Mr Dangerous Ms Sadness
4 - 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
300

Bacaan






FASHA amat terkejut apabila menerima kedatangan Shahir ke kedai. Pada masa sama, dia juga berasa gembira kerana dapat menatap wajah lelaki yang selalu dinantikannya itu. Lama tidak bertemu membuatkan dia amat merindui Shahir. Shahir melangkah ke kaunter lalu melabuhkan duduk di atas kerusi berhampiran dengan tempat membuat bayaran itu. Kelihatan Fasha menghampiri Shahir.


“Ada apa-apa masalah di kedai ke? Barang tidak cukup ke atau wang ke? Ada sepasang suami dan isteri telah berhutang dengan kedai ini dan amaunnya amat banyak. Aku berasa bahawa kau mengetahui siapakah orang yang aku maksudkan itu. Aku mahu kau menghalang dia mengambil barang-barang di kedai ini lagi. Dia perlulah melangsaikan hutangnya terlebih dahulu jika dia mahu membeli barang di kedai kita.”


Shahir terlalu lama bersabar dengan pasangan suami isteri itu. Dia adalah peniaga yang berniaga untuk mengaut keuntungan. Maka, dia akan menanggung kerugian yang tinggi sekiranya perkara itu terus menular di kedainya. Dia haruslah mencegah terlebih dahulu.


Fasha mengangguk.


“Aku mengenali pasangan suami isteri itu. Baiklah, aku akan mengikut arahan kau,” balas Fasha.


“Bagus. Andai kata mereka memberontak dan mengugut akan mencederekan kau atau membakar kedai, aku mahu kau membuat laporan polis,” balas Shahir.


“Okey,” balas Fasha.


Shahir memusingkan tubuhnya ke belakang lalu mengambil sebuah fail kewangan. Fail itu diletakkan di atas meja. Dia mula membuat penyemakan akaun keluar dan masuk kedai. Fasha bertindak sebagai pemerhati sahaja.


“Adakah kau suka bekerja di kedai aku?” tegur Shahir.


Fasha mengukirkan senyuman.


“Aku suka!” balas Fasha.


  “Kau tidak terfikir untuk sambung belajar ke? Aku yakin yang kau mesti ada cita-cita, Fasha. Bohonglah jika kau tiada impian untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik. Semua manusia yang bernafas di muka bumi ini menginginkan perkara yang sama. ALLAH juga menggalakkan umatnya untuk berusaha mencapai kejayaan.”


       Shahir mempunyai agenda. Dia tidak mahu Fasha mensia-siakan sijil SPMnya. Kisah hidup yang tragis bukanlah suatu halangan untuk memperolehi kesenangan di masa akan datang. Fasha masih muda. Masa depannya cerah.


        Fasha mengetap bibir.


         “Aku memang nak tetapi…”


       “Good!” potong Shahir.


   Fasha kelihatan terpinga-pinga apabila melihat Shahir bangun lalu ke bilik kerjanya. Beberapa saat kemudian, lelaki itu muncul semula sambil membawa komputer riba. Laptop itu diletakkan ke atas meja dan dihidupkan. Laman sesawang INED UiTM dibuka. Komputer riba itu dipusingkan ke arah Fasha.


     “Aku mahu kau menyambung pengajian secara jarak jauh di UiTM. Aku akan menanggung kos pengajian sepanjang kau bergelar pelajar di universiti itu. Isi borang ini. Sediakan semua dokumen yang mereka perlukan. Aku akan pos ke sana nanti,” arah Shahir.


        Fasha tergamam.


       “Aku mohon maaf, Shahir. Aku tidak boleh menerima pertolongan kau kali ini. Aku berasa amat segan dengan kau. Kau sudah terlalu banyak membantu aku. Kos sesebuah kursus amat tinggi. Aku tidak mahu menyusahkan kau.”


      Fasha terpaksa menolak walaupun hatinya memberontak mahukan tawaran yang hanya datang sekali untuk seumur hidup itu. Bohonglah jika dia tidak mahu mengubah nasib. Siapakah yang tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang tertinggi? Dia juga mempunyai impian untuk bergelar seorang pensyarah suatu hari nanti. Dia mahu menyalurkan ilmu pengajian yang diperolehi kepada anak didiknya.


    “Aku tidak meminta duit kau untuk membayar kos pengajian itu. Aku memang menawarkan kemudahan pengajian jika terdapat staf aku yang mahu belajar. Takkanlah kau tidak mahu keluar daripada kepompong keselesaan kau? Kau tidak berasa cemburu apabila melihat kejayaan orang lain ke?”


       Shahir sengaja berkata begitu kepada Fasha. Dia mahu membakar semangat Fasha.


       Fasha melepaskan keluhan.


    “Aku tidak mahu kau berasa terbeban, Shahir!” tegas Fasha.


    “Terbeban? Okey, adakah kau mampu membaca isi hati aku sehingga kau boleh membuat kesimpulan begitu?” perli Shahir.


            Fasha berdecit.


           “Aku bukan ahli nujum!” herdik Fasha.


  Shahir melemparkan senyuman sinis kepada Fasha.


“Oleh itu, mengapakah kau fikir bahawa aku berasa terbeban?” balas Shahir untuk mematahkan hujah Fasha. 


      “Aku…”


      “Apa?”


     Fasha mengetap bibir.


“Aku mahu kau mengisi borang permohonan itu!” sambung Shahir apabila melihat Fasha hanya membisu.


      “Apakah tindakan kau jika aku menolak?”


     Fasha memberanikan diri untuk menentang kemahuan Shahir. Kelihatan Shahir merenung tajam wajah Fasha sehingga Fasha berasa resah.


      “Shahir, aku…”


     “Shut up and fill that form! No matter what, I want you to continue your study!” tegas Shahir.


       Fasha tersenyum.


       “Terima kasih kerana memberi peluang itu, Shahir,” ucap Fasha.


      “Itu sudah tanggungjawab aku kerana kau adalah staf aku, Fasha,” balas Shahir.


        Fasha mula mengisi borang permohonan itu sambil diperhatikan oleh Shahir.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku