Mr Dangerous Ms Sadness
1 - 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
372

Bacaan






“BERHENTI!”


Shahir menghalang laluan Fasha di hadapan. Nafasnya kedengaran mengah kerana penat mengejar Fasha. Langkah Fasha terhenti. Dia tergamam apabila melihat lelaki kacak dan bertubuh sasa itu. Ketakutan menjalar di segenap akar umbi dirinya. Mungkinkah lelaki itu pemungut hutang Auni? Gulp, Fasha meneguk liur.


“Siapa kau?” jerit Auni.


Shahir membisu.


Fasha melangkah setapak ke belakang. Semakin dia bergerak semakin Shahir menghampirinya. Fasha berniat untuk mencabut lari tetapi tidak berjaya. Sepantas kilat lelaki itu menolak tubuhnya ke dinding. Fasha berusaha menepis tangan sasa Shahir, namun tidak mampu menandingi kudrat lelaki itu.


“Who are you?” jerit Fasha.


Shahir merenung anak mata Fasha. Timbul rasa simpati di hati Fasha, diadunkan dengan amanah lelaki tua itu. Riak kesedihan yang mengairi wajah Fasha menarik perhatian Shahir. Gadis itu seperti menyimpan sebuah kitab duka.


“Kau sebenarnya Ah Long ke? Kau nak kutip hutang mak cik ke? Aku minta maaf. Aku tak ada wang! Aku tengah cari kerja. Aku janji akan bayar nanti!” Fasha rasa seperti mahu menangis.


“Aku merayu, tolong lepaskan aku!”


“Kenapa aku harus lepaskan kau?” Shahir akhirnya bersuara.


“Aku tahu niat kau!” herdik Fasha.


“Kenapa aku harus lepaskan kau?” Shahir akhirnya bersuara.


“Aku tahu niat kau!” herdik Fasha.


“Apakah niat aku?” Shahir memusingkan ayat Fasha.


“Kau mahu menjadikan aku sebagai seorang pelacur!” tuduh Fasha.


Shahir mengukirkan senyuman sinis kepada Fasha.


“Aku bukan bapa ayam!” tegas Shahir.


“Kau lintah darat!”


“Bukan juga!”


“Habis itu, siapakah kau?”


“Aku menawarkan pekerjaan kepada kau!”


Fasha terkedu. Dia memerhati raut wajah Shahir. Mencari keikhlasan lelaki kacak itu. Lelaki itu entahkan ikhlas entahkan tidak apabila menawarkan kerja. Mereka tidak saling mengenali. Bahkan, inilah kali pertama Fasha bertemu lelaki yang namanya pun dia tidak tahu. Haruskan dia mempercayai lelaki itu? Bagaimanakah jikalau lelaki itu mempunyai niat serong terhadapnya?


“Apakah tujuan sebenar kau?”


“Sekadar untuk membantu,” jawab Shahir.


“Mengapa tiba-tiba sahaja kau berbuat baik kepada aku? Kenapa aku harus terima pertolongan kau? Aku tidak tahu siapa kau!” bidas Fasha.


Shahir ketawa.


“Kalau itu menjadi masalah, baiklah. Aku akan beritahu serba sedikit mengenai latar belakang aku kepada kau. Namaku ialah Muhammad Shahir bin Abdullah Johan. Kau boleh panggil aku Shahir saja. Aku memiliki sebuah kedai runcit dan beberapa buah kedai makan. Aku sedang mencari seorang staf untuk bekerja di kedai runcit aku. Maka, aku buka tawaran tu kepada kau. Fikirlah. Tawaran ini hanya sekali seumur hidup sahaja,” balas Shahir.


Fasha menggigit bawah bibirnya.


“Kau tak tipu aku kan?”


“Adakah aku seperti seorang conman yang menipu orang ramai dengan tujuan untuk perolehi keuntungan?” sindir Shahir.


Fasha berasa terpukul apabila diperli sebegitu rupa.


“So, how?”


“Beginikah cara yang kau gunakan kepada semua staf ketika interview?”


Fasha sengaja mahu menerbitkan rasa bersalah di sukma Shahir. Shahir segera menggaritkan segikit langkahnya, tetapi tubuhnya masih dekat dengan Fasha.


“I am so sorry,” ucap Shahir.


Fasha menarik nafas panjang.


“Baiklah. Aku terima tawaran kau,” balas Fasha.


“Bagus! Jom ikut aku. Aku akan bawa kau ke kedai runcit aku. Memandangkan kau tiada tempat untuk berteduh, aku akan berikan sebuah apartmen kepada kau. Itu rumah aku. Aku mahu kau jagai sebaiknya,” balas Shahir lalu berjalan meninggalkan Fasha di belakang.


Shahir berasa bersyukur kerana Fasha akhirnya menuruti permintaannya. Pak cik, Shahir janji akan melindungi Fasha. Shahir tidak akan membiarkan sesiapa menyakiti hati Fasha, tekad hati Shahir.


Fasha terkedek-kedek mengikut langkah Shahir.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku