Kerana Janji
Bab 40
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
167

Bacaan






Mak Long dan Pak Long sudah bersiap mahu pulang ke kampung. Cepat pula mereka nak balik, aku minta tunggu sehari dua lagi mereka menolak. Lagi pula, Pak Long nak uruskan kebun pisangnya. Permintaan pisang mentah untuk dijadikan kerepek amat menggalakan. Walaupun sudah ada pekerja tapi Pak Long lebih suka turun kebun, uruskan sendiri. Sama-sama bekerja. Rezeki Pak Long, dari dulu lagi dengan tanaman pokok pisangnya yang seluas tiga ekar itu. Permintaan pisang tanduk yang paling banyak. Harga pasaran pun boleh tahan. Tapi Pak Long jual harga borong dengan harga berpatutan. Harga kampung- kampung katanya.

Semalamaan Mak Long dan Pak Long disini, cukuplah buat aku rasa terubat rindu dekat arwah ibu dan ayah. Baru malam semalam aku bermimpi bertemu mereka, dan siangnya Mak Long dan Pak Long datang. Allah merancang terbaik untuk aku. Syukur sangat.. Malam ni pula ., giliran abang pula nak balik JB. Seperti biasa, tinggallah aku seorang diri, lalui hidup sendiri.

Hmm.. bilalah nak kahwin. Kalau kahwin ada juga teman. Kahwin?? Orang yang aku tunggu-tunggu pun entah kemana. Aduhaii Zahwan. Sampai bilalah aku nak macam ni. Menunggu dan mengharap. Hati aku ni, aku dah kunci untuk kau, tapi kau memang hampeh..!! Arhhh!!!! Apa aku nak buat. Aku dah cuba dan mencuba untuk lupakan Zahwan tapi semakin aku mencuba kenapa semakin kerap dia difikiranku. Kenapa?? Kenapa ?? Dan kenapa?? Kejamnya kau Zahwan.. Andailah aku dapat terrrjumpa kau, mahu ku cekik-cekik kau, tikam-tikam kau  biar sampai keluar usus hijau. Geramnya... !! Sakitnya hati..!! Sakitnya jiwa..!!

" Kenapa termenung?! Janganlah sedih..!!" Tegur Mak Long apabila tengok aku duduk sorang-sorang dekat luar. Abang mengangkat beg pakaian Mak Long dan Pak Long masukan ke dalam kereta Pak Long.

" Taklah.. " jawabku ringkas.

" Kahwinlah cepat-cepat dik, tu ha si budak Faliq semalam tu, macam berkenan je dekat adik.. " aku diam je. Tak ada mood pula hari ni. Diam lebih baik kut.

" Memang pun Mak Long, kalau adik okey, dia bila-bila masa je nak masuk meminang.." abang mencelah. Aku menjeling pada abang. Saja je buat aku bengang. Dahlah tengah bengang dengan Zahwan. Aku buat muka bengang juga lah. Bengang..

" Rajin-rajinlah balik kampung, ataupun jom duduk je kampung dengan Mak Long. Kan senang.." aku tak jawab apa-apa pun. Senyum tak, bersuara tak, buat selamba je.

" Betul tu dik, abang pun dah tak ada dekat sini, kalau dekat JB bolehlah balik juga,jenguk adik. Bila kerja kat sana esok kang, memang tak baliklah.. Time cuti tak ada kerja tu, baliklah kampung. Boleh juga tolong Pak Long kat kebun.." aku masih membisu, hanya mendengar.

" Dahlah, Mak Long balik dulu ya, kang lambat gerak lambat pula sampainya.. Jaga diri baik-baik tau, kalau ada apa-apa bagitahu Mak Long ke Pak Long ke jangan diam je.." aku mengangguk perlahan. Bersalaman dengan Mak Long dan Pak Long. Pesanan demi pesanan mereka beri padaku. Aku terima semua dan simpan didalam hati. Insha Allah aku akan ikut mana yang baik. Aku menemani Mak Long ke kereta. Sedih pula hatiku. Aku melambai tangan pada mereka hingga kereta hilang dari pandangan.

Aku kembali duduk di kerusi. Sambung termenung lagi. Apa yang aku fikir pun aku tak tahu cuma aku kini terasa sangat kecewa, kecewa dan kecewa kerana Zahwan. Rasa letih dah hati ni sebenarnya. Penat dah nak menanggung rasa begini. Rasa pada Zahwan. Sejak malam tadi , aku fikir pasal Zahwan. Apa sebenarnya yang akan berlaku. Kenapa setiap kali aku happy dengan Faliq , Zahwan akan muncul walau sekadar bayangan. Aku lemah bila dia muncul. Hatiku.. hatiku.. hatiku masih ada dia.

" Kenapa ni? Dari tadi lagi abang tengok adik macam ni."  abang duduk di depanku. Pandang tepat diwajahku. Perlu ke aku cakap? Nanti abang marah pula. Aku menggeleng. Senyum tawar.

" Kalau tak ada apa-apa takkan senyap je macam ni. Marah abang ke?!" Teka abang. Aku menggeleng lagi.

" Gaduh dengan Faliq ke?!" Abang masih meneka. Aku menggeleng lagi.

" Hmm.. habis tu..  Ingat Zahwan?!" Aku pandang tepat ke mata abang. Memang tak boleh mengelak dari abang. Dia memahami aku.

Aku tunduk pandang ke bawah. Tak tahu nak menangis ke, nak menjerit ke, nak ketawa ke. Yang aku tahu, aku kecewa.

" Hmm.. Adik.. adik.. Apalagi abang nak cakap. Adik seksa hidup adik macam ni kerana lelaki tak guna tu. Kalau abang dapat budak tu, lama dah abang tumbuk muka dia sampai lumat tahu tak.." Nada suara abang keras, iya abang marah.

" Hahaha.. Abang marah adik ke abang marah Zahwan?? " aku gelak kecil. Menyembunyikan rasa kecewa ni. Padahal taknak gelak pun. Huwaa!

"Dua-dualah abang marah. Yang adik sia-siakan hidup kerana dia, untuk apa? Yang dia buat adik abang merana macam ni. Ish!! Ada gambar dia tak? Bagi abang, abang nak cari dia sampai lubang cacing.." lagi sekali aku gelak.

" Gelak pula..! Abang serius ni. Abang taknak adik terus macam ni. Termenung sana sini, adik dengan hidup adik sendirian. Duduk rumah, tak bersosial, sorang-sorang. Adik ingat abang tak risau.." jelas abang. Aku diam.

" Kenapa abang nak risau? Patut abang kena bersyukur tau adik jenis tak keluar sosial kesana sini, melepak bagai. Hidup adik macam ni pun salah ke? Habis abang nak adik bebas buat apa adik nak. Macam tu?!" aku pun pelik .Salah ke apa yang aku buat. Kenapa sekarang abang nak pertikaikan.

" Bukan macam tu maksud abang. Dengar sini.. Pandang abang. Bila adik cerita tempoh hari pasal Zahwan, abang dah rasa tak sedap hati tau tak. Abang tak tahu selama ni adik pendam semua ni, lama dik tujuh tahun. Bila adik duduk sorang-sorang, abang tahu adik akan ingat Zahwan, adik akan fikir dia, adik akan menangis, menahan rindu, menahan kecewa. Betul kan.. " aku terharu, apa abang cakap semua betul. Aku tak dapat tipu. Terima kasih abang fahami adik.

" Sebab tu abang bagi amanah dekat Faliq untuk tengok adik, jaga adik, happy kan adik. Abang tahu Faliq boleh buat adik happy. Abang tak nak adik terus macam ni. Iya memang betul, adik gelak, ketawa, senyum tapi hati adik tu. Abang tahu dik. Abang tak sanggup. Tak akan ada siapa boleh sakiti hati adik abang ni.. Adik, kalau adik sayang abang, tolonglah lupakan Zahwan untuk selamanya, bina hidup baru dengan lebih ceria.." aku tak dapat tahan rasa terharu, airmata menitis ke pipi.

" Adik minta maaf. Adik tahu abang sayang adik. Adik perlukan masa, adik akan usahakan. Adik harap abang faham.." aku mengesat airmata. Iya, aku pun taknak abang risau, taknak abang sedih. Aku sayang abang dunia akhirat.

" Iya.. abang faham. Perlahan-lahan tapi abang taknak adik termenung macam ni lagi ya. Janji?!"

" Ok boss!!" Aku kembali senyum.

" Macam ni lah adik abang. Jom..!! Tolong abang basuh kereta.." ajak abang.

" Basuh kereta adik sekali ye.."

" Okey set!!"

Aktiviti petang ni. Basuh kereta. Lama tak main air. Jarang sangat aku nak basuh kereta sendiri, biasa hantar ke car wash je. Itu pun jarang. Sebab malas nak menunggu. Kalau ada abang, abanglah yang rajin hantarkan. Dan, kalau abang tak tahu nak buat apa kat rumah. Memang nilah dia suka buat, basuh kereta. Abang ni tak boleh tengok kereta kotor, lagi- lagi dalam kereta. Bagi dia, kereta tu ibarat rumah kedua dia. Kena bersih, kemas, wangi luar dan dalam. Beli kereta mahal-mahal tapi tak jaga. Kan merugikan tu. Abang aku ni bab kebersihan memang dia utamakan. Kebersihan itu kan ibadah.

Aku mengambil hos panjang dan memancutkan air ke arah kereta. Setiap inci kereta aku pancut. Air pun kuat. Seronoklah aku. Sesekali ku siram abang dengan air. Habis basah baju abang. Aku gelak sakan. Abang membebel . Hahaha.. Kemudian, aku ambil baldi berisi sabun, ku cuci tayar kereta pula. Datang abang terus siram aku. Abang balas balik apa yang aku buat kat dia tadi. Menjerit aku. Arhh!! Peduli, basah pun basahlah. Yang penting happy.

Sedang layan sabun. Masuk sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam. Aku kenal kereta ni, aku senyum. Abang berdiri memerhati. Keluar seseorang bertubuh tegap dengan memakai Rayban nya. Si Faliq tersenyum.

" Laaa engkau rupanya. Aku ingat siapalah tadi.." Faliq gelak. Aku buat selamba je. Memandang sekilas je padanya. Boleh tahan hensem juga dia hari ni, bisik aku sendiri. Gelak sendiri. 


" Kau dari mana?! " tanya abang lagi.

" Ni ha.. Mama suruh hantar kuih serimuka sikit untuk korang. Tak elok katanya hantar bekas kosong.." Faliq memberikan bungkusan tupperware kepada abang.

" Ha?! Serimuka?? Sedapnya..!!" Aku terus meluru ke arah mereka. Kuih Serimuka kuih kegemaran aku.

" Abang.. bukakan tupperware tu. Nak sikit.." pintaku.

" Aik..!! Siapkan basuh dulu.."

" Naklah abang. Nanti sambung. Tangan adik basah ni.. abangg!! "aku merengek macam budak kecil.

" Ish!! Macam budak-budak.." Faliq perli. Dia mengambil tupperware berwarna hijau itu dan membuka penutupnya. Bau serimuka tu buat aku terpaku sekejab. Wangi pandannya. Fuhh!!

" Sedapnyaa!! Alaa macamana nak makan. Awak tolong ambilkan sudu boleh?" aku membodek dengan senyuman. Tak sabar nak makan dah ni. Aku nak masuk ambil sudu, baju habis basah kuyup, abang taknak ambilkan.
Faliq dengan menggunakan jarinya mengambil sepotong kuih lalu mahu menyuapkan ke mulutku. Aku menutup mulut rapat. Menggeleng.

" Nak ke taknak?! Tangan saya bersihlah, tak ada racun.. Ha ni, saya makan dulu. Kalau ada racun saya mati dulu.." katanya. Sepotong kuih serimuka dimasukan ke dalam mulutnya. Tertelan liur aku. Aku senyum.

" Mati tak?! " katanya tepat memandang mata aku. Aku senyum. Lalu dia mengambil sepotong lagi kuih dan menyuapkan ke dalam mulutku. Sedap sangat!!

" Hmm.. sedap. Nak lagi.." pintaku lagi. Lagi sekali dia menyuapkan aku. Abang senyum je tengok kami.

" Habislah tu abang tak dapat merasa kang. Dah siapkan basuh sikit lagi tu, kereta abang dah siap.." abang menghampiri kami.

" Eeee abang tak aci. Dia siapkan kereta dia je.."merungut aku.

" Hahaha.. Kereta adik dah kan. Tayar tu sikit je lagi. Pergi siapkan.." aku terus ambil hos paip ku pancut air ke arah tayar. Abang masuk ke dalam rumah, ambil tuala mandi dan buat air panas katanya.

Ku lihat Faliq sedang duduk bermain handphone. Ku jalan perlahan ke arahnya, sikit pun dia tak perasan. Tanpa berlengah. Ku terus pancut air ke arahnya. Hahaahaa... terkejut beruk dia. Beruk pun tak terkejut macam tu. Hahaha..

" Heyy!! Habislah basah.." dia terus berdiri. Aku gelak semahu-mahunya. Rayban di kepalanya diletak diatas meja. Senyum melihat gelagat aku.

" Hahaha.. fokus sangat dengan handphone, saya dekat pun tak perasan kan. Padan muka.. Hahaha.." aku lari ke belakang.

" Main kasar pula ekk. Tak apa.." dia senyum je, aku ingat dia nak marah. Basah bahunya. Hehehe..

Selesai basuh kereta. Aku membersihkan baldi kecil,span dan kain lap kereta. Abang dan Faliq memerhatikan aku. Entah apalah yang mereka borakkan. Aku sambil bernyanyi-nyanyi. Terasa sejuk dah ni. Sedang asyik layan suara sendiri. Tiba-tiba Faliq pula menyiram aku dengan air , habis basah semula baju aku.

" Faliiiqqq..!! " aku menjerit kuat. Marah.

" Hahaha. Tulah fokus sangat menyanyi sampai saya kat sini pun tak perasan.. Padan muka..!!" Ceh!! Dia ulang balik apa aku cakap tadi. Bertuah punya Faliq. Hampeh!! Aku menjeling padanya. Dia gelak tak sudah. Siap aku kemas semua. Aku menghampiri mereka yang sedang duduk minum.

" Dah sini.. Minum air ni.." aku duduk sebelah abang. Pekena air teh o suam. Lega. Bahang sikit rasa badan. Dah mula menggigil dah ni. Kuih serimuka kuambil dengan menggunakan garfu. Ku telan dua potong kuih. Memang layan. Sedap!!. Faliq tersengeh-sengeh pandang aku.

"Ambil tuala ni, menggigil ha.. Haha.. " Aku mengambil tuala dari abang. Abang gelak pula.

" Air tu sejuk pula. Adik masuk ek.. " aku bangun dan sempat ku meneguk air teh o suam dulu sebelum melangkah.

" Jahat..!!" Ku kata pada Faliq dan terus melangkah masuk ke dalam. Faliq gelak. Aku senyum sendiri.

Disebalik senyumanku tersimpan kedukaan, disebalik tawa riangku terpendam penderitaan.
Disebalik kegilaanku terselit kesengsaraan. Disebalik nama Zahwan , tersimpan kenangan.
Disebalik nama Faliq terukir kebahagiaan.
Namun, tidak bermakna mudah untuk kulupakan dan tidak mudah untuk aku menerima. Kerana hatiku dan perasaanku bukan untuk dipermainkan oleh insan bernama lelaki. Tidak semudah itu..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku