Unknown Love
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Disember 2017
Bagi gadis bernama Ain Hawani, sayang itu tak perlu diungkap dengan kata-kata kerana karakter dirinya sudah cukup menunjukkan kasihnya terhadap orang-orang yang disayanginya. Cukup dengan menjadi diri sendiri. Tak perlu meniru lifestyle orang lain. Sudah menjadi lumrah hidup pasti ada pahit manis yang perlu ditempuhi. Namun kehadiran insan-insan selain keluarganya sedikit sebanyak telah memberinya kekuatan untuk terus hidup. "Kalau one day I lumpuh you nak kawan dengan I lagi tak" - Amizal Amir "Hang la kawan aku dunia akhirat" - Asyuhadah Alia "Aku bersyukur sebab Allah kurniakan tiga bidadari untuk tolong aku time aku down" - Nurul Qistina "First time aku dapat rasa friendship yang betul-betul friendship macam ni hahaha" - Farisha Nabilah "Allah tak akan uji hamba Dia kalau hamba Dia tak mampu. Eisya sayang Ain. Eisya akan sentiasa ada dengan Ain selagi Eisya hidup" - Eisya Nur Ain
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
134

Bacaan






HariAhad, hari paling bahagia bagi seorang pelajar SPM. Mestilah sebab boleh goyangkaki sikit. Kenapa Sabtu tak termasuk? Macam mana nak termasuk kalau hari itujugak cikgu adakan kelas berfokus. Sedihkan? Apakan daya, kita terima jelah. Nakpandai kena banyak berkorban. Bukan lahir-lahir otak tu sudah diisi denganilmu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Pagi-pagidah nampak ibu aku buat kerja. Yalah, dah nama pun suri rumah. Aku membantuibuku. Muka ibu bertukar hairan. Tiba-tiba ringan tulang lebih sikit hari ini. Pastiibu cakap aku kena sampuk hantu hahaha. Sambil membantu ibu aku mengajukansoalan, “Mak, sampai bila kena nak duduk rumah tok ni?”

Awat tanya soalan macam tu? Tak tahan? Penat?Sabar je. Dia tu mak aku, mestilah aku kena jaga. Nak harap maksu hang tu, dibuat kulinya orang tua tu,”balas ibu dengan muka yang tiada tanda dia terasa hati. Jujur aku katakan, akumemang tak suka tinggal di sini. Tok aku hanya sayang bongsunya sahaja. Kalau darikecil disemai dekat sikap pilih kasih, alamatnya sampai mati juga begitu. Tetapisayang, yang dia menangkan selalu itulah yang melawannya hari-hari. Betullah orangcakap, cinta itu buta. Apa saja orang yang disayanginya buat, sama ada betulatau salah, tetap betul di matanya.

Aku sukadengan sikap ibu yang penyabar. Tetapi sampai bila harus begini? Dipendam saja perasaantanpa sebarang luahan. Maksu tu makin lama makin melampau. Sudah berkahwin, anak-anaksudah masuk tiga orang tetapi suami tidak bekerja. Dia pula yang mencari duit. Kenapaperlu disayang dan dibelai orang yang salah? Membazir masa dan tenaga saja. Sebabalasan bekerja itulah yang dia sanggup menjadikan ibunya kuli di rumah. Makanminum anak ditanggung oleh ibu sendiri. Anak-anak tidak dididik menghormatiorang tua dengan sempurna. Bila ditegur, melenting pula.

Tertekan akudibuatnya memikirkan masalah keluarga ini. Baik aku bersihkan halaman rumah.Boleh ambil udara segar. “Mak kakak pergi bersihkan halaman,” aku memberitahuibuku terlebih dahulu. Ibu hanya menggangguk.

Rumputmakin panjang nampaknya. Kena cabut nih. Kalau tidak mati pokok-pokok bunga tokaku. Siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan aku. Malas mahu susahkan adik-adikaku. Mereka tidak seharusnya tertekan dengan masalah keluarga dalam umur merekasekarang. Biarlah tidak disayang, janji Dia menyayangi sudah. Senang susah ditangan Dia yang Maha Kuasa. Bukan manusia. Taraf kita semua sama di mata-Nya,iaitu kita hanya hamba. Jadi tidak perlulah mendabik dada.

Senanglahbila bercakap kita kena sabar. Tetapi dalam hati masih terbeban. Masih perluubat yang mujarab. Dikala hati terhimpit dengan kesedihan dan dendam, makhlukketiga pasti mengapi-apikan lagi perasaan kita. Tak boleh jadi, aku perlukanseseorang yang boleh memahamiku dan memberi nasihat.

Selesai sahajamembersihkan halaman rumah, aku berlari ke dalam bilik. Aku mendail nomborseseorang,

“AssalamualaikumEisya. Petang ni ada dekat rumah tak?” aku bertanya.

“WaalaikumussalamAin. Ada je. Awat? Rindu eh? Hahaha,”bergurau pula si Eisya ni.

“Nakdatang rumah boleh? Nak mengadu domba ni. Sedih bakhiang,” aku meminta izinnya dahulu.

“Oh..Boleh je. Mai mai,” Eisyamengalu-alukan kedatanganku.

Aku mematikantalian. Aku keluar dari bilik dan mencari kelibat ibuku. Nak keluar kena mintaizin dulu la. Selepas sahaja mendapat keizinan ibuku aku terus ke bilik untukmenyeterika baju dan tudung yang akanku pakai petang nanti. Buat siap-siap,nanti tak adalah kelam kabut.

Aku tibadirumah Eisya pada pukul lima petang seperti yang dijanjikan. “Assalamualaikum!Eisya ooo eisya,” aku memberi salam.

“Waalaikumussalam.Ha sampai dah pun. Jom duduk dekat pangkin bawah pokok mempelam tu,” Eisyamengajak aku. Dia tidak mempelawa aku masuk ke rumah kerana dia tahu aku adamasalah peribadi yang tak boleh dikongsi dengan orang lain. “Kenapa ni Ain? Masihperkara yang sama?” seperti membela saka je dia bertanya.

Aku hanyamengangguk. Dia mengerti dengan isyaratku dan tidak terasa sedikit pun. Masalahyang terikat dalam diri memang membuatkan diri kita susah nak bersuara.

“SabarlahAin. Allah tak akan uji hamba Dia kalau hamba Dia tak mampu. Pasal tok danmaksu Ain tu, Ain doa je lah supaya suatu hari nanti Allah kurniakan hidayah. Manatahu depa berubah jadi baik,” Eisyamemberi semangat kepada aku.

“Ya tahu.Tapi sampai bila nak macam ni? Ain penat. Kesian dekat mak dan adik-adik Ain.Ain tak suka tengok orang yang Ain sayang sedih. Nanti Ain lagi sedih,” luahkudengan mata yang sedikit berkaca.

“Tak lamaAin. Setiap masalah ada pengakhiran dia. Cuba Ain ingat balik, dulu-dulu mestiAin ada masalah lain kan? Sekarang dah selesai bukan? Kalau Ain tak dapatkeadilan di dunia, kat akhirat nanti mesti Ain dapat. Allah tu Maha Adil Ain.Dah jangan sedih. Ain sayang Eisya kan? Ain tak suka tengok orang yang Ain sayangsedih kan? Kalau Ain sedih macam ni, Eisya pun sedih jugak,” Eisya memujukku.

“Yangpenting, jangan tinggal solat walau sibuk mana pun Ain. Mengaji pun janganlupa. Doa banyak-banyak dekat Allah. Lagi kita minta, lagi dia bagi. BaikkanAllah? Tak macam manusia, kedekut,” Eisya menambah lagi.

Syukur akuada sahabat begini. Walaupun dia bukan dalam geng aku, dia tetap kawan baikaku. Semasa aku dinaikkan ke kelas hadapan di tingkatan 3, pertama kali akutengok dia, aku nak sangat bersahabat baik dengan dia. Personalitinya yangnakal tetapi tahu menjaga akhlaknya sangat menarik perhatianku. Ramai guru-guruyang menyayanginya. Terima kasih kepada Allah kerana Dia menunaikan hajat aku untukberkawan rapat dengan Eisya. Alhamdulillah berkekalan sampai sekarang. Walaupunpernah bergaduh atas salah faham, kami tetap berbaik. Pergaduhan mematangkanhubungan sahabat kami.

Keesokkanharinya di kantin, “Ain, hang okay tak?”Qistina bertanya.

“Tah Ain,okay tak?” Farisha bertanya untuk kepastian.

Aliahanya memandangku dengan harapan aku akan menjawab. Aku tabahkan juga hati aku,

“Okay je.Macam biasalah. Nak buat macam mana sabar jelah aku mampu.”

Aliabersimpati dengan nasibku, “Hmm.. Sabar eh Ain. Aku pun tak tahu nak tolongmacam mana. Takkan nak suruh hanglari rumah ye dak?”

“Hahaha. Akuokay. Semua orang ada masalah masing-masing. Kuat dengan tak kuat je. Hampa dengar masalah aku pun, hilangsikit beban aku,” aku pura-pura tersenyum. Takkan nak menangis pulakkan? Aku bukansuka nangis-nangis depan orang ni. Buat malu je.

Kelas berjalanseperti biasa. Penat memang penat. Kena tabahlah. Bukan senang nak senang. Kalautak sabar dan usaha macam mana nak kuasai sesuatu ilmu tu kan? Tapi, takbermakna kita kena bebankan badan dan otak kita. Kena rilek-rilek juga. Tiba-tibaidea nakal menjelma dalam fikiran aku. Aku memandang Farisha yang sedang kusyukmembuat esei bahasa inggeris sambil tersenyum nakal. Aku mengambil getah yangterdapat di bawah meja aku lalu melastik ke arah Farisha.

Aduh!

Farishamula bengang. Dia memandang ke arah aku. Aku pura-pura menulis esei. “Ainlastik Farisha eh,” berombak dadanya bertanya.

Akumenggeleng sambil mengerut keningku. Farisha membuat muka pelik. Pasti diaingat dia meren hahaha. Alia danQistina ketawa. Farisha mendongak dan melihat ke arah mereka, “Oh kerja hampa noh!” Dua-dua kena cubit denganFarisha. Aku lekas-lekas bangun dan duduk di sebelah meja Eisya.

Akumengekek ketawa. “Pandai noh hangkelentong orang,” Eisya ketawa sambil menggeleng kepala melihat perangaiburuk aku. Aku menunjukkan tanda peacekepadanya dan kembali ketawa. Aku terpandang Amizal yang sedang melihat telatahaku. Alamak malunya! Dia tengok apa pasal. Korek biji mata tu kang. Lepastu, buatsup baru tau. Siapkanlah esei tu. Tengok-tengok orang pula.

Aku kembalimemandang Farisha. Dia membuat isyarat muka,

“TunggulahAin. Hang kena dengan aku nanti”

Akutersengih dan kembali menyiapkan esei aku. Dah siap boleh hantar. Jadi takbanyaklah kerja sekolah aku hari ini.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku