Mr Dangerous Ms Sadness
2 - 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
218

Bacaan






“FIDA, kau itu kawan rapat Fasha! Aku dapat rasa yang kau memang tahu dimana dia berada sekarang! Janganlah sembunyi apa-apa daripada aku! Lebih baik kau bercakap jujur!” Auni terus mendesak Afidah.


Afidah menjeling geram.


“Fida tak tahu, mak cik! Dan Fida juga takkan beritahu apa-apa pada mak cik! Selama ini hidup Fasha susah disebabkan sikap tamak mak cik! Mak cik diamanahkan supaya menjaga dia, bukan membebankan dia!” herdik Afidah.


Dia sudah lama menahan sabar. Hiba atmanya apabila menyaksikan penderitaan Fasha. Dia berasa gembira kerana Fasha memilih keputusan untuk memulakan hidup baru. Fasha berhak mengecapi kebahagiaan.


“Kau jangan tipu aku!” Auni menuding jari telunjuknya kepada Afidah.


“Siapa tipu siapa sekarang?” bidas Afidah keras.


“Kau…”


Tiba-tiba dua orang lelaki menerjah ke rumah Auni. Auni dan Afidah terkesima. Auni pula yang memang tahu tujuan asal mereka itu serta-merta meneguk liur. Tubuhnya terketar-ketar.


Salah seorang daripada lelaki itu menghampiri Auni. Kaki kanannya diangkat lalu diletakkan di atas tempat pemegang sofa. Manakala seorang lagi pula menghunuskan senjata ke arah Auni dan Afidah. Afidah sudah menangis ketakutan.


“Diamlah, perempuan! Kenapa kau teriak macam bayi kehabisan susu hah? Kau nak rasa peluru tembus di kepala kau ke?” tengking lelaki yang memegang pistol itu.


Afidah menekup mulutnya lalu menggeleng.


“Mana duit aku?”


“Aaa… ku belum ada du… duit lagi. Aku a… akan ba… bayar bila dah ada du… it nanti,” balas Auni gugup.


Lelaki itu ketawa sinis. Lantas, dia menolak tubuh Auni ke grill. Wanita itu meronta-ronta, tetapi tamparan yang hinggap di pipinya itu membuatkan dia kaku.


“Where is my money? Kau ingat aku ni cap duit ke? Kalau aku jumpa seribu jenis orang macam kau, alamatnya lingkuplah bisnes aku! Kenapa susah sangat nak bayar hutang hah?” maki lelaki itu.


“Hah… aku kenal seseorang yang boleh lunaskan hutang aku pada kau! Dia adalah Fasha, anak saudara aku. Ibu bapa dia tinggalkan harta yang banyak! Untuk pengetahuan kau, dia diamanahkan untuk menjaga aku. Oleh itu, kau boleh memungut hutang aku daripadanya.” Seperti biasa, Auni akan menjadikan Fasha sebagai penyelamatnya.


Afidah tergamam. Subhanallah, wanita itu sungguh kejam! Dia tergamak membahayakan Fasha semata-mata untuk melepaskan dirinya.


Lelaki itu tersenyum penuh makna.


“Aku mahu kau bawa aku berjumpa dengannya,” tegas lelaki itu.


Auni serta-merta mengangguk.


“Kau buatlah apa-apa yang kau nak! Aku jual dia kepada kau demi menyelesaikan hutang aku yang tertunggak itu. Tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi!” sambung Auni.


“Mak cik!”


Afidah terkejut. Wanita itu langsung tidak berfikir panjang. Dia hanya mementingkan dirinya sahaja!


“Kau diam!” herdik Auni.


“Okey, aku terima! Deal! Kita tidak berhutang apa-apa lagi selepas itu!” balas lelaki itu.


“Ya!” tegas Auni.


Lantas, mereka beredar meninggalkan rumah itu.


“Fida tak sangka, hati mak cik busuk sangat. Mak cik, Fasha itu anak kepada arwah mak cik! Sungguhpun Fasha hanyalah anak saudara mak cik, tetapi mak cik yang menjaganya sedari kecil lagi. Mak cik sepatutnya ada rasa sayang terhadap Fasha. Mak cik, binatang pun sangat mengasihi anaknya!”


Afidah bukan mahu bersikap kurang ajar pada Auni. Auni yang sudah melebihi batasan!


Auni menyumbat jari telunjuknya ke dalam telinga.


“Bisinglah!” marah Auni.


“Mak cik…”


Auni mendengus.


“Aku tak hadaplah nak dengar ceramah kau, Fida! Aku rasa lebih baik kau ke masjid saja. Dapat pahala percuma,” sindir Auni lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya.


Afidah melepaskan keluhan.


“Ya ALLAH, KAU lindungilah kawan baik aku itu daripada sebarang malapetaka,” doa Afidah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku