sentiasa ada dengan Ain selagi Eisya hidup" - Eisya Nur Ain
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
126

Bacaan






 

“Ain sila baca jawapan bahagian novel awak. Yang lain beri perhatian dan catat cara untuk menjawab soalan bahagian ini.” Arahan cikgu Nasir, guru Bahasa Melayu mengejutkan aku yang sedang fokus membaca catatan di atas nota yang aku tulis seketika tadi. Banyak latihan yang telah diberinya sebagai persediaan SPM. Kaedah menjawab dan berbincang bersama merupakan kaedah yang gemar digunakan olehnya. Mungkin cara yang paling berkesan. Keputusan Bahasa Melayu aku jugak agak baik.

Aku bangkit, lalu membacakan jawapan aku. Rakan-rakan sekelas memberi tumpuan. Cikgu Nasir berpuas hati dengan jawapan aku. Lega hati aku. Kalau silap jugak, alamatnya aku kena buat ulangkaji bahagian nilah. Tetapi ada jugak yang tak berpuas hati dengan aku,

“Eleh, ingat dia bagus kut. Jawapan pun ala-ala kadar,” angkuh sekali gerangan yang berkata-kata itu. Kalau diikutkan mahu saja aku siat-siat mulut si Syafiq nih. Aku tak faham apa masalah dia sebenarnya. Sejak tahun lepas dia memusuhi aku tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sikap dengkinya sangat ketara bila dengan aku. Apa yang hendak didengkikan pun aku tak tahu. Dialah murid yang paling top dekat sekolah tu. Otaknya agak genius juga. Cuma sikap berlagak sombongnya kurang digemari oleh kami malahan guru-guru di sini.

Masa rehat yang diperuntukkan bagi pelajar menengah atas adalah 20 minit. Aku ke kantin bersama-sama rakan-rakan aku. Perut aku lapar gila kerana tidak bersarapan di rumah tadi. Aku mengajak kawan-kawan aku membeli nasi. Alahai,nak makan nasi pun kena ada geng. Inilah perangai kami berempat.

Sedang enak menjamah nasi aku meluahkan perasaan aku,

“Syafiq tu kenapa eh? Aku tahu dia tak boleh orang lebih daripada dia. Tapi bila nama aku je, mesti lagi dengki.”

“Entahlah. Aku pun tak faham dengan perangai dia tu. Makin lama makin menyampah aku tengok,” Qistina membuat muka menyampahnya.

“Aik? Takkan menyampah kot? Bukan tu crush hang ke Qis? Hahaha.” Farisha mengusik Qistina. Aku dan Alia ketawa dengan soalan yang diajukan oleh Farisha. Rupa-rupanya Qistina ada hati dekat Syafiq. Gila minah ni. Aku awal-awal lagi reject lelaki berperangai begitu.

Tiba-tiba aku rasa nak joging pula. Lama juga tak bersenam. Asyik terperap di rumah je. “Wey korang, teman aku joging petang ni?” aku membuat muka meraih simpati. Joging kena ada geng. Sorang-sorang alamatnya aku jalan kaki jelah. Malu dilihat orang. Padahal bukan ada orang pandang pelik pun, diri sendiri yang berfikir bukan-bukan.

Hang biar betul nak joging?” Alia dan Farisha bertanya serentak. Qistina membalas pertanyaan mereka,

“Alah, dia nak cuci mata la tu. Jodoh kat situ kan banyak”

Aku mencubit peha Qistina. Kurang asam pekasam punya perempuan. Pandai-pandai je dia mereka cerita. Kan dah kena cubitan maut aku.

Petang itu, seperti yang dijanjikan Alia dan Farisha sampai ke trek joging tepat pada masanya.

“Wey mana pompuan-pompuan ni? Batang hidung pun tak kelih,” rungut Alia.

“Janji melayu memang macam ini ke? Geram betul tunggu perempuan-perempuan ni. Nak joging ke nak mengorat aku pun tak tahu la. Kalau lagi lima minit tak sampai juga memang aku patah-patahkan kaki diorang,” Farisha menambah.

Kelihatan dua orang perempuan berlari ke arah mereka.

“Wey sorry, Ain ni yang lewat. Bagi anak tidur kot,” Qistina menuding ke arah aku.

“Alah aku ada temu janji dengan bilik air tadi. Tiba-tiba perut buat hal. Maaf ya sayang-sayangku,” aku memuncungkan mulutku. Dah macam itik aku rasa. Kalau abah aku nampak ni, dia sepit dengan penyepit baju rasanya.

“Eee geli aku. Aku terajang kang tak pasal-pasal,” Farisha mengangkat kakinya. Amboi tak padan dengan kecik ada hati nak sepak aku.

“Hahahahahah kaki pendek buat cakap kemaih.”

Alia ketawa dan mula berlari meninggalkan kami. Farisha bengang lalu mengejar Alia. Haih, budak-budak bertuah ni ada-ada je. Aku dan Qistina mengikuti mereka dari belakang.

Selesai satu pusingan, “Ya Allah, semputnya,” luahku tercungap-cungap. Kami berehat di bangku yang terdapat di taman permainan kanak-kanak.

“Wey Alia mana?” tanyaku kerana tiba-tiba si kembang tu hilang. Farisha memuncungkan mulutnya ke arah jalan. Kelihatan Alia sedang menyeberang jalan. Ni mesti nak beli air kelapa. Laju je minah ni.

“Kita ada homework apa eh?”Qistina bertanya.

“Balik nanti hang tengok jadual hari ini. Semua subjek hari ini semua cikgu tinggalkan kerja sekolah,” Farisha membalas. Qistina menepuk dahi.

“Rilek la Qis. Lagi dua bulan je nak belajar pun. Kuat la semangat sikit. Kalau tak tahu hang tanya aku. Aku tolong la nanti. Kalau tak nak aku tolong, pergi la tanya crush hang si Syafiq tu,” kataku. Aku ketawa apabila Qistina menjeling ke arahku.

Alia kembali kepada kami, “Gelak-gelak apa? Jom balik! Maghrib ni, setan tahan kaki baru nak tau.” Mulut minah ni, kalau sumbat cili pun sedap juga kan.Cakap main lepas je. Sekali kaki dia yang tak boleh bergerak baru tahu.

Sesudah solat Isyak, aku duduk di sebelah ibuku.  “Mak, mak nak kakak sambung tingkatan enam ke universiti?” aku bertanya.

“Mestilah universiti. Kalau boleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA),”balas ibuku dengan seribu harapan. Kelu aku seketika. Boleh ke aku tunaikan impian ibu aku. Belum cuba belum tahukan? Yang penting usaha. Kalau malas tak jadi apa. Aku meminta izin ibuku untuk ke bilik bagi mengulang kaji.

Kerja-kerja sekolah yang perlu disiapkan aku keluarkan. Dah macam menara KLCC je aku tengok. Bertimbun-timbun. Tabahlah wahai diriku.

Soalan Matematik tambahan ni membuatkan otak aku macam nak meletup. Apa benda yang dia nak ni? Tak boleh jadi aku kena tanya sifu. Sony Xperia C3 dicapai dan aku terus membuka aplikasi WhatsApp,

You soalan ni selesai macam mana? Awat susah sangat?” aku menghantar gambar soalan yang sukar itu kepada sifuku, Amizal. Dekat-dekat nak SPM ni, makin cekap dia. Kalah aku. Otak dia ada dua kot. Sekelip mata boleh mahir matematik tambahan daripada aku.

“Oh yang ni. Senang je,” katanya lalu dia menghantar jalan kiranya kepada aku. Cepat gila dia selesaikan. Aku baca 100 kali pun tak faham. Yelah, mana nak faham, kalau malas buat latihan. Bila nak insaf tak tahu la. Matematik aku suka, kalau matematik tambahan aku minta maaf awal-awal.

You cuba selesaikan soalan ni,9x-7i (3x-7u). Ungkapkan I tu dalam sebutan u.”

Dia menghantar soalan yang pelik kepadaku. Nate apa la dia hantar nih. Aku tengah pening kepala dia suruh kira benda tak penting lak. Aku mengambil sehelai kertas dan mula menyelesaikan soalan itu.

Kurang asam punya budak. Jawapan mengarut yang aku dapat. Dia ingat sweet kot. “Eee ingat manis macam tebu kot. Boleh jalan la,” aku memarahinya.

“Hahahaha dah-dah pergi sambung belajar,” balasnya dan aku tahu dia sedang ketawa sakan.

Orang tengah serius sempat lagi dia nak bersweet and sour dengan kita. Baling kamus dewan bahasa edisi ke empat tu baru betul kot. Silap hari bulan masuk hospital tanjung rambutan. Bagus juga, tak payah dia susah-susah ambik SPM. Ish, mengarut aku ni.

Tinggal satu soalan sahaja lagi. Aku menggeliat. Rak yang tersimpan koleksi novel-novel aku dan adik perempuan aku dipandang sekilas. Haih, bilalah boleh baca novel. Rindunya. Tak apa, lagi 3 bulan je nak habis sekolah. Lepas tu bolehlah habiskan novel-novel yang belum dibaca lagi.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Masa untuk aku tidur. Esok nak bangun awal senang. Aku mengemas buku-buku di atas meja belajarku. Suis lampu dimatikan. Usai membaca doa tidur, aku melelapkan mata dengan harapan akan bermimpi putera raja versi kartun Barbie doll. Macam budak-budak.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku