Mr Dangerous Ms Sadness
3 - 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
183

Bacaan






FASHA rasa bersyukur yang amat kerana masih ada insan sebaik Shahir yang sanggup membantunya. Bahkan, lelaki itu menyediakan tempat tinggal, kemudahan dan pekerjaan kepadanya. Bagaimanakah caranya dia mahu membalas jasa Shahir? Senarai tugasan yang diberikan oleh Shahir sebentar tadi dihafal berulang kali supaya tidak terlupa. Dia tidak mahu melakukan sebarang kesilapan. Kepercayaan yang dititipkan kepadanya haruslah digalas dengan sempurna.


Setelah selesai mengira stok, Fasha ke kaunter lalu melabuhkan duduk di atas kerusi. Dia mahu berehat buat seketika. Fail yang ada di tangannya itu diletakkan di atas meja. Botol mineral kecil di atas meja dicapai lalu penutup dibuka. Dia meneguk air itu sehingga berbaki separuh. Dia menarik laci lalu mengambil telefon bimbitnya. Satu nombor didail. Beberapa saat kemudian, kedengaran nada bersambut.


“Fidah!” pekik Fasha.


“Kau baru ingat nak call aku ke? Berhari-hari aku menunggu panggilan daripada kau! Hisy, kau ni buat aku risau sajalah!” marah Afidah.


Fasha mengeluh.


“Aku minta maaf, Fidah. Aku memang nak contact kau, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Terlalu banyak perkara berlaku pada diri aku.”


Fasha rasa bersalah pada Afidah. Kawan baiknya itu selalu mengambil berat perihalnya. Afidah adalah orang pertama yang akan susah hati jika dia ditimpa musibah. Fasha benar-benar terharu. Ibu saudaranya sendiri tidak pernah melayaninya sebegitu rupa.


“Lain kali hubungilah aku! Aku seperti orang sasau mencari kau. Haa… kau sihat ke? Kau sudah makan ke? Dimanakah kau berada?” bebel Afidah.


Fasha tersenyum. Gelagat Afidah seperti seorang ibu yang sedang memarahi anaknya. Fasha berasa dirinya itu disayangi meskipun dia dan Afidah tiada pertalian darah. Fasha juga sudah menganggap Afidah sebagai ahli keluarganya. Baik Fasha baik Afidah sama-sama anak yatim piatu. Ibu bapa Afidah telah meninggal dunia di dalam tragedi kebakaran.


Afidah berdecit.


“Eh, senyap saja! Jawablah!” bentak Afidah.


Fasha tergelak. Dia berasa geli hati dengan telatah Afidah.


Kedengaran Afidah mendengus.


“Hisy, ketawa pula! Fasha, aku seriuslah! Kau itu satu-satunya keluarga yang aku miliki. Aku sayang kau!” sambung Afidah.


“Fidah, aku tahu jaga diri. Usahlah khuatir akan keselamatan aku.”


Fasha tidak mahu Afidah dihuni perasaan bimbang lagi.


“Baguslah jika begitu.”


Afidah menghela nafas lega.


“Fasha, dimanakah tempat tinggal kau? Kau sudah bekerja ke? Bolehkah kita berjumpa?”


Afidah berharap supaya Fasha sudi bertemu dengannya. Dia perlu beritahu kepada Fasha tentang tindakan Auni. Kuncu-kuncu kumpulan gangster itu berada di merata-rata tempat. Tambahan pula, mereka amat bijak menyembunyikan identiti. Afidah tidak mahu Fasha terjerat dengan tipu helah mereka. Maka, dia harus memberi amaran kepada Fasha agar lebih berhati-hati.


Fasha membisu seketika. Dia agak keberatan untuk memberi kebenaran sementelah dia hanyalah seorang pekerja di kedai runcit itu. Perlukah dia memohon keizinan terlebih dahulu? Atau, dia membawa Auni ke situ tanpa pengetahuan Shahir? Apakah reaksi Shahir jika dia berbuat begitu? Ah, pasti lelaki itu akan marah!


“Fasha?”


Fasha tersentak apabila ditegur.


“Boleh ke?” ulang Afidah.


Fasha mengeluh.


“Fidah, aku baru sahaja bekerja di kedai runcit. Majikan aku inilah yang membantu aku. Dia menawarkan pekerjaan dan menyediakan tempat tinggal. Aku takut jika dia tidak selesa saja nanti,” balas Fasha.


“Ala… bolehlah!” desak Afidah.


Fasha menggaru kepala.


“Aku tanya majikan aku dulu. Andai kata dia beri green light, aku akan beritahu kepada kau ya?” balas Fasha.


“Hmm… baiklah,” balas Afidah yang terpaksa mengalah dengan kehendak Fasha.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku