Mr Dangerous Ms Sadness
5 - 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
123

Bacaan






SHAHIR membawa Fasha ke pusat beli-belah seusai pulang daripada bertemu Auni. Dia mahu membeli barang-barang keperluan Fasha untuk ke universiti. Pelbagai jenis barangan seperti pakaian, fail, alat tulis dan sebagainya dimasukkan ke dalam troli. Fasha hanya memerhati tingkah laku Shahir.


     “Shahir, perlukah kita beli semua barang ini?” tegur Fasha.


      Shahir menghentikan langkah lalu menoleh ke arah Fasha.


      “Aku sengaja membuat persiapan awal supaya kita tidak akan kelam-kabut di kemudian hari. Andai kata kau diterima masuk, kita boleh berikan tumpuan kepada perkara yang lebih penting.”


      Shahir tidak suka melakukan sesuatu kerja di saat-saat akhir. Bak kata pepatah, kita perlulah menyediakan payung sebelum hujan.


       Fasha memuncungkan bibirnya.


       “Keputusan kemasukan ke UiTM masih belum keluar lagi. Entahkan dapat entahkan tidak, Shahir.”


        Fasha tidak mahu menaruh harapan yang tinggi. Pengalaman silamnya itu mengajar dirinya supaya tidak mengayam angan-angan yang sukar untuk dicapai. Dia lebih selesa dengan situasinya kini.


        Shahir mendengus.


     “Kau memang suka berfikiran negatif ke, Fasha? Belum cuba belum tahu. Kau tidak bolehlah berputus asa. Masih ada banyak universiti di Malaysia, bukan UiTM saja. Kau boleh memohon ke universiti lain jika tidak berjaya menempatkan diri di UiTM.”


     ‘Usaha belum cukup tetapi sudah menyerah kalah? Bagaimanakah mahu menjadi manusia yang berjaya?’ kutuk hati Shahir.


       Fasha mengeluh.


     “Aku bukan nak putus asa. Aku cuma takut kecewa,” balas Fasha.


   “Bukankah kekecewaan merupakan satu ubat kejayaan suatu hari kelak? Tak semua orang terus berjaya dengan hanya sekali mencuba. Mereka cuba beribu kali sehingga perolehi impian mereka,” balas Shahir.


     Fasha mengukirkan senyuman hambar.


    “Kau tak faham perasaan aku, Shahir,” balas Fasha.


      “Perlukah aku memahami kau terlebih dahulu lalu barulah aku mempunyai hak untuk menghulurkan pertolongan? Begitukah yang kau maksudkan, Fasha?” sindir Shahir.


      “Kau sudah salah membuat tafsiran, Shahir,” tegas Fasha.


    Shahir menjungkit keningnya ke atas.


    “Habis itu, apakah yang selayaknya?” bidas Shahir.


      Fasha terdiam.


      “Sudahlah. Usahlah bertikam lidah dengan aku lagi. Aku mahu kau anggap ia merupakan satu rezeki daripada ALLAH. DIA mengirimkan aku supaya menunjukkan jalan kepada kau. Terimalah seadanya bantuan aku ini,” ucap Shahir. Dia mula melembutkan nada suaranya.


    “Kau terlalu baik, Shahir,” balas Fasha.


      Shahir tidak membalas sebaliknya dia meneruskan langkahnya meninggalkan Fasha. Fasha lekas mengekori Shahir dari arah belakang.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 1 - 1 | 1 - 2 | 1 - 3 | 2 - 1 | 2 - 2 | 2 - 3 | 3 - 1 | 3 - 2 | 3 - 3 | 4 - 1 | 4 - 2 | 4 - 3 | 5 - 1 | 5 - 2 | 5 - 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku