Mr Dangerous Ms Sadness
3 - 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
309

Bacaan






SHAHIR memarkir keretanya di luar pagar di hadapan sebuah banglo. Rumah itu merupakan rumah keluarganya. Shahir mengeluh. Dia sudah lama tidak pulang ke rumah itu. Dia bukan tidak mahu bertemu dengan ibu dan bapanya. Dia berasa rimas kerana ibu tidak pernah berhenti hendak menjodohkannya dengan Fatihah.


Enjen kereta dimatikan. Daun pintu keretanya itu dibuka. Dia baru sahaja hendak melangkah keluar daripada kereta, tetapi tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej.


Shahir, aku mohon kebenaran untuk bawa kawan baik aku ke kedai dan rumah, boleh ke? Err… Aku harap kau beri jawapan ‘ya’.


Shahir menaip.


Bawalah.


Dia menyimpan telefon bimbit itu ke dalam kocek seluarnya. Serentak itu, dia membolos keluar daripada perut kereta. Pintu kereta itu dikunci. Dia berjalan ke arah banglo itu.


“Haa… kamu baru ingat jalan pulang ke?”


Puan Suzanna mengekori langkah Shahir dari arah belakang.


Shahir memekakkan telinganya.


“Shahir, kamu dengar ke tidak hah?” jerit Puan Suzanna.


Shahir berdecit. Dia menghentikan langkah lalu berpusing ke belakang. Dia merenung tajam wajah mama.


“Shahir dengar, mama,” balas Shahir.


“Mengapakah kamu tidak menyahut apabila mama menegur?” herdik Puan Suzanna.


Shahir tersenyum sinis.


“Perlu ke?” sindir Shahir.


Puan Suzanna mendengus.


“Mama tidak mahu bertikam lidah dengan kamu, Shahir!” bentak Puan Suzanna.


“So, what do you want from me?” tengking Shahir.


Puan Suzanna terundur ke belakang kerana terkejut dengan tindakan Shahir. Shahir tidak pernah meninggikan suara kepadanya selama ini. Mengapakah anaknya itu tiba-tiba sahaja bersikap begitu?


“Kamu…”


Shahir menjungkitkan sebelah keningnya ke atas.


Puan Suzanna memejamkan matanya lalu menarik nafas panjang. Dia menyabarkan hatinya untuk berhadapan dengan kerenah Shahir.


“Mama mahu menjodohkan kamu dengan…”


“Fatihah?” celah Shahir.


Puan Suzanna mengangguk.


Shahir mengeluh. Dia sudah tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menjelaskan kepada Puan Suzanna. Hatinya belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga. Puan Suzanna tidak akan pernah faham. Dia menanggung beban yang amat berat. Dia haruslah memenuhi amanat lelaki tua itu dahulu. Perkahwinan terpaksa ditolak ke tepi buat masa kini.


“Shahir?


”“Jawapan Shahir masih sama lagi, mama!” tegas Shahir.


Puan Suzanna terkesima.


“Mengapakah kamu menolak jodoh pilihan mama, Shahir? Fatihah adalah seorang wanita yang terlalu baik hati, sopan santun, lemah lembut dan penuh tatasusila. Katakan kepada mama, apakah ciri-ciri calon isteri yang kamu mahukan? Mama boleh tolong carikan untuk kamu. Shahir, mama sudah berumur. Mama mahu melihat kamu bahagia.”


Seorang ibu hanya mengimpikan sesuatu yang indah buat anaknya. Kegembiraan seorang ibu adalah melihat anaknya dikurniakan seorang pendamping yang berupaya menceriakan hari-harinya.


“I’m sorry, mother. I am not ready yet!” balas Shahir.


“I just want you to get your happiness!” tukas Puan Suzanna.


“Shahir, mama….”


“I’m tired!”


Shahir melangkah ke arah tangga. Dia mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.   





Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku