Kerana Janji
Bab 52
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
118

Bacaan






Hatinya berdebar- debar saja. Apa yang dia buat semua tak kena. Sudah seperti orang kematian isteri. Sepanjang kursus selama lima hari ini langsung tidak mendatangkan apa-apa padanya, yang dia dapat hanya bayangan Aliaa saja di depan mata. Ish!! Macamana dia boleh lupa untuk beritahu Aliaa dia pergi kursus di Singapore selama lima hari. Kursus ganti rakan sekerjanya yang cuti emergency. Handphone pula entah mana tercicir. Puas dia cari tapi tak jumpa. Di dalam beg pakaiannya tiada, beg kerja juga tiada. Seingatnya, semasa di rumah last dia pegang handphone apabila dapat panggilan dari Boss supaya ganti tempat rakan sekerjanya yang tidak dapat pergi kursus kerana kematian bapanya. Selepas itu dia sendiri lupa letak handphone dimana.

Sudah dia menghubungi Puan Asmah dan meminta Puan Asmah untuk carikan handphone di dalam biliknya tapi pun tiada. Boleh gila jadi nya bila handphone hilang. Mana tidaknya, semua nombor telefon disimpan dalam handphone termasuk nombor Aliaa. Sudahlah dia tak ingat nombor Aliaa. Faliq.. Faliq.. Boleh pula dia lalai. Petang ini flight ke KL tapi dia rasa amat lambat sekali. Kalau dia naik kereta, dah sampai KL pun tapi terpaksa naik flight. Faliq paling tak suka dapat arahan last minit, tapi apa boleh buat, sudah tugas. Redha sajalah.

Sampai saja di  Kuala Lumpur International Airport(KLIA1), Faliq jalan laju menuju ke arah deretan teksi. Beg pakaiannya diangkat dan terus masuk ke dalam teksi. Pemandu teksi memandu laju meninggalkan bangunan KLIA1 itu.  Dia mahu sampai ke rumah secepat mungkin. Dan mahu terus berjumpa Aliaa. Jam ditangan ditengoknya, sudah jam 04.40petang. Sekejab lagi Aliaa pulang ke rumah, bolehlah dia terus pergi ke rumah Aliaa nanti. Mujur jalan tidak sesak. Dia senyum. Betapa rindunya Faliq pada Aliaa. Teramat rindu. Rindu senyuman Aliaa, rindu jelingan Aliaa, rindu mahu menyakat Aliaa. Rindu serindu-rindunya. Sampai di hadapan rumahnya. Faliq terus membayar tambang. Baki tambang dia tidak ambil, pemberian ikhlas pada si pemandu. Tertubi-tubi ucapan terima kasih pemandu teksi padanya. Faliq mengangguk dan hanya tersenyum. Setelah teksi bergerak meninggalkannya, dengan pantas dia terus meluru masuk ke dalam rumah.

" Assalammualaikum mama.. oh mama.." Faliq memberi salam dan memanggil-manggil Puan Asmah.

" Waalaikumsalam.. Dah sampai?!" Muncul Puan Asmah dari dapur. Faliq mengangguk perlahan. Faliq terus menyalami dan mencium tangan Puan Asmah.

" Alang naik dulu ya.." Terus Faliq naik ke atas biliknya. Pintu bilik dibuka. Lampu dipasang. Beg pakaiannya di letakkan di atas kerusi. Dia mencari-cari handphone di setiap tempat, atas katil, bawah bantal, atas meja tulis, tepi-tepi lampu tidur. Tapi tiada, lalu dicari pula didalam laci meja tulis, diselongkar setiap laci pun tiada. Dia berdiri dan menggaru kepala. Memandang sekeliling bilik. Dia duduk di birai katil, menundukkan badan, menekup muka dengan tangan. Manalah pergi handphone ni, katanya sendiri. Dia bangkit dari katil mahu ke bilik air, mahu membersihkan diri dan mahu menunaikan solat asar dahulu. Kemudian, mahu pergi ke rumah Aliaa.

Selesai solat, dia melipat kain sejadah dan memasukkan ke dalam almari. Songkok disangkutkan di tepi dinding batu. Lalu, mengambil kunci kereta yang terletak diatas meja tulisnya. Dia terpandang lukisan potret Aliaa yang manis tersenyum di atas meja tulisnya. Diangkat lukisan potret itu, direnungnya sebentar.

"Eh! Handphone..! Ya Allah..!! Boleh pula kau terselit dekat sini.." Faliq mengambil handphone nya di belakang lukisan potret itu. Cantik terletak. Dia sangat bersyukur. Senyum ke telinga. Handphone mati patutlah call tak dapat. Lantas Faliq terus on semula handphone nya. Bertubi-tubi message missed call masuk dan banyak whatsapp masuk. Dia buka dan baca satu persatu. Missed call dari Aliaa dan whatsapp dari Aliaa yang dia baca dulu.

" Awak dekat mana? Saya perlukan awak sekarang ni, saya nak awak temankan saya. Please Faliq.. "

Ya Allah..!! Kenapa dengan Aliaa ni. Hatinya semakin berdebar-debar. Lantas, Faliq terus keluar dari bilik dan menuruni anak tangga.

" Maa.. Alang keluar kejab, ada hal penting.. " Faliq menjerit memberitahu Puan Asmah dan berlari anak menuju ke keretanya. Dia kena cepat, kena jumpa Aliaa secepat mungkin. Hatinya tak sedap. Risau akan keadaan Aliaa. Kereta dipandunya laju. Sudah tak fikir apa lagi dah, yang dia fikir hanya Aliaa.. Aliaa.. dan Aliaa.

Dia cuba menghubungi Aliaa, voice mail. Pula dah, tak pernah Aliaa off handphone. Apa yang dah terjadi padanya. Ya Allah.. Lindungilah Aliaa..!! Doanya tak henti. Setibanya di hadapan rumah Aliaa, ada kereta Aliaa. Dia rasa lega sikit. Fikirnya mungkin Aliaa charge handphone kut. Berkali-kali Faliq memberi salam. Tapi tiada sahutan. Dia berkerut. Kereta ada tapi tak akan orangnya tak ada, katanya lagi. Dia mengambil kunci rumah Aliaa yang diberi oleh Adil tempoh hari. Takut ada apa-apa terjadi pada Aliaa. Dia membuka mangga kunci pagar, kemudian belari anak ke pintu utama rumah pula, dia membuka pintu perlahan. Masih memberi salam dan tetap tiada sahutan. Terus masuk ke dalam rumah, pergi ke dapur, pergi ke bilik Aliaa tapi tiada orang. Dia dalam kebingungan. Dia duduk di sofa sebentar. Mati akal.

" Aduhaii.. Mana Aliaa ni" Bertambah- tambah risau. Lalu, dia keluar semula. Mengunci pintu dan mengunci pagar. Masuk ke dalam kereta. Menghidupkan enjin kereta. Dia terus menghubungi Naim. Mesti Naim tahu kut mengenai Aliaa.

" Assalammualaikum broo.. Busy ke?!"

" Waalaikumsalam.. Taklah. Tengok tv ni.." jawab Naim didalam talian.

" Aku nak tanya ni, Kau tahu tak Aliaa kat mana? Aku dekat depan rumah dia ni, kereta ada tapi orangnya tak ada. Aku call dia tak dapatlah.."

" Aku tak pastilah bro. Dia tak kerja hari ni. Tak silap aku dia ambil cuti.." jelas Naim.

" Cuti?! Bila dia start cuti? "

" Baru hari ni. Dia pun tak info aku.."

" Kau tahu tak berapa lama dia ambil cuti? " tanya Faliq lagi.

" Yang aku tahu, dalam dua tiga minggu jugalah."kata Naim lagi.

" Ha?? Dua tiga minggu?? Kenapa ek tiba- tiba dia cuti. Risau pula aku.." Faliq mengeluh risau.

" Dia ada problem kut sebab dua tiga hari ni aku tengok dia lain sangat, makan tak minum tak, buat kerja pun tak kena. Aku tanya dia tapi hmm. Faham-faham jelah Aliaa, mana nak  jawab. Tiba-tiba dapat tahu dia mohon cuti direct kat Dato'. Dato' pun tak bagitahu kenapa.. " Naim menerangkan dengan panjang lebar.

" Hmm.. Tak apalah Naim, aku try tanya abang dia pula. Kalau ada news pasal dia tolong info aku ya.. Thanks Naim.."

" Okey bro.. Sabarla ye.." Faliq senyum tawar. Talian dimatikan.

Faliq terus menghubungi Adil pula. Aduhaii.. tak dapat pula. Dia cuba menghubungi nombor Adil yang satu lagi.

" Yup broo.. " suara Adil di talian. Fuh!! Lega. Dapat juga call.

" Sorrylah kacau, kau busy ke?!" tanya Faliq lembut.

" Aku baru sampai rumah ni. Kenapa? "

" Kau ada call Aliaa tak?!"

" Tak lagi. Hari tu jelah.. Busy lah bro, tak sempat. Ni pun kebetulan aku check handphone dan kau call.." kata Adil.

" Macam ni bro.. aku baru balik kursus ni. Aku terus ke rumah ni, nak jumpa Aliaa tapi kereta ada orang tak ada. Aku dah tak sedap hati dah ni.." Faliq serba salah nak cerita.

" Orang tak ada? Kau dah check kat dalam?"

" Dah.. tak ada.  Aku tanya Naim, dia cakap Aliaa apply cuti.. dua tiga minggu beb. Tapi tak tahu kenapa dan kemana.."

" Lamanya.. "

" Tulah pasal. Naim cakap Aliaa ada problem. Tapi Naim tak tahu apa problem dia.. Risau aku beb.."

" Pula dah. Dia buat hal lagilah ni. Dulu pun macam ni juga.." kata Adil.

" Nombor kau satu tu apasal tak dapat call? Kut-kut dia ada call kau ke.."

"Handphone aku tu rosak bro, hantar kedai. Tak apa, nanti aku try call Mak Long.. apa-apa aku info kau. "

" Okey bro.. Kau rajin-rajinlah call dia, aku rasa dia tak kan buat hal kalau tak ada sebab. Mungkin dia rindu kau kut." Kata Faliq.

" Hmm.. tak apalah, nanti aku call dia.."

" Okey bye..!!" Talian dimatikan. Faliq termenung sebentar.

" Mungkin dia call aku, whatsapp aku sebab nak luah masalah dia kut. Apa masalah dia sebenarnya. Maafkan aku, Aliaa..!! Ya Allah,  lindungilah Aliaa.." kata Faliq perlahan. Dia rasa sangat bersalah. Risaunya dia. Apa dia harus lakukan. Macamana keadaan Aliaa. Mana Aliaa pergi?  Tunggu dan tunggu panggilan dari Aliaa. Itu saja yang mampu dia lakukan. Berdoa... 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku