Kerana Janji
Bab 56
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
122

Bacaan






Cepat-cepat dia selesaikan kerja. Kelam -kabut kerja jadinya. Malam tadi Adil call, nak jumpa dia selepas waktu kerja tetapi baru saja call, Adil sudah tunggu dia di cafe, katanya ada hal penting. Setengah jam sudah lewat, selesai je terus dia turun ke cafe. Mata melilau mencari Adil. Ternampak Adil berbaju tshirt putih sedang  leka dengan handphone. Senyum  dan terus menghampirinya.

" Broo.. Sorry lah lambat, ada kerja sikit.." mereka bersalaman. Adil mengangguk tanda faham.

" Macamana kau boleh ke sini pula? " tanya Faliq.

" Aku jumpa kawan tadi area sini, alang-alang dah dekat, singgahlah sekali.." terang Adil.

" Hal apa yang penting.?! "Tak sabar Faliq mahu tahu.

" Bro.. Aliaa dekat Sabah.." kata Adil.

" Ha?? Sabah?? Buat apa?? Dengan siapa??  Mana kau dapat info ni.." terkejut Faliq . Bertubi-tubi soalan.

"Dia sorang . Mak Long call tengahari tadi, dia yang info. Aliaa ada dekat rumah sepupu aku, Kundasang, semalam petang sepupu aku ambil dia kat KK, ." sambung Adil lagi.

" Fuhh!! Lega..!! So, dia okey lah kan..?!" Faliq menarik nafas lega. Bersyukur dia. Dapat tahu lokasi Aliaa pun dah cukup baik dah.

" Dia okey.. Relax, tak payah risau.. Aku dah call sepupu aku tu, tanya pasal Aliaa. Aliaa cuma nak menyendiri je, sebab apa tu aku tak pasti. Adalah tu yang dia simpan dalam hati.." Faliq berkerut.

"Ni yang buat aku risau ni, risau pula kut-kut sebab aku ke.." keluh Faliq.

"Hahaha.. Relax lah bro, kita tak tahu apa dia hadapi, biasalah perempuan kan. Emosi tak menentu..."Adil gelak.

" Kalau macam tu, esok kita ke Sabah lah.." cadang Faliq.

" Esok? Sabah? Okey juga tu.." Adil mengangguk setuju.

" Nanti aku try call Wan, boleh minta tolong dia. Boleh jumpa sekali kan.."

" Eh! Bukan kau cakap Wan duk Sarawak ke?!"

" Memanglah, dia kerja Sarawak, Sabah tu rumah family dialah. Kau lupa ke.." terang Faliq.

" Mana nak ingat bro, lama kut.." Faliq mengangguk.

Adil terfikir sesuatu. Macam ada yang tak kena je. Rasa tak sedap hati. Diabaikan perasaan itu. Menghirup air teh o didepan mata. Faliq pula tersenyum gembira. Tak sabar nak jumpa teman mesra. Lega hatinya. Apapun terjadi esok dia mesti jumpa Aliaa. Betapa rindunya dengan Si Singa garang tu. Hampir dua minggu tapi dia rasa macam 20tahun lamanya. Sunyi sepi tanpa gurauan tanpa senyuman Aliaa. Bosan hidupnya tak menyakat si kecil molek tu.  Senyum sendiri. Adil senyum melihat sahabatnya itu. Macam-macam.

Faliq mengeluarkan handphone. Dan terus menghubungi Wan. Harap-harap adalah Wan di Sabah. Nak minta tolong hantar ke Kundasang.  Senang urusannya esok. Tak payah nak sewa-sewa kereta bagai. Leceh. Terlanjur ada kawan, tak salah minta tolong. Lagipun bukan siapa-siapa sahabatnya juga. Peluang. Yang penting dapat jumpa Aliaa dengan cepat. Hahahaa.. Dalam fikiran, memang Aliaa jelah. Tak ada perkara lain pun. Kadang buat kerja pun boleh terbayang wajah Aliaa. Sampai lukisan potret Aliaa di bawa ke office dan kemana sahaja. Siap diletak kemas dalam beg kerja. Aduhai Faliq..

"Assalammualaikum bro.. busy ke?!" Faliq memberi salam.

"Waalaikumsalam.. Taklah, dekat rumah. Aku tengah cuti ni, dua minggu.."  kata Wan.

" Oh..!! Cuti kat mana??!"

" Cuti panjang aku balik Sabah lah.. Mana lagi aku nak pergi bro, lainlah kalau dah kahwin.." terang Wan.

" Hahahaa.. Iyakan.. Jadi sekarang ni kau ada dekat Sabah lah?!"

"Iya.. Kenapa? Nak datang sini ke?!"

" Ha iya.. Kebetulan memang esok pagi nak ke Sabah dan memang nak minta tolong kau. Boleh ke..?!"

" Mestilah boleh.. Lagipun dah lama sangat tak jumpa kau ni,." kata Wan.

" Okey bro.. Terima kasih banyak-banyak.."

" Tak ada hal beb, Untuk sahabat aku, boleh je.. Kau dengan siapa, wife ke?!"

" Hahaha.. Mana datang wife.. Aku dengan Adil lah, siapa lagi.. "

" Ooo  bagus sangatlah tu. Tak sabar nak jumpa korang ni.. "

" Apa-apa nanti aku info kau ek.. okey! Byeee!!"

Adil hanya mendengar. Senyum. Seronok betul Faliq ni. Mana tak seronok, hampir dua minggu memendam rindu. Dapat berita ni tersangatlah gembiranya. Dari riak wajahnya pun dah tahu. Berseri wajah. Kerana Aliaa.

Adil menggeleng kepala. Sayang benar Faliq pada adik kesayangannya tu. Bertuahlah Aliaa kalau dapat suami macam ni. Tapi tulah, hati Aliaa tiada siapa tahu. Dia sendiri pun tak boleh nak cakap apa, terpulanglah pada pilihan Aliaa. Dia hanya mampu bagi nasihat je. Ni pun Aliaa merajuk tiba-tiba mesti ada kaitan dengan Zahwan. Entah kenapa hati kecilnya kuat menyatakan itu. Aduhai adik oh adik..!!

" Broo.. kau punyalah excited, confident nak fly esok pagi. Tiket tak check lagi. Kecewa kau kang.."perli Adil. Faliq mengetuk kepalanya. Gelak kecil.

" Iyalah kan.. Jab aku check.." Tanpa berlengah, terus saja dia check tiket melalui online. Senang, mudah dan cepat. Airasia jadi pilihan. Murah lah juga kalau nak dibandingkan MAS. Bincang punya bincang, mereka setuju dengan waktu penerbangan esok. Jam 10.20pagi berlepas dan mendarat 12.55 tengahari. Terus saja Faliq booking dan check in tiket tersebut. Tinggal print saja nanti.

"Okey.. Tiket dah, Wan pun dah. Tinggal terbang je esok. Kalau boleh sekarang ni juga aku nak terbang beb..Hehe.."

" Hahaha.. Kau ni parah betul lah.. "

" Parah pun sebab adik kau juga broo.. Boleh gila aku macam ni.." Faliq gelak.

" Aduhaiii bro.. Jangan sampai gila, rasa bersalah seumur hidup aku kang.., " dua-dua gelak. Borak punya borak, waktu kerja pun tamat. Sampai Faliq tak perasan. Mereka berpisah arah. Adil terus menuju ke kereta dan Faliq naik ke office untuk ambil barang-barangnya. Hati punya happy, tak sabar tunggu esok. Semoga semuanya dipermudahkan, doanya didalam hati.

Sampai di office, dia kemas segala yang berselerak di atas meja. Mujur semua kerja dah siap. Seorang demi seorang staff sudah balik. Tinggal dia dan dua orang staff lagi. Masing-masing sedang kemas. Setiap helaian kertas yang tidak penting dimasukkan ke dalam bakul sampah. Siap kemas semua dan pastikan semua kerja yang dah siap disusun satu tempat. Senang mereka nak ambil esok. Potret Aliaa di masukkan ke dalam beg kerjanya. Senyum.

Setelah selesai dan pastikan semuanya kemas, dia mula melangkah meninggalkan office. Esok nak terbang ke Sabah. Berapa lama tak pasti, bergantung pada Aliaa. Kalau rajuknya dah okey, bolehlah balik awal tapi kalau tak okey, terpaksalah mereka pujuk sampai okey. Alahai Faliq.. Kerana Aliaa sanggup lakukan apa saja.

Sampai di kereta, seperti biasa enjin kereta dihidupkan. Baru nak masuk gear, handphone berbunyi. Dia terus mengeluarkan handphone dalam poket seluarnya. Nombor tidak dikenali.

"Hellooo Faliq.!!" Kedengaran suara wanita di hujung talian.

" Iya saya.." jawab Faliq.

" You dekat mana sekarang?" Tanya wanita itu.

" Saya on the way balik kerja. Awak siapa?"

" Oh ya..!!  I lah, tak kan tak kenal kut. Elly.."

" Ha? Elly?" Faliq terkejut. Nak apa pula dia call ni, bisik hati Faliq.

" Iyalah..Siapa lagi. I minta nombor you dari Ash. Mujur dia bagi.."

" Hmm.. So, ada apa awak call saya ni?" Malas Faliq mahu layan.

" Sebab rindu you lah i call.. Keluar makan jom, laparlah. Jomlah .. i lapar ni, tak ada orang temankan. You teman kan i boleh?"

" Sorry. Saya penat nak rehat. Okey lah, bye!" Terus saja talian dimatikan.

" Angah ni pun, suka-suka bagi nombor aku dekat orang. Dah tahu aku tak suka, sengaja cari pasal." Mengeluh kecil.

Faliq terus memandu. Jam sudah melewati 6.00 petang. Jalan pula agak sesak, nak cepat sampai ke rumah kononnya. Tak sabar nak beritahu berita tentang Aliaa pada mamanya. Seronok tak terkata. Setiap hari Puan Asmah bertanya mengenai Aliaa. Dia pun turut risau, mana tak risau. Selagi tak dapat berita tentang Aliaa selagi tulah anak bujangnya murung saja. Ibu mana yang tenang bila lihat keadaan anak begitu. Kalau boleh mahu saja Puan Asmah terus masuk meminang Aliaa untuk Faliq. Tapi apakan daya, belum jodoh mereka.

Sampai saja dirumah, Faliq terus mencari Puan Asmah didapur. Tersenyum dia melihat Puan Asmah sedang mengacau kuah asam pedas di dalam periuk untuk hidangan malam ni.

" Ma.. Alang dah tahu Aliaa dekat mana. Dia dekat Sabah rumah sepupunya." Faliq memulakan perbualan. Mengambil gelas dan menuang air suam. Lalu diteguknya.

" Alhamdulilah.. Dia okey juga kan.."

" Okey ma. Lega Alang dengar..."

" Patutlah ceria muka tu, kalau tak murung je. Naik risau mama ni ha.."

"Hehe.. Sorry ma.. Esok pagi Alang dan Adil nak ke Sabah tau.."

" Nak memujuk ye.. Berapa lama kat sana?"

" Itulah ma. Berapa lama Alang tak pasti, kalau rajuknya senang dipujuk maknanya balik cepatlah. Kalau rajuknya payah dipujuk, lama lah jawabnya.."

" Kalau tahu cara dan gaya nak memujuk, lembutlah hatinya tu nanti. Jangan api di lawan dengan api sudah.."

" Insha Allah ma..  Okeylah ma, Alang nak mandi dan solat dulu. Nak minta Allah lembutkan hati Aliaa supaya tak merajuk lagi. Merana Alang.. Hehe.." Faliq bergurau dan terus meninggalkan Puan Asmah didapur.

Seronoknya hati Faliq. Rasa happy sangat hatinya. Seperti mahu melonjak-lonjak keriangan .

"  Aliaa..! Kau memang buat hidup aku tak keruan. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Kalaulah sebulan kau hilang, mahu gila aku. Ni pun dah hampir gila. Macamanalah kalau kau hilang setahun. Ishh!! Tak dapat nak bayangkan. Jangan hilang lagi ya Si Singa.. " Faliq bercakap sendiri. Potret Aliaa ditenungnya. Itulah potret yang mengubati rasa rindu terpendam. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku