Mr Dangerous Ms Sadness
1 - 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
238

Bacaan






SHAHIR melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan seorang lelaki bertubuh kurus dan tinggi lampai. Rokok diselitkan ke celahan bibirnya. Alat pemetik api dihidupkan lalu disua ke arah hujung rokok. Dihisap lalu asapnya dihembuskan ke udara. Shahir memandang lelaki itu.


“Kenapa kau nak jumpa aku, Remy?” tanya Shahir.


Remy meletak sepucuk sampul surat ke atas meja lalu diserahkan kepada Shahir.


“Apakah isi di dalam sampul ini?”


“Tengoklah,” jawab Remy.


Shahir mengambil sampul surat itu lalu membuka di bahagian hujung sampul. Beberapa keping gambar yang terdapat di dalam sampul itu dikeluarkan. Dahinya berkerut-kerut apabila memerhatikan gambar seorang gadis bertubuh langsing dan tinggi lampai itu.


“Adakah dia anak kepada lelaki tua tu, Remy?” tanya Shahir.


Remy mengangguk sebagai jawapan.


Shahir menghela nafas lega. Pencariannya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Amanah terakhir lelaki itu masih tersimpan kukuh di ingatannya. Sebaris ayat berupa janji seperti terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Serentak itu, rokok yang dihisapnya itu tadi ditonyoh ke dalam bekas rokok.


Remy merenung wajah Shahir. Shahir ialah kawan baiknya. Maka, dia tahu akan sejarah yang menghantui hidup Shahir sehingga kini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Amanah itu berat untuk dipenuhi.


“Apakah tindakan yang kau bakal ambil?” soal Remy.


Shahir tersenyum lemah.


“Bertanggungjawab terhadap dosa yang telah aku lakukan,” balas Shahir.


Remy mengeluh.


“Shahir, sampai bilakah kau mahu menghukum diri? Kejadian itu sudah lama berlalu. Peristiwa yang telah mengorbankan nyawa lelaki tua itu merupakan suatu suratan takdir. ALLAH lebih menyayanginya. Tiada guna jika kau terus berasa bersalah dengan apa yang sudah berlaku,” tegas Remy.


“Kau tak faham perasaan aku, Remy. Aku tak mampu…”


Hati Shahir dihimpit sebak. Andai kata masa boleh diputarkan semula, dia ingin membetulkan keadaan. Walaupun begitu, kenyataan tetap tidak akan berubah meskipun dia mahu menebus kekhilafannya. Maafkan aku, pak cik, lirih hati Shahir.


“Shahir, aku…”


“Encik, tolonglah pertimbangkan permohonan saya ini. Saya terdesak sekarang! Saya benar-benar memerlukan pekerjaan. Saya janji akan lakukan apa-apa sahaja yang encik mahukan!” rayu Fasha.


Suara itu serta-merta menghentikan perbualan mereka. Mereka menoleh ke arah si empunya suara tersebut. Kelihatan seorang gadis sedang merayu kepada seorang lelaki, barangkali pemilik kafe ini, manakala lelaki itu pula sudah bercekak pinggang. Wajahnya pula keruh.


“Kau ni memang tak faham bahasalah! Tiada kerja kosong buat masa sekarang!” tengking lelaki itu.


Fasha meraih tangan lelaki itu.


“Ada iklan kosong di luar kedai!” Fasha masih tidak mengalah.


Lelaki itu mendengus.


“Kedai kami memang memerlukan pekerja tetapi jawatan itu sudah diisi. Iklan itu sudah lama!” bidas lelaki itu.


“Encik, tolonglah saya! Saya akan melutut di kaki encik jika perlu!”


Fasha sanggup merendahkan maruah dirinya kepada lelaki itu. Walau apapun yang berlaku, dia harus mendapatkan pekerjaan di kafe itu. Dia tidak mahu tinggal bersama Auni lagi. Ibu saudaranya itu terlalu mendera jiwa dan mentalnya. Oleh itu, dia mahu memulakan hidup baru.


Shahir kelihatan seperti baru tersedar akan sesuatu. Lantas, dia lekas melihat gambar yang diberikan oleh Remy. Kemudian, dia mengangkat wajah untuk melihat gadis itu pula. Shahir terkedu. Gadis itu adalah gadis yang dicarinya selama ini.


“Remy, aku dah jumpa dia! Dia berada di hadapan kita,” beritahu Shahir.


Remy menjegilkan matanya. Dia kelihatan terkejut.


“Diakah gadis itu?” Remy seperti tidak percaya.


Shahir tersenyum lebar.


“Berambus sekarang sebelum aku telefon polis!” tengking lelaki itu terhadap Fasha.


Fasha tergamam. Begitu juga dengan Shahir dan Remy. Tanpa menunggu lama, Fasha berlari meninggalkan kafe itu. Shahir kelam kabut. Dia bangun lalu mengejar Fasha. Remy pula terkebil-kebil mata apabila melihat adegan itu. Ah, semuanya berlaku di dalam sekelip mata sahaja!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku