Kerana Janji
Bab 59
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
116

Bacaan






Aku ke dapur, menolong Kak Wati menyediakan minum petang untuk tetamu. Di kepala ligat memikirkan mengenai Zahwan. Macamana dia boleh ada disini? Kenapa dia boleh jadi sahabat abang? Macamana dia boleh muncul lagi sedangkan aku dah cuba nak larikan diri dari dia. Aduh..!! Pening-pening.. Kalau abang tahu Zahwan tu lah yang buat aku menunggu punya lama, mesti abang belasah dia. Mesti hubungan persahabatan mereka akan terjejas. Dan kalau Faliq tahu hubungan aku dan Zahwan, mesti akan gaduh dua sahabat tu. Mesti Zahwan akan cerita yang dia nak tebus salah dia dekat aku. Sudah semestinya Faliq kecewa dan hubungan aku dengan Faliq mesti dah tak teman mesra lagi. Huwaa...!!! Apa aku nak buat... Arhh!! Makin sesak nafas aku, makin serabut kepala aku. Matilah macam ni, kataku perlahan.

" Kenapa ni dik? Ada yang tak kena ke?!" Tegur Kak Wati, pelik tengok aku cakap sendiri.

" Tak adalah kak.." aku sengeh je. Malunya.!!

"Dah jom.. bawa kuih tu.." aku mengikut arahan. Entah bila lah Kak Wati ni buat kuih pau goreng. Masih panas lagi pula tu, nampak macam sedap tapi seleraku tiba-tiba hilang. Ruginyaaa.. Aku mengekori Kak Wati, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan. Cari kekuatan nak menghadap Faliq dan Zahwan. Okey Aliaa..!! Buat biasa, senyum, jangan stress. Jangan sampai Zahwan buka mulut dan jangan sampai Faliq tahu. Relax.. Cool.. Senyum..!!, kata hati kecilku. Aku ukir senyuman. Berlakon happy tapi dalam hati, huwaaa!!!

Aku meletakkan dua piring kuih pau goreng diatas meja. Dan duduk di sebelah abang. Aku memandang Faliq yang senyum je, aduhai Faliq. Rasa bersalah pula dengan kau. Lalu ku pandang Zahwan pula, pun senyum padaku. Hai lah Zahwan, kenapalah kau muncul lagi. Aku dah cakap, aku tak nak jumpa kau lagi. Dua lelaki ni, bikin aku pusing lah. Mereka rancak berbual, tapi aku tetap dengan perasaan yang huru-hara ni.

" Abang.. ikut adik kejab.. Kejab je.." aku berbisik dengan abang. Nak bincang sesuatu.

" Kenapa? Kejab lah nak makan ni, sedap!!"
Abang terus mengunyah.

"Eee.. kejab jelah abang, jom cepat.." aku paksa abang.

" Abang Man, kejab ek..!!" Aku sengeh. Aku tarik tangan abang. Abang merungut.

Aku dan abang keluar rumah, di coridor kemudian aku tutup pintu rapat. Abang berkerut pandang aku.

" Abang.. Kenapa abang bawa Zahwan tu datang sini?" Aku memulakan perbualan.

" Zahwan? " Abang terkejut. Tepat pandang mukaku.

" Iya.. Wan sahabat abang tu adalah Zahwan yang adik cerita tu. Yang adik tunggu selama ni tahu tak.." aku jelaskan pada Abang.

" Biar betul ni dik?! " Abang macam tak percaya. Abang menggaru kepala.

"Iyalah. Tak kan adik nak tipu kut. Adik ada terserempak dengan dia kat airport masa nak ke KK, tapi adik tak layan dia pun. Adik taknak dah ada apa-apa dengan dia. Tapi dia ikut mana je adik pergi, dia minta maaf, konon nak tebus balik salah dia. Nak adik terima dia semula, adik taknak, sebab tu adik datang Kundasang ni sebab nak lari dari dia. Dah pula abang bawa dia ke sini. Aduh.. apalah abang ni!! " aku salahkan abang.

" Aikk!! Salahkan abang pula. Manalah abang tahu. Yang adik tak info abang awal-awal kenapa?"

" Abang lah. Kan adik dah cerita, tak kan abang tak syak, tak kan tak tahu nama sahabat sendiri. Pelik.. " Dah pula kami salah menyalahi.

" Mana abang ingat nama betul dia, yang abang ingat nama dia Wan ustaz jelah. Nama waktu study.."

" Confirm ke dia Zahwan?!" Tanya abang lagi.

" Iyalah.. dialah orangnya yang buat hidup adik abang ni menderita.."

" Sampai hati Wan.. Geram pula aku.."  tiba-tiba perasaan marah tu muncul.

" Sekarang ni bukan masa nak marah-marah bagai. Sekarang ni macamana? Faliq? Zahwan?"

" Tadi masa makan, Wan ada cerita dekat kami. Dia cakap dia nak ambil hati adik balik. Dan dia tahu Faliq tu ada hati dekat adik. Kalau Faliq tahu, ish!! Masak ni dik.. Masak..." Aku mengangkat bahu.

" Apasal lah adik boleh terjebak dengan dua sahabat abang ni dik oii.. Abang pula jadi stress ni, kalau mereka bergaduh kerana adik. Macamana? Yang sorang nak kembali dan yang sorang mengharap. Pening abang dik.."

" Biarkan je lah.." jawabku.

" Banyaklah biarkan. Ini melibatkan hati perasaan orang tau.. " Abang meninggikan sedikit suaranya lalu perlahankan semula. Takut mereka terdengar.

" Habis nak buat macamana? Dah takdir.. Redha jelah.." Aku dah tak ada idea dah.

" Baru je kami jumpa, lama berpisah, mahu berpisah semula ni kang. Lagi dasyat ada.."keluh abang.

" Hahaahaa.. Jangan kecam adik ye.." aku gelak kuat.

"Gelak pula. Abang kasihan dekat Faliq dik. Dia terlalu sayang adik tau. Macamana kalau dia tahu, mesti dia kecewa.." suara abang perlahan je. Abang menyapu muka dengan tangan. Iya, aku tahu. Aku pun serba salah. Takut Faliq sedih, kecewa. Tapi...

" Hmm.. macam mana ni ek. Tak apalah, nanti abang cari jalan nak selesaikan. Nak tak nak kena hadapi juga ni." kata abang.

Aku mengangguk perlahan. Aku pun malas nak fikir, aku bagi abang selesaikan bulat-bulat. Yang penting aku kena buat seperti biasa. Jangan sampai mereka gaduh. Abang tak nak kerana aku hubungan persahabatan mereka terjejas. Tap bukan salah aku pun. Tak pasal-pasal aku yang kena. Ni semua salah Zahwan. Dia punca. Kalau dia tak datang sini kan bagus. Abang pun sama juga. Faliq? Entahlah.. Kan bagus kalau aku tak terlibat dalam kes ni. Aduhaaaaiiii.. Ini dah ditakdirkan. Semua ni dah ditentukan. Cari jalan untuk selesaikan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Yakin.

Abang masuk ke dalam. Mahu sambung makan kuih katanya. Aku masih lagi di coridor. Menghadap Gunung Kinabalu. Mengambil udara segar. Nyamannya. Tapi tak senyaman hatiku. Dua insan ada didepan mata. Aku terselit dan tersepit antara keduanya.

" Aliaa.." Terhenti lamunanku. Zahwan dimuka pintu. Aduhai.. mana nak lari ni.

" Saya tak tahu awak adik Adil. Kalau saya tahu saya tak...."

"Sudahlah .. saya malaslah nak fikir. Nak serabutkan kepala.." aku potong cakap dia. Aku alih pandangan ke tempat lain. Malas nak menghadap dia.

" Awak tak terima Faliq sebab masih sayang saya kan.. Masih tunggu saya kan..?!" Ha? Ish!! Gilalah dia ni. Suka-suka je.

" Hahahaha.. Helloo Mr. Zahwan.. Maafkan saya. Hati saya dah tertutup rapat serapat rapatnya untuk awak tau. Buatlah apa cara sekalipun. Tak akan !" kataku. Tegas dan senyum sinis.

" Bukan mudah awak boleh lupakan saya macam tu je kan. Awak setia dan sayang saya. Kan.." Zahwan senyum.

" Memang... Tapi untuk apa saya terus menanti orang yang buat hidup saya menderita selama ni. Dari saya sia-siakan hidup saya lagi lebih baik saya beri peluang pada orang yang boleh membahagiakan hidup saya. Dan saya yakin, cinta saya hanya untuk yang menyintai saya setulus hati.." jawabku. Sinis.

Aku terus masuk ke dalam. Meninggalkan Zahwan terpinga-pinga. Puashati aku. Aku harap dia faham. Dan tak kejar aku lagi. Penat lah lari dari dia. Dari aku lari dari dia lebih baik lari ke Faliq. Iya tak..

Didalam.. abang duk seronok sembang dengan Abang Man, Faliq pun sekali join. Dah macam kenal lama je. Aku duduk di sebelah Faliq, mengambil kuih pau goreng dan masukkan ke dalam mulut. Lembut, sedap, memang layan..
Faliq senyum je tengok aku. Aku buat biasa je lah. Terus mengunyah dan mengunyah. Seketul ku makan, tak cukup, sedap sangat. Ku ambil lagi seketul. Ku minum air kopi pula. Alhamdulilah.. kenyang perut hati tenang. Hmm.. tenang ke?! Entahlah..

" Lapar ke?! Macam setahun tak makan?" Tegur Faliq. Perli.

"Taklah.. saja nak gemukkan badan.." jawabku selamba.

" Abang Man.. Kak Wati ke mana?!" Tanyaku.

" Waktu macam ni dia dekat taman dia lah tu kut.. pergi lah tengok.." Aku senyum dan terus bangun.

" Ikut?!" Faliq terus mengekoriku. Sibuk je. Zahwan masih lagi di coridor duduk sendiri brmain handphone.

" Apasal kau duk sorang-sorang ni.." tegur Faliq pada Zahwan.

" Ambil udara.. Kau nak kemana?!" Tanya Zahwan semula.

" Entah Aliaa ni nak ajak aku ke mana tah.."

" Aik!! Siapa ajak awak, awak yang nak ikut ekk..!!" Kataku.

" Hahahaa.. iyelah sayang..!!" Aku senyum je.  Kami sempat lagi bergurau, macam sengaja pula di Faliq ni depan Zahwan. Aku pun sengaja juga lah.

" Aliaa.. Sekejab..!!" Zahwan panggil aku. Terhenti langkah Faliq. Alamak!! Puncalah mamat ni.

Kenapa mesti panggil aku, kenapa tak tak panggil Faliq? Aku mahu terus jalan, konon-konon tak dengar tapi Faliq tarik tangan aku. Alamak !!  Berkerut sejuta dahi aku. Dan, menoleh ke arah Faliq dan Zahwan.

" Wan panggil tu kan.." bagitahu Faliq lembut padaku. Hatiku dah berdebar-debar dah. Takut Zahwan pecah lubang pula kang. Aku senyum tawar jelah. Buat biasa Aliaa buat biasa. Relax..!! kata hati kecilku.

" Ha.. iya.. Kenapa?!" Tanyaku pada Zahwan. Zahwan menghampiri kami. Dup.. dap.. dup..dap.. jantungku.

" Boleh join sekali?!" Fuhh!! Lega aku beb.  Terus aku senyum lebar. Aku pandang Faliq. Senyum. Minta dia yang jawab sebenarnya. Dia pula diam je.

" Hmm.. tanya Faliq.." kataku.

" Jom lah.. " pelawa Faliq. Senyum. Aku terus jalan laju meninggalkan mereka di belakang. Betapa leganya aku. Ni legalah nanti macam mana pula. Huhu..

Kak Wati sedang fokus memotong daun-daun kering pada batang pokok bunga matahari. Cantik sangat. Meriah warnanya. Aku duduk di kerusi, memerhati setiap bunga-bunga. Indahnya. Faliq jalan ke bahagian bunga mawar. Dengan selamba meminta izin Kak Wati untuk memetik setangkai bunga mawar putih pula. Kak Wati mengangguk. Senyum .

" Awak suka bunga tu ek?!" Tanya Zahwan. Lalu dia pun pergi ke tempat Faliq. Membelai bunga mawar tu juga. Aku pandang sekilas je. Aku senyum bila lihat Faliq datang ke arah ku. Siap menyanyi lagi. Happy nya lah hati dia ni. Tak ada perasaan apa-apa kut.

" Biarkan bungaku mewangi.. selamanya.." lagu itu juga yang dia nyanyi. Dia menghulurkan setangkai mawar putih padaku. Aku mengambilnya dengan senang hati.

" Kenapa putih..?!" tanyaku.

" Putih itu suci. Tanda betapa sucinya cinta, kasih dan sayang saya padamu wahai Puteri Kayanganku sayang.." Amboii.. Mamat ni. Jiwang lah pula dia. Ke lakonan dia ni depan Zahwan. Apa-apa jelah. Aku tak cakap apa-apa pun, hanya senyum. Aku pun nak berlakon jugalah. Harap-harap Faliq tak salah faham sudah. Lakonan semata-mata.

" Macam ni lah.. Sayang awak..!! Muah sikit boleh?!"

" Ni nampak..!!" Aku tunjuk penumbuk dekat Faliq. Dia apalagi gelak kuatlah.

"Dan.. ini untuk Aliaa juga.. " Pula dah. Zahwan beri aku bunga mawar warna peach pula. Berubah airmuka Faliq. Aku serba salah nak ambil ke tak. Aduh.. !! Aku pandang Faliq dan kemudian pandang Zahwan pula. Dia masih menghulurkan bunga tu padaku. Dengan lafas bismillah di dalam hati, aku ambil dengan tutup sebelah mata. Senyum terpaksa.

Zahwan senyum. Aku pandang Kak Wati yang sedang menonton drama kami. Aku minta simpati pada Kak Wati sebenarnya tapi Kak Wati tak faham. Lalu, aku terus bangkit dari kerusi dan ajak Faliq ke naik rumah. Aku membiarkan Zahwan. Aku ambil hati Faliq, gurau-gurau dengannya.  Taknak dia fikir sesuatu. Berubah betul airmuka dia tadi. Geram pula aku dengan Zahwan.

Abang...!! Tolong..!! Aku tersepit diantara mereka. Kanan Faliq kiri Zahwan... Arhhh!!! Jerit aku di dalam hati. Abang dah bagi warning. Jangan sampai mereka gaduh kerana aku. Jangan sampai persahabatan mereka terjejas kerana aku. Huwaaaa!!! Kenapa aku? 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku