Mr Dangerous Ms Sadness
4 - 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
180

Bacaan






SHAHIR menolak daun pintu lalu mengorak masuk ke dalam biliknya. Dia berjalan ke katil lalu menghempaskan tubuhnya. Tangan kanan dibengkokkan dan diletakkan di bawah kepala. Dia memejamkan matanya untuk berehat buat seketika. Peristiwa silam yang amat pahit itu menerjah ke layar mindanya semula. Shahir tersentak lalu membuka mata. Sebuah keluhan berat dilepaskan. Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, namun tetap menghantuinya sehingga kini.


Shahir berasa bersalah kepada Fasha. Bahkan, rasa itu semakin hari semakin meluap-luap. Tragedi yang telah meragut nyawa ayah kepada Fasha itu, dialah penyebabnya! Fasha kehilangan bapanya di usia yang amat muda. Air matanya tumpah. Suara esak tangisan mula kedengaran mengisi segenap ruang bilik itu.


“Fasha, maafkan aku,” ucap Shahir.


Shahir bangun. Dia berjalan ke arah meja kerjanya. Telefon bimbitnya di atas meja segera dicapai. Dia mendail nombor telefon Remy. Beberapa minit kemudian, kedengeran nada bersambut.


“Mengapakah kau menelefon aku, Shahir?” tanya Remy.


“Bagaimanakah perkembangan hasil siasatan kau berkenaan tentang ibu saudara Fasha?”


Shahir rasa sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah ah long itu dan apakah niat sebenar Auni terhadap Fasha. Dia tidak akan sesekali membiarkan Auni hidup senang lenang jika terbukti Auni mempunyai agenda jahat. Dia juga akan melindungi Fasha daripada kekejaman lintah darat itu! Tanggungjawabnya adalah melindungi Fasha. Maka, dia sudah menanam tekad untuk memberikan pengajaran yang setimpalnya kepada Auni dan kumpulan gangster itu!


“Aku dah siasat dan…”


“Apakah hasilnya?” potong Shahir.


“Auni telah membuat pinjaman sebanyak RM25 000 daripada ah long, tetapi dia gagal melangsaikan hutangnya itu. Oleh kerana itu, mereka sering berpindah randah. Auni tidak mahu dicederakan oleh kuncu-kuncu kumpulan itu. Walaupun begitu, ketua gangster akhirnya berjaya menjejaki mereka. Hidup mereka semakin hari semakin tidak aman. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh lintah darat itu dengan tujuan supaya Auni membayar hutangnya itu. Antara tindakannya ialah kediaman mereka disimbah dengan cat berwarna merah saban hari dan ugutan bunuh. Malah, Auni juga telah…”


Remy mengeluh.


“Telah apa?” soal Shahir.


“Kau akan terkejut apabila mengetahuinya, Shahir,” balas Remy.


Shahir mendengus.


“Tell me!” bentak Shahir.


"Auni sudah menjual Fasha kepada ah long, Shahir,” balas Remy.


Shahir terkedu. Dia menggenggam buku lima dan terbentuk satu penumbuk. Auni seorang wanita yang amat kejam! Dimanakah terletaknya iman Auni sehingga tergamak memperlakukan Fasha begitu?


“Kau sudah tahu siapa ah long itu?” tanya Shahir.


“Sudah,” jawab Remy.


“Hantar semua maklumat berkenaan kumpulan gangster itu melalui emel,” arah Shahir.


“Baiklah, Shahir,” balas Remy.


Mereka membisu buat seketika.


“Shahir, apakah yang kau akan lakukan kepada mereka?”


Remy amat mengenali sikap Shahir. Shahir akan mengambil tindakan yang agak drastik jika dia atau orang di sekelilingnya itu disakiti oleh sesiapa sahaja. Shahir tidak akan berdiam diri dan membiarkan orang itu bebas dan tidak menerima apa-apa balasan. Remy tidak mahu Shahir bertindak bodoh meskipun Auni dan lintah darat itu memang layak menerima pengajaran. Shahir yang akan mendapat malapetaka apabila tersilap membuat langkah.


Shahir mengukirkan senyuman penuh makna.


“Buatlah apa yang patut aku buat,” jawab Shahir.


Remy berdecit.


“Tolonglah jangan lakukan perkara yang boleh membahayakan kau, Shahir! Buruk padahnya!” tegas Remy.


“Jadi, kau mahu aku duduk diam dan melihat perbuatan mereka pada Fasha ke? Kau tidak pernah faham perasaan aku, Remy. Aku sudah bernazar untuk menjaga dan melindungi Fasha dengan nyawaku,” tukas Shahir.


“Menyerang mereka bukan cara yang bagus, Shahir!” tingkah Remy.


Shahir mempamerkan senyuman sinis.


“Katakan kepada aku. Apakah caranya?” bidas Shahir.


Remy terkedu.


“Kau adalah sahabat yang paling terbaik yang pernah aku miliki, Remy. Kau haruslah menyokong semua tindak-tanduk yang akan aku ambil nanti. Aku rasa amat berdosa pada lelaki tua itu. Maka, jalan ini sahaja yang mampu menebus khilaf aku terhadapnya. Aku sanggup menggadaikan diri jika itu harga sebuah pengorbanan!” balas Shahir.


“Shahir, aku sudah menganggap kau seperti seorang adik. Aku…”


Sebak hati Remy. Subhanallah… alangkah beratnya dugaan yang terpaksa Shahir tanggung selama ini.


“Usahlah berasa risau, Remy. Aku tahu menjaga diri,” balas Shahir.


Remy tersenyum hambar.


“Aku akan sokong kau, Shahir,” balas Remy.


“Terima kasih.”


“Sama-sama.”




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku