IRIS
PROLOG
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Disember 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
136

Bacaan






“ Mummy..” panggil Firas sambil tangannyaralit membuka bungkusan gula-gula yang ada dihadapannya.

“ Ya, sayang..Kenapa?” soal Datin Warda lembut. Matanya tekun melihat telatah anak lelaki keduanya itu. Perlahan tangan naik mengusap kepala Firas dengan kasih sayang.

Where s Iris? Kenapa Iris tak datang lagi, My? Lama Firas tunggu ni nak makan gula-gula sama.” Rungut Firas. Matanya bulat memandang mummynya menagih jawapan.

“ Kejap lagi sampailah tu. By the way,Firas.. Banyak kali mummy cakapkan panggil kak Iris, kak Iris kan lagi tua dari Firas.” Tegur datin Warda lembut. Selalunya Firas senang menerima teguran namun kali ini entah kenapa teguran dia langsung tak dipedulikan oleh Firas.

Why?”polos sahaja Firas bertanya.

It is a sign of respect, dear. Like you do when you speak with your brother,Ferran.”

“ But.. mummy, she is different..” bangkang Firas lagi.

“ Bagitahu mummy, kenapa kak Iris berbeza?”

Because she is my girl and i like her, mummy.” Usai menyebut perkataan itu terus sahaja Firas lari ke ruang tamu bila terdengar salam dari luar rumah.

Datin Warda hanya tersenyum kecil mendengar jawapan dari anaknya itu. Haihh, kecik-kecil lagi dah keluar aura romeo dia.Dia hanya ketawa kecil mengenangkan telatah Firas.

****

Iris tersenyum melayan telatah Firas yang dari tadi sibuk bertanya tentang kelewatan mereka. Entah kenapa, dalam banyak-banyak orang Firas lebih senang menempel dengannya.

“ Iris.. betul ke Iris akan masuk asrama nanti? Habis Firas macam mana?” soalnya dengan sedih.

“ Ha ah.. kak Iris kan dah nak masuk tingkatan empat. Firas kena belajar rajin-rajin tau, kalau Firas pandai nanti senang tau Firas nak realisasikan cita-cita Firas,” ujar Iris sambil mengusap rambut Firas lembut. Biarpun Firas tidak memanggilanya dengan panggilan yang sebetulnya namun sikitpun dia tidak ambil kisah. Baginya itu bukanlah isu yang besar.

 Firas tersenyum kecil. Suka dia bila Iris memanjakannya sebegitu. Rasa istimewa sangat.

“ Iris.. kau tak payah nak layan si Firas tu sangat. Bukan betul pun budaknya.” Usik Ferran. Sengaja mencari gaduh dengan adiknya itu. Iris hanya ketawa kecil bila melihat muka Firas yang sudah mencebik mahu menangis dek diusik Ferran.

“ Aipp.. tak mau nangis. Firas kan dah besar,dah darjah enam kan? So, kena tough sikit dan kalis usikan.” Pujuk Iris. Tahu yang Ferran dengan Firas memang pantang berjumpa, ada ja yang akan jadi bahan usikan. Dan semestinya Firaslah orangnya.

“ Mana ada Firas nangis pun..” sangkalnya .Cuba berlagak macho depan Iris padahal tadi sudah sedia mahu melalak.

“ Makanan dah siap..Anak-anak, mari makan.” Panggil Puan Yusra, Ibu kepada Iris. Mendengarkan panggilan itu, masing-masing bersorakriang lantas menuju ke meja makan dengan senyuman.

****

Iris tersenyum melihat dua mempelai yang sedang bersanding di atas pelamin. Sinar kebahagiaan nampak sungguh diwajah pasangan itu. Perlahan tangan naik ke dada, cuba membuang perasaan yang libang-libu di hati. Terasa ada seseorang menari kerusi dan duduk disebelahnya.

“ Kenapa tu? Sakit?” tersentak Iris mendengar suara itu. Lantas mukanya segera berpaling ke arah suara itu.

“ Firas !!” jeritnya terkejut. Firas hanya tersengih nakal memandang Iris. Suka bila kejutannya mendapat sambutan dari Iris. Serentak itu terasa bahunya sakit dek pukulan dari Iris.

“ You told me that you won’t come. How couldyou lied to me like this,”masam muka Iris. Hilang habis senyumannya sebentar tadi.Rasa mahu merajuk pula dengan Firas.

Well, suprise!! I miss youbaby..”selamba sungguh Firas ucap begitu. Seronok melihat mata Iris yang menjelingnya manja. Rindu sungguh dengan wanita dihadapannya ini. Dia tahu dalam Iris tersenyum, Iris juga memendam rasa luka. Ditatap tanpa jemu wajah Iris.

Are you done?” perlian Iris membuatkan dia tersedar dari terus memandang wanita itu.

Done what?” Soalnya terpinga-pinga.

“ Firas... Kak Iris tahu kak Iris cantik sangat harini.. Tapi tak perlulah sampai ralit usha kak Iris.” Usik Iris. Agak terhibur dengan kehadiran Firas.

“ Uish..Firas baru je pergi Rusia 3 tahun. Tak sangka Firas yang Iris ni makin perasan ya?” usiknya kembali. Dia mana boleh kalah dengan usikan dari Iris. Terus saja dia pandang wajah Iris yang bertukar kemerahan. Malulah tu..Haih, 3 tahun aku pergi.. Sikit pun perangainya tak berubah.

“ Mana ada..” sangkal Iris. Malu bila Firas mengusik begitu.

Forget it. Anywhy, jom..” ajak Firas dengan senyuman seraya bangun dari kerusi

“ Pergi mana?” soal Iris. Dahinya berkerut memikirkan pelawaan Firasyang tiba-tiba itu.

“ Pergi kahwin..”

“ Muhammad Firas Althaf !!!” terus terburai ketawa Firas yang sedari tadi ditahan. Seronok sungguh dia melihat telatah Iris. Rasa tenang bila melihat Iris ketawa dihadapannya. Dia tak rela melihat Iris sedih.

Because she is my woman and ilove her from the start.’ Getusnya dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku