Mr Dangerous Ms Sadness
2 - 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
214

Bacaan






DAUN pintu ditolak ke dalam. Shahir berdiri di tepi untuk memberikan laluan kepada Fasha. Mata Fasha tidak berkedip apabila melihat ruang tamu apartmen mewah itu. Mulutnya pula sudah ternganga. Hatinya memuji keindahan rumah yang akan dihuninya bermula pada hari ini.


“Masuklah. Kenapa tercegat lagi?” tegur Shahir.


Fasha tersentak. Dia menapak masuk ke dalam rumah itu dengan hati yang berdebar-debar. Senyuman sedikit demi sedikit meleret di bibirnya. Secara jujurnya, dia sudah mula menyukai apartmen ini. Seumur hidup dia tidak pernah tinggal di ‘syurga’ semewah ini. Tempatnya hanyalah layak di dalam sebuah bilik kecil ketika tinggal dengan Auni dahulu. Walaupun begitu, dia tetap bersyukur juga.


“Kau suka?” tanya Shahir.


Pertolongan ini tidaklah seberapa berbanding khilaf yang pernah Shahir lakukan terhadap lelaki tua itu. Dia melepaskan keluhan apabila bayang peristiwa silam itu kembali menjengah ke ingatannya. Wajah Fasha ditenung bersama seribu satu rasa bersalah. Ya Allah, sukar rasanya mahu menerima hakikat bahawa dialah punca kematian lelaki tua itu. Natijahnya, dia tidak mampu mengubah masa silam. Dia terpaksa menelan sungguhpun pahit. Maafkan aku, Fasha, rintih hati Shahir.


Fasha mengangguk sebagai jawapan.


Shahir mengukirkan senyuman.


“Baguslah jika kau suka,” balas Shahir lalu melabuhkan punggung di atas sofa.


Fasha duduk di sebelah Shahir.


Seketika kebisuan menghurungi mereka. Masing-masing tenggelam dengan gelodak perasaan.


“Shahir?” panggil Fasha.


Shahir menoleh memandang ke arah Fasha.


“Aaa…”


“Apa?”


Fasha meneguk liur.


“Aku rasa seperti perempuan simpanan kau. Kau terlalu baik hati. Kau tawarkan pekerjaan dan tempat tinggal kepada aku. Aku bimbang jika ada sesiapa salah faham pada kita. Mulut orang bukannya boleh ditutup. Aku…” balas Fasha lemah.


“Kau tidak perlu memikirkan pandangan orang lain pada kita. Kita tak buat salah apa-apa,” balas Shahir dengan memek muka tenang.


Fasha berdecit.


“Tapi…”


“Kau sendiri cakap yang mulut orang tidak boleh ditutup. Maka, tidak usahlah fikir tentang mereka lagi. Kita masih waras dan mampu membezakan Haq dan Batil,” celah Shahir.


Fasha merenung wajah Shahir.


“Apakah niat kau yang sebenarnya, Shahir?” tanya Fasha.


“Niat apa?” Berkerut dahi Shahir.


“Tolong aku,” balas Fasha.


“Aku…”


Fasha membisu.


Shahir menarik nafas panjang. Dia masih belum bersedia untuk berterus-terang kepada Fasha. Biarlah rahsia itu tersimpan rapi.


“Shahir?”


Tiba-tiba Shahir bangun lalu ke muka pintu. Fasha tercengang dengan tindakan Shahir.


“Aku balik dulu. Kita jumpa esok.” Shahir terus beredar.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku