Kerana Janji
Bab 50
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
115

Bacaan






Aku rasa macam nak pergi jauh dari semua. Dari semua yang aku kenal, dari semua kesakitan. Aku rasa down sangat. Aku tak kuat, aku lemah. Mana aku nak cari kekuatan itu. Macamana aku nak kembalikan semangatku. Kenapa aku mudah sangat tewas dengan perasaan sendiri. Kecewa demi kecewa aku hadapi. Aku perlukan seseorang untuk beri semangat padaku. Aku perlukan seseorang yang boleh buat aku lupa segala kekecewaan hati.

 Tapi siapa? Faliq? Mana Faliq? Mana Faliq tika aku perlukan dia? Abang.. abang dekat mana? Aku perlukan abang. Aku perlukan teman. Mana mereka pergi disaat aku perlukan mereka. Aku call abang sejak kelmarin lagi tapi tak dapat. Aku nak cerita dekat abang pasal Zahwan, aku nak cerita pasal ugutan tu. Ugutan demi ugutan aku terima.

Faliq.. aku call Faliq, pun tak dapat. Aku whatsapp dia tak balas pun. Kalau tak, dialah yang rajin whatsapp aku. Tapi kenapa sekarang tak. Aku nak Faliq temankan aku, ceriakan hidup aku, aku tahu Faliq je boleh buat aku happy. Tapi mana Faliq. Mana abang. Mana mereka..

Aku langsung tak boleh buat kerja, fikiran aku kusut, fikiran aku bercelaru, aku tak tahu apa yang aku fikir. Aku stressss!!! Dah dua tiga hari macam ni, bila nak okey ni. Bila nak terubat hati aku ni. Macamana aku nak rawat hatiku sendiri. Ya Allah.. bantulah hati ini!

Aku duduk termenung. Mujur tak ada kerja yang penting. Kalau tak memang semua tak kena. Aku pandang kosong semua. Macam tiada apa-apa pun. Aku rasa terasing sangat. Aku rasa hidup kosong. Yang aku rasa, perasaan kecewa teramat. Iya memang aku kecewa kerana Zahwan. Itu dah nyata. Dalam masa yang sama,  yang buat aku bertambah stress adalah ugutan tu. Aku happy dengan Faliq, dia buat hidup aku ceria tapi aku dipaksa untuk menjauhi dia. Aku dipaksa untuk tidak meneruskan hubungan kami walaupun sekadar kawan. Kenapa kejam sangat. Beberapa hari Faliq tidak hubungi aku, disebabkan ugutan ini juga ke?!. Okey kalau betul pun, aku terima semua. Mungkin hubungan teman mesra kami tak panjang. Aku redha. Tapi abang.. kenapa tak dapat call abang. Kenapa? Sejak abang balik tempoh hari hanya sekali je abang hubungi aku, selepas itu hingga kini langsung tak. Atau abang dah pergi Sudan? Tapi abang cakap, sebelum pergi abang nak balik sini jumpa aku dulu. Ish!! Tak fahamlah.

Aku mengeluh kecil. Melepaskan lelah didada tapi tak mampu hilangkan segala kesakitan. Arhhh!!! Jerit ku didalam hati. Kalau boleh nak je aku naik KL Tower, nak menjerit sekuat-kuatnya biar satu Malaysia dengar, biar bergegar Malaysia. Biar puashati ku. Tapi apakan daya. Aku hanya mampu menjerit dalam hati je. Huwaaaa!!!

" Aliaa.. " muncul Naim di depan pintu bilikku. Aku senyum tawar. Dia duduk dengan mata tak berkelip pandang aku.

"Kau ni kenapa? Ada problem ke.."
Aku menggelengkan kepala. Cuba untuk senyum.

" Kau gaduh dengan Faliq? " Aku geleng lagi.

" Beb.. cakaplah. Aku tengok kau dua tiga hari ni kusut sangat, sorang-sorang, makan tak minum tak. Buat itu tak kena, ini tak kena. Apa kes ni.. Ceritalah.." Naim masih lagi mendesak supaya aku cerita. Aku pandang muka dia. Aku mengeluarkan handphone, kubuka whatsapp dari Zahwan malam itu. Ku beri pada Naim. Naim ambil dan baca. Berkerut-kerut dahinya baca. Setelah baca, dia beri semula handphone padaku. Dia pandang aku.

" Betul tak apa aku cakap. Sebab tu aku bising dekat kau. Aku taknak kau kecewa lagi kerana Zahwan. Hmm.. Sabarlah, kuatkan semangat kau. Aku tahu kau kuat.. Aku taknak tengok kau macam ni Aliaa. Aku nak Aliaa yang sebelum ni. Yang happy, yang ceria, yang degil, yang garang.." Naim pujuk aku. Aku menekup muka dengan tangan.

" Ini risiko yang aku kena tanggung . Tapi bukan sebab Zahwan ni je, ada sebab lain juga.. Yang buat aku takut.." jelasku walaupun masih samar.

" Sebab lain? Sebab apa?" tanya Naim.

" Maaf.. Aku tak boleh cakap.."

" Kenapa Aliaa.. Macam serius je ni. Risau aku beb.."

" Aku tak boleh bagitahu, Maaf.." aku ulang lagi.

"Tak apalah. Kalau kau dah bersedia nak cakap, call je aku okey.. " kata Naim lembut.
Aku senyum dan mengangguk. Naim keluar untuk menyiapkan kerjanya..

Aku kembali termenung, termenung dan termenung. Main-main pen. Conteng-conteng kertas. Apa aku nak buat ni. Hmm.. Apa kata aku bercuti, dah lama kut tak bercuti. Release tension. Aku nak cari diri aku yang dah hilang entah kemana. Betul juga kan. Yess!! Aku kembali senyum. Kebetulan hari ni Dato' Hamid ada masuk office. Tanpa berlengah dan tanpa fikir panjang, aku terus menuju ke bilik Dato' .
Pintu ku ketuk. Apabila terdengar suara Dato' menyuruh masuk, aku terus pulas tombol pintu. Aku senyum dan terus menuju ke meja. Dato' tengah busy.

" Iya Aliaa.. Duduklah.." Aku dengan tersengeh-sengeh pun teruslah duduk.

" Ni mesti ada hal kan. Kalau tak ada hal, tak adanya jumpa saya direct ni kan.." Hahaha.. tahu pula Dato' ni.

"Hehe.. Dato' ni macam tahu je kan.."

" Bukan sebulan dua saya kenal awak, Aliaa..  Jadi, apa hajat awak jumpa saya ni?!" Dato' senyum.

" Tak lah besar mana hajat saya ni Dato'  cuma nak minta cuti je.." kataku menyusun ayat.

" Cuti?!  "

" Iya.. Tapi nak mohon cuti lama sikit, dalam dua tiga minggu.."

" Lamanya.. Nak kahwin?!" Hahaha.. aku gelak.

" Taklah.. Nak pergi bercuti, dah lama saya tak bercuti. Sesekali nak juga release tension.. "

" Macam kecewa je tu.." Aik!! Dato' ni perli aku pula.

" Mana ada kecewa, nak kecewa dengan siapalah.."

" Manalah tahu kan.. So, bila nak start cuti?! "

" Esok..!!"

" Cepatnya.. Hmm, okeylah. Saya luluskan.."

" Terima kasih Dato'. Tapi nak minta tolong sikit boleh?!"

" Nak minta tolong apa?!"

" Kalau boleh jangan beritahu siapa-siapa ya saya cuti ni, boleh kan!!" Pintaku lagi. Dato' senyum.

" Aik!! Macam tu pula. Hmm.. macam-macam lah awak ni. Iyalah, Aliaa."

" Terima kasih banyak-banyak.."

" Apapun nak bercuti tu, jaga diri baik-baik.."

" Baik Boss..!!" Aku sengeh. Dato' ni memang sporting tau. Dia dah faham sangat perangai aku ni. Mana taknya sejak aku habis belajar sampai sekarang aku setia kerja di syarikat dia ni. Macam-macam hal juga aku buat. Hehe.. Betapa setianya aku dengan kerja ni. Dia pun sudah anggap aku seperti anaknya sendiri. Mungkin sebab aku rapat jugalah dengan anak kesayangannya Cik Erisya. Cuma aku jelah segan. Pemalu lah konon.

Aku kembali masuk ke bilik dengan senyum lebar. Aku duduk dan mengambil handphone didalam laci. Aku cuba hubungi abang, masih tak dapat. Dan cuba hubungi Faliq pula pun sama, tak dapat juga. Okey tak apalah. Aku pun perlukan masa untuk bersendiri. Jadi, aku buat keputusan untuk matikan handphone. Aku taknak diganggu oleh sesiapa pun. Aku masukan handphone dalam handbag. Okey.. sekarang aku nak check tiket flight. Tiada sesiapa pun tahu ke mana aku nak pergi. Walaupun Naim. Biarlah aku bawa diri yang kecewa ini. Biarlah aku bersendiri dari semua. Biarlah.. Aku taknak fikir apa-apa pun. Taknak fikir abang, taknak fikir Faliq, taknak fikir Zahwan dan taknak fikir pasal ugutan tu. Aku nak cari ketenangan. Aku nak cari diri aku sendiri.

Aku senyum.. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku