Mr Dangerous Ms Sadness
4 - 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
149

Bacaan






“WAH, cantiknya rumah ini! Bos kau itu seorang yang amat baik hati. Dia tawarkan pekerjaan dan menyediakan tempat tinggal kepada kau. Dia sudah membantu kau yang berada di dalam kesusahan. Boleh aku berjumpa dengan bos kau ke? Aku mahu mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan kawan baik kesayangan aku ini.”


Afidah berasa bersyukur kerana masih ada seorang hamba ALLAH yang mengasihani Fasha. Entah apakah yang akan menimpa diri Fasha jika dia ditangkap oleh lintah darat itu? Ah, dia tidak mahu membayangkan kemungkinan itu. Dia haruslah mendoakan kesejahteraan Fasha. Dia mahu melihat kawannya gembira.


Fasha tersenyum.


“Kau mahu berkenalan dengan dia ke? Hmm… boleh saja! Kau mesti akan rasa melting apabila melihat dia. Dia seorang lelaki yang kacak, bertubuh sasa dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai teruna idaman dara. Aku… aku sudah mula sukakan dia.” balas Fasha bersungguh-sungguh.


Entah bagaimanakah ayat terakhir itu boleh terucap daripada bibirnya? Dia sendiri tidak mengerti apakah yang sedang bergelora di hatinya kini.


Afidah menjungkitkan keningnya ke atas.


“Hmm… Hati kau sudah berbunga-bunga ke?” usik Afidah.


Mata Fasha terkebil-kebil apabila memandang Afidah.


“Janganlah mengarut, Fidah! Dia memang baik. Layakkah aku berdampingan dengan dia? Dia pasti sudah ada pilihan hati. Wanita itu mungkin lebih cantik berbanding aku yang serba kekurangan ini.”


Fasha merendahkan dirinya. Dia sebenarnya sudah mula menyukai Shahir. Perasaan itu hadir ketika malam kejadian, apabila Shahir menolaknya ke dinding lalu merenung tajam ke arahnya. Malah, rasa itu semakin hari semakin mekar. Fasha menutup mata lalu tersengih. Pipi sudah merona merah tanpa disedari.


Afidah tersenyum.


“Tak salah jika hati dah suka, Fasha,” balas Afidah.


“Aku harus buang perasaan ni!” tegas Fasha.


Afidah ketawa sinis.


“Adakah kau mampu untuk melakukannya?” sindir Afidah.


“Belum cuba belum tahu!” balas Fasha.


Afidah mendengus.


“It’s up to you!” bidas Afidah.


Seketika mereka membisu.


Afidah berdehem apabila mengingati tujuan sebenarnya untuk bertemu dengan Fasha. Perkara itu haruslah dikhabarkan secepat yang mungkin kepada Fasha.


“I have something to tell you. Ah long menyerang rumah mak cik kau beberapa hari yang lepas. Kami nyaris dibunuh.”


Afidah tidak tahu apakah cara yang harus digunakan untuk menyampaikan berita itu kepada Fasha. Dia amat yakin bahawa Fasha pasti akan terkejut.


“Astaghfiurlah al-azim! Kau tidak apa-apa ke?”


Fasha amat risau apabila memikirkan keselamatan Afidah. 


“Aku okey,” balas Afidah.


Fasha menghela nafas lega. Mujurlah ALLAH melindungi Afidah daripada kejahatan kumpulan gangster itu.


“Fasha, mak cik sudah jual kau kepada ah long itu. Mereka sedang memburu kau sekarang. Mata-mata ketua gangster itu ada di mana-mana saja. Aku mahu kau berhati-hati. Aku tidak mahu kau terjerat di dalam perangkap mereka. Nyawa kau mungkin akan terancam jika mereka menemui kau, Fasha,” beritahu Afidah.


Fasha terkesima apabila mendengar berita itu. Ibu saudaranya itu sudah melampau. Tergamak dia bertindak begitu terhadap Fasha. Mengapakah Auni terlalu bencikan dia? Adakah kehadirannya itu menyusahkan hidup Auni? Bukankah Auni akan menerima imbuhannya apabila tiba waktunya?


“Ya ALLAH…”


Afidah mengusap bahu Fasha.


“Aku mahu kau banyakkan bersabar, Fasha. Dia tetap ibu saudara kau meskipun dia sudah mengambil tindakan yang tidak sepatutnya,” pujuk Afidah.


Fasha berdecit.


“Dia seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan, Fidah!” bentak Fasha.


Afidah hanya mampu membisu. Dia berasa simpati terhadap nasib Fasha. Semoga Fasha diberikan sinar bahagia suatu masa nanti. Amin!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku