Kerana Janji
Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
194

Bacaan






Baru je beberapa langkah aku berjalan, terdengar ada orang menjerit panggil nama aku. Aku syak Faliq, rupanya bila aku menoleh ke belakang, Naim kelam-kabut berlari anak menuju ke arahku. Aku memberhentikan langkah. Huru-hara betul Naim ni.

" Kau ni dah kenapa? Macam dikejar hantu je rupa.." tanyaku sebaik dia sampai.

" Aku kejar kaulah. Aduh!! Penat.." termengah-mengah. Lawak betullah kawan aku sorang ni.

" Bukannya tak jumpa dekat office kan.." kataku lagi.

" Saja. Uitt.. bawa bekal ke tu?!" Naim bertanya apabila nampak aku bawa bungkusan nasi goreng.

" Taklah. Ni ha.. abang suruh bagi dekat bff dia. Nasi goreng kampung.." terangku .

" Amboii.. baiknya abang kau, siap masakan lagi. Ke dia ada plan terbaik untuk kau ni ekk.." Naim senyum kambing.

" Tak ada maknanya plan-plan bagai.. "
Jawabku malas.

Kami berjalan sambil berbual. Mataku liar mencari kelibat Faliq. Kalau terserempak dia dekat lobi ni senanglah sikit, terus je bagi. Lepas tanggungjawab aku. Kami berjalan perlahan-lahan.

" Adik manis Aliaa.." Sampai je di anak tangga lobi, security bangla beruniform lengkap berwarna putih memanggil aku, terkejut juga aku. Aku tersengeh jelah. Macamana mat bangla ni tahu nama aku ni, parah!

" Eh! Ya.." aku dan Naim berhenti. Muka aku mula cuak. Tak pernah mat bangla ni panggil sebelum ni. Cuma senyum-senyum adalah. Berdebar jantung.

" Ada orang kirim salam.. Itu di belakang batu.." Security itu menunjukkan isyarat jari ke tiang batu tepi tangga. Aku dan Naim serentak menoleh ke tiang dimaksudkan oleh security tadi. Tapi tak ada orang. Aku dengan pantas menghampiri tiang itu dan melihat sorang lelaki sedang menyorok. Perlahan-lahan aku menghampiri lelaki itu dari arah belakangnya.

"Oiiii...!!! Ooo mengendap orang yee.."
Jeritku sekuat-kuatnya. Memang sah dia ni. Aku dah agak dah. Faliq gelak sekuat-kuatnya. Kantoiii...

" Ooo selama ni awak mengendap saya dekat sini lah ye.. "Aku meneka dan mulalah membebel, Naim pun join gelak sekali dengan Faliq.

" Hahaha.. okey.. okey..!! Sorry ya.. Apalah Mat Bangla ni, aku dah cakap dia jangan bagitahu Aliaa, dia pula boleh kantoi kan.. Aduhaii.. Hahaha" sambung lagi Faliq  dan Naim ketawa lagi. Aku pun hampir-hampir nak gelak juga tapi ku tahan.

" Nak salahkan Mat Bangla tu pula.." kataku lagi.

Makin kuat mereka ketawa, orang yang lalu lalang pelik tengok mereka ni. Mat Bangla tu pun sampai garu kepala kepelikkan.

" Dah sudah.. Tak payah nak gelak sangat. Ni ha! Abang bagi awak.." aku menghulurkan bugkusan tupperware padanya. Tapi dia tak ambil pula.

" Apa ni?! " tanyanya.

" Nasi goreng.. Nah lah..!!"

" Wow!! Mesti sedap tapi saya tak boleh ambil.."

" Kenapa tak boleh ? Kang abang ingat saya tak amanah pula.. Nah! Ambillah cepat. Penat dah tangan ni.." terangku. Berlagak pula mamat ni, geram pula aku. Selamatlah abang yang suruh kalau tak, tak adanya aku nak baik-baik macam ni.

" Kalau nak saya ambil , awak kena temankan saya makan?! Boleh?! " Eh,eh!! Main ugut-ugut pula dia ni. Menyirapnya lah.

" Saya dah breakfast dengan abang tadi.." suaraku perlahan.

" Saya tak suruh awak breakfast pun, saya cuma nak awak temankan saya makan je. Kalau awak taknak saya pun taknak ambil, biar awak kena marah.."  Mahu je aku pijak kaki dia ni lagi.

Pandai dia kenakan aku kan. Dua hati aku jadinya, sebelum keluar kereta tadi abang whatsapp, warning aku. Katanya, kalau nasi goreng ni tak sampai dekat tangan Faliq, dia cancel balik kampung. Dah sudah!

" Hmm.. Okeylah. Ini kerana terrrpaksa tau, kerana abang je. Kalau tak kerana abang, tak ingin saya.. " kataku dengan suara agak keras.

" Yess!! "

" Naim.. Jom sekali.." pelawa aku pada Naim.

" Alamak! Perut aku sakit ni, nak ke toilet dari tadi memulas ni. Korang pergi jelah ye.. Okey  bye.." Aku terkedu sekejab. Aduhaii.. Jadi, aku sendiri kena ngadap mamat poyo ni lah. Benda yang aku nak elak kini aku kena hadapi.
Oh Tuhan..!!  Ampunkan dosa-dosa aku.

" Silakan  Cik Aliaa.." Sukanya dia. Senyum sampai ke telinga. Berjalan sebelah aku  dengan bangga je. Entah apa-apa tah.


Jujur cakap, aku memang tak selesa. Sangat tak selesa. Seperti orang bersalah je jalan dengan dia ni. Semua mata memandang, apa yang tak kena ni. Atau perasaan aku je. Huhu..

 Sampai di cafe, aku terus duduk. Manakala Faliq, terus order air. Aku duduk membatu, dengan muka yang mencuka. Stress rasa. Tak lama kemudian, Faliq datang dengan membawa secawan nescafe suam untuk aku dan secawan teh tarik untuk dia dan beberapa ketul kuih bingka tepung. Tahu pula dia minuman kegemaran aku. Ni mesti kerja abang kut.

Dia membuka penutup tupperware. Bau nasi goreng kampung abang menusuk ke hidung. Faliq menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

" Fuh!! Terbaiklah Adil, sedap betul masakan dia ni. Saya memang rindu gila masakan dia. Dulu waktu belajar, selalu dia masak untuk kami tau. Memang tak boleh lupalah..!!  Tak pernah saya makan nasi goreng sesedap airtangan dia.. " puji Faliq pada abang. Bangga aku jadinya.

Aku hanya mendengar dan membisu. Melihat gelagatnya makan. Sangat menyelerakan. Macam orang tak pernah makan gamaknya. Nak gelak pun ada. Hahaha.. gelak dalam hati jelah.

" Eh! Kenapa senyap je ni. Minumlah ,awakkan suka nescafe kan. Makan kuih tu.." Senyum ,dia menyuap nasi terakhirnya ke dalam mulut. Sekejab je habis dia makan. Tengok dia begitu selera makan. Tiba-tiba aku senyum. Aku pun tak tahu kenapa. Memang sedap sangat lah tu.

" Sejak saya kenal dan jumpa awak, saya happy sangat tau. Saya tunggu saat-saat ni tapi susah sangat nak keluar dengan awak." dia meneguk air teh tariknya.

" Kan saya dah cakap, saya tak pernah dan tak suka keluar berdua dengan lelaki macam ni. Kalau keluar pun mesti ada teman yang lain. Abang selalu pesan dekat saya, saya kena ikut cakap wali saya.. " jelasku. Faliq senyum.

" Saya tahu dan saya faham. Saya hormati itu. Untuk pengetahuan awak, saya ugut awak tadi tu, sebab saya dah minta izin wali awak tau. Kalau tak caya, boleh call dia tanya.. "

" Iya saya tahu, abang pun ugut saya juga, dah agak dah ni plan korang kan.." kataku perlahan.

" Plan kami berjaya.. " bangga pula dia. Macam perli aku pun ada juga. Tahulah plan aku gagal.

" Tak aci . Memanglah plan berjaya, dua lawan satu. Main kotor pula tu.."

" Main kotor apa pula?"

" Habis.. ugut-ugut tu tak cara kotor?!"

" Hahaha. Kalau tipu tu ada tipu sunat, so, kira plan pun, plan sunatlah. Betul tak.." suka-suka dia je. Ada je idea dia nak jawab. Memang kalahlah kalau berdebat dengan Faliq ni.

" Banyaklah awak punya sunat.."

"Hahahaha.. " gelak besar Faliq. Tak reti segan pula dia, orang sebelah-sebelah pandang. Aku pula yang naik segan.

" Saya nak tanya ni. Sudi tak jadi teman mesra saya. Lama tunggu jawapan awak tau.." dia bertanya lagi.

" Perlu ke saya bagi jawapan?!"

" Mestilah. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi katakan tidak, taklah saya ternanti-nanti.."

" Kalau saya kata...." 

" Nanti dulu.. jangan jawab dulu.." Faliq terus potong cakap aku.

" Laa tadi kata suruh jawab, saya nak jawab awak kata jangan jawab pula. Mana satu ni.. peliklah dia ni.." Sungguh tak faham aku dengan Faliq ni. Kejab iya kejab tidak, tak ada pendirian betul. Keluhku didalam hati.

" Relax.. cool.. Macam ni, Ada tiga pilihan untuk awak pilih.." Pula dah. Nak kena pilih apa pula ni. Pelik bin ajaib betullah.

" Awak nak saya kawan dengan awak , tapi awak suruh saya buat pilihan? Sepatutnya saya yang kena bagi pilihan dekat awak tau. Bukan awak. Awak ni memang peliklah Faliq. Aduhaiii.. Macamana abang boleh dapat sahabat macam awak ni? Boleh jadi gila saya.." aku menepuk dahi. Sakit jiwa jadinya layan dia ni. Faliq gelak dan gelak. Stress aku jadinya.

" Alaa relax lah.. Jangan stress-stress..." Tahu pun aku stress. Huhu..

" Ok macam ni. Pilihan pertama,jadi teman mesra saya. Kedua, teman sehati sejiwa saya. Ketiga, teman sehidup semati saya. Ok sekarang awak pilih yang mana?!" Eeee.. dia ingat dia putera kayangan ke sampai tiga pilihan. Gilalah. Boleh masuk Tanjung Rambutan macam ni.

" Boleh jelaskan. Apa maksud ketiga-tiga pilihan tu?!" Nak taknak layankan jelah. Dah terlanjur aku depan dia. Huwaa!!!


" Okey.. dengar baik-baik tau. Jangan salah pilihan kalau tak nanti awak menyesal.."
Dah menyesal pula.. Oh Abang..!! Tolonglah adikmu ini. Muka dia memang tak ada perasaan. Muka selamba.. Geramnyaa.. !!!

" Hmm.. saya nak masuk office dah ni Faliq.. " kataku. Sebenarnya aku nak larikan diri. Ini pertama dan terakhir kut aku keluar dengan mamat ni. Harap-haraplah.

" Okey.. dengar ni.. Dengar baik-baik. Yang pertama, teman mesra tu hanya kawan. Kedua, sehati sejiwa tu pasangan kekasih. Ketiga, sehidup semati tu suami isteri.. Okey?! faham?! Jelas.?!"  Tersengeh-sengeh dia. Kalau ikutkan hati aku ni, nak aje aku siat-siat muka dia ni tau. Merepek-merepek betullah. Entah undang-undang mana dia pakai ni.

" Awak ni kan.. " Aku mengeluh kecil. Berkerut. Tak tahulah, nak marah ke, nak gelak ke, nak nangis ke, nak menjerit Arhhhhh ke..!!

"Apa yang kan?! So, pilihlah nak yang mana?!" Senyum menanti jawapan. Sempat mengenyit mata pula tu. Korek mata tu kang, baru tahu. 

" Hmm.. Okeylah Encik Faliq Alfi, saya akan jawab atas keterpaksaan kerana abang saya. Kalau ikut saya, tak kuasa nak layan awak yang senget ni tau.." Dia gelak lagi dan lagi. Aku punyalah serius macam ni dia boleh gelak. Aku serius sebab malas nak layan, bikin sakit jiwa, sakit otak, sakit segala-galanya. Gila-gila.. tak pasal-pasal aku pun terjebak juga jadi gila macam dia. Hahaha..

" Saya serius ni tau. Saya harap awak puas hati dengan pilihan saya dan tak akan tanya saya apa-apa selain dari jawapan yang akan saya bagi ni. So, awak kena redha. Boleh?!" Tegas dan saksama aku cakap. Tegas-tegas aku cakap pun, dia gelak juga. Aku pun tak jadi nak serius dan marah, so,terjebak gelak juga tapi gelak kecil-kecil je.

" Okey.. so,pilih?" Senyum, senyum dan senyum. Betullah abang cakap, Faliq ni tak ada perasaan, tak reti nak marah, tak reti nak serius, yang dia tahu senyum, gelak, senyum dan gelak.

" Saya Aliaa Sofea memilih awak untuk jadi teman mesra sahaja. Titik!! Faham?!" Jelas aku.

" Tak nak pilih yang kedua atau yang ketiga ke? Cuba fikir baik-baik, nanti menyesal pula. Kalau nak tempoh berfikir pun boleh.." katanya.

"Pilihan muktamad, tiada talian hayat.  Hanya teman mesra sahaja. No lebih-lebih. Diulangi, hanya teman mesra sahaja. Titik...!! Hey! Awak ni kan, tak pandai bersyukur ek!.  Untung- untung saya terima awak jadi kawan saya tau..Tak berterima kasih langsung.." jelas dan padat.

" Oh! Okey.. Lupa pula.. Alhamdulilah, Syukur.. Aaminn.. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih ya Aliaa terima saya jadi teman mesra awak. Tak apa, mula-mula teman mesra, lama-lama sikit kang, mesti teman sehati sejiwa dan seterusnya mestilah teman sehidup semati. Kan Aliaa kan..."

Ceh!! Perasaaaannn!!!  Yakin betul Faliq ni. Sangat yakin. Aku dah mula pening kepala dengan perangai pelik dia ni. Kalau jumpa 10 orang macam Faliq ni, pasti terus masuk kubur.

" Dah lah saya nak masuk office. Dari layan awak ni sampai esok pun tak habis. Ni pun dah lambat sebab awak.." aku membebel. Tupperware kotor tadi ku masukkan semula ke dalam beg kertas. Aku meneguk sedikit air nescafe yang dah sejuk. Dan terus melangkah meninggalkan dia.

" Sekejab.. sekejab.. tunggu lah saya.." jerit kecil memanggil aku . Aku terus je melangkah.

Apalah malang nasib aku hari ni. Terpaksa berdepan dengan Faliq yang amat-amat pelik.  Ini semua kalau tak kerana abang, memang sampai bila-bila pun aku tak keluar dengan Faliq. Aduhaiii...

Aliaa oh Aliaa..!!  Jangan terlalu menyampah nanti terindu. Jangan terlalu membenci nanti tersayang. Ingat Aliaa.. Hati kecilku berbisik memberi amaran. Aku tersentak seketika. Betul juga kan. Ish!! Manalah tahu satu hari nanti dialah yang tolong aku ketika aku dalam kesusahan. Jadi, bersangka baik dan terimalah dia seadanya sebagai kawan. Perancangan Allah itu kan yang terbaik. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku