Mr Dangerous Ms Sadness
5 - 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
257

Bacaan






LANGKAH Auni mati apabila Shahir tiba-tiba sahaja menghalang laluannya. Dia yang baru sahaja hendak membayar nasi bungkusnya itu tercengang apabila melihat Shahir. Siapakah lelaki itu? Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. Apakah kaitan mereka? Auni berasa terkejut kerana Shahir menyua sehelai not RM5 kepada peniaga sebagai bayaran untuk makanan Auni.


“Terima kasih, encik,” ucap Auni.


 Dia baru sahaja hendak beredar tetapi terbantut apabila Shahir memanggilnya. Dia memandang Shahir.


      Shahir tersenyum penuh makna.


    “Aku rasa kau terlupa akan sesuatu perkara, Cik Auni,” sindir Shahir.


     Auni tercengang.


  “Apakah yang kau mahukan daripada aku hah? Bagaimanakah kau mengetahui nama aku? Siapakah kau?” tengking Auni.


      Shahir ketawa sinis.


    “Kau sudah tahu tujuan aku,” kias Shahir.


    Auni mendengus. Darahnya terasa mendidih apabila Shahir seperti mahu mempermainkan dirinya.


       “Aku mahukan sedikit imbuhan daripada kau, Cik Auni. Duit yang aku gunakan untuk membayar makanan kau itu bukanlah percuma. Manusia pada zaman kini mengharapkan ‘sesuatu’ setelah dia melaburkan wangnya. Even orang bisnes turut mengharapkan hasil yang serupa,” balas Shahir.


        Auni terkesima.


       “Kau mahukan wang daripada aku ke hah? Andai itu yang kau inginkan, aku tiada duit sekarang ini! Aku juga boleh bayar semula harga untuk makanan yang aku beli ini kepada kau!” maki Auni.


       “Aku bukan mengharapkan wang tetapi sebaliknya,” balas Shahir sambil merenung tajam wajah Auni.


        Auni tercengang.


        “What do you want hah?” herdik Auni.


        “Ikut aku!” arah Shahir lalu melangkah ke arah bahu jalan.


        Auni membuntuti langkah Shahir. Mereka melintasi jalan raya dan memasuki ke sebuah warung menjual cendol dan rojak di tepi jalan. Mereka menghampiri sebuah meja di bawah pokok lalu melabuhkan duduk di atas kerusi. Seorang lelaki mamak mendekati mereka. Beberapa saat kemudian, lelaki mamak itu beredar apabila siap mengambil pesanan mereka.


      Kelihatan Shahir menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan sepucuk sampul surat yang agak tebal. Sampul itu diletakkan di atas meja lalu ditolak ke arah Auni.


   Pandangan mata Auni menikam ke arah sampul itu. Hatinya membuak-buak ingin mengetahui isi di dalamnya.


      “Ada sejumlah wang di dalam sampul surat ini. Wang itu adalah untuk kau,” beritahu Shahir.


     Auni tersenyum lebar. Tangannya laju hendak mengambil sampul itu. Shahir menarik sampul itu semula.


         Auni tergamam dengan tindakan Shahir.  


        “Bukankah duit itu untuk aku?” sergah Auni.


      “Kau boleh dapat duit ini tetapi aku mahu kau melakukan sesuatu terlebih dahulu,” balas Shahir.


        “Aku sanggup buat apa sahaja!” balas Auni.


          “Jauhi Fasha,” balas Shahir.


        Auni terkedu. Apakah hubungan lelaki itu dengan Fasha? Auni yakin bahawa Fasha ialah teman istimewa lelaki itu. Seorang lelaki tidak akan sewenang-wenangnya menghabiskan wangnya demi seorang wanita. Adakah lelaki itu sugar daddy Fasha? Fasha sudah bijak mengikis duit lelaki ya!


         “Sekarang baru kau mahu mengaku ke?” perli Shahir


          Auni mengetap bibirnya.


    “Bagaimanakah dengan tawaran aku? Adakah kau mahu menerimanya? Kau hanya akan dapat wang ini jika kau bersetuju,” sambung Shahir.


       “Baiklah. Aku akan memenuhi kemahuan kau,” balas Auni sambil matanya kelihatan agak galak melihat sampul surat itu. Dia sudah tidak sabar mahu berbelanja!


       “Duit ini milik kau!” Shahir menyerahkan sampul surat itu kepada Auni.


      Sepantas kilat Auni merampas sampul itu lalu membuka hujung sampul. Wang ditarik keluar sehingga separuh. Bibirnya terpalit dengan senyuman lebar.


        “Kau akan menerima padah sekiranya mengingkari perjanjian kita! Jangan sesekali cuba untuk mencari apa-apa masalah dengan aku! Kau masih belum mengenaliku, Cik Auni. Aku boleh bertukar perwatakan pada bila-bila masa sahaja. Aku akan menjadi seorang lelaki yang paling berbahaya dan bayang-bayang ketakutan kau. Oleh sebab itu, janganlah terfikir untuk mengganggu hidup Fasha lagi. Aku akan mengganggu ketenteraman hidup kau jika perkara begitu berlaku kepada Fasha,” ugut Shahir.


     Auni mengangguk sambil mengira jumlah wang di dalam sampul surat itu.


     Shahir menghela nafas lega. Dia berharap supaya Auni mengotakan janjinya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku