Kerana Janji
Bab 60
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
186

Bacaan






Meriah rumah Abang Man hari ni. Abang Man pun seronok melayan tetamu. Happy je dia, bukan senang saudara dari Semenanjung nak melawatnya di Kundasang ni. Jauh dan kos yang tinggi. Apa boleh buat. Redha jelah Abang Man. Lepas maghrib,  aku duduk dalam bilik. Rasa malas pula nak keluar. Rasa badan lemah je. Seram sejuk je badan ni. Aku memakai sweaters, tapi pun masih rasa sejuk, menusuk ke tulang temulang rasanya. Jangan demam sudah, dah lama sangat aku tak demam ni, kalau demam mahu sampai berhari-hari.

" Tok..tokkk.!!" Baru nak pejam mata, pintu pula diketuk. Dengan malas aku bangkit. Pintu ku buka. Abang tercegat depan pintu.

" Kenapa tak turun?! Jom..!!" ajak abang.

" Malaslah bang.." jawabku.

" Janganlah macam ni, mereka tunggu tu. Kenapa ni?!"

" Tak sedap badan lah bang.." aku mencebik macam budak kecil.

" Pula.. Jom jumpa Putera Kayangan adik, confirm sihat.." abang perli. Sabar jelah.

" Ish!! Abang ni. Orang tak sihat, nak kenakan orang pula.." aku konon merajuklah.

" Jomlah.. bila lagi nak lepak-lepak, makan sikit lepas tu makan ubat, mesti okey.." abang pujuk aku. Tak ada pilihan. Aku ikut je lah.

" Abang kejab.." Baru je aku melangkah. Tiba-tiba terfikir Zahwan.

" Kenapa?!"

"Zahwan ada ke?!" Tanyaku pada abang.

" Ada.."

" Kenapa ada lagi. . Bukan dia cakap dia nak balik ke. Kenapa tak balik pula..?! Ishhh..!!" Aku rasa rimas sebenarnya. Huhu..

" Memanglah dia cakap nak balik tapi tiba-tiba dia ubah fikiran. Nak buat macamana.."

" Kenapa abang tak suruh dia balik?!" Kataku lagi.

" Ish budak ni. Tak kan abang nak halau dia pula.. Tetamu kut.. Merepeklah adik ni.." abang berkerut. Marah.

" Tapi adik tak nak ada dia kat sini.."

" Janganlah macam tu. Adik buat biasa je ye.."

" Adik serba salah lah abang.."

" Iya.. abang faham.. Ingat!! Jangan bertindak dengan emosi, tapi bertindak dengan rasional.. okey?! Faham?!" Kata abang. Tegas. Aku ikut jelah.

" Okey.." Aku menarik nafas. Senyum yang tak senyum. Kami pun turunlah ke bawah. Aku kuatkan semangat. Buat biasa seperti yang diminta oleh abang. Dari tangga aku dah terhidu bau arang, bau asap, rupanya mereka buat BBQ. Kenapa aku tak tahu ni. Hmm.. Patut lah Zahwan tak nak balik. Aku melangkah lemah je. Sampai di muka pintu, kelihatan Zahwan sedang membakar ikan, sotong, sayap ayam dan udang. Kak Wati dan Abang Man sedang kusyuk makan. Abang aku pun tolong mengipas jelah. Sambil berbual dengan Zahwan. Sambil-sambil berbual pun mata tak berkelip pandang aku. Sempat lagi . Aku buat biasa je. Tak senyum pun. Tak ada mood nak senyum. Eh! Kenapa tak nampak Faliq? Mana teman mesra aku ni, tak kan merajuk kut. Meliar mataku mencari Faliq.

" Ehem.. ehem.. Cari saya ye, ada ni saya dekat sebelah awak je ni.." terkejut aku. Bila masa pula dia ada kat sebelah aku ni. Siap tersengeh lagi.

"Awak ni buat saya terkejut je tau.."

" Aik!! Macam tu pun terkejut ke.. Ke awak fikir sesuatu ni ek!! Atau awak fikirkan saya ni.. kan.. kan.. kan.. " Mulalah dia nak perasan.

" Dari saya fikirkan awak, lebih baik saya fikirkan masa depan saya. Lagi bagus tahu tak..!!" Kataku masih berdiri di tepi pintu.

" Bagus sangatlah tu. Awak fikir masa depan awak bersama saya.. Sayang awakkkk!"

" Ish..!!! Merepek je.." Faliq gelak besar sampai Zahwan perasaan. Aku terus tinggalkan Faliq, menuju ke meja Abang Man dan Kak Wati. Duduk di sebelah Kak Wati.

" Tak makan ke?! " tanya Abang Man, berselera betul dia makan sotong dan udang.

" Kejab lagi lah bang, tak ada selera.."

" Adik makan nak berteman baru ada selera tu.. Hihii.." Kak Wati perli. Dah pandai dah Kak Wati ni pekena aku.

" Adik.. Abang nak tanya ni?!"

" Hmm.. tanyalah.."

" Abang confius lah.. Mana satu yang special?" Aku berkerut. Tak faham maksud Abang Man.

" Special? Apa yang special?" Jujur aku memang tak faham. Kak Wati dah sengeh-sengeh dah.

" Yang kanan dan kiri Adil. Mana satu? Yang tengah bakar tu ke yang minum tu." Abang memuncungkan bibir ke arah mereka bertiga yang tengah borak. Kanan Faliq kiri Zahwan. Lepas tu aku gelak.

" Apasal gelak pula.." Abang Man pelik tengok aku.

" Abang ni.. Tu kan kawan Abang Adil, mana pula special nya.. " jawabku. Masih gelak.

" Iyelah tu. Mereka tu layan adik lain macam, macam berlumba-lumba pula.. "

" Berlumba apa ?!"

" Iyalah.. Kalau sorang cakap itu, yang sorang cakap ini. Yang itu dekat yang ini pun dekat. Jadi, yang mana?!" Abang Man masih lagi bertanya. Aku tetap gelak.

" Mana ada mana-mana. Kawan jelah.." jelasku.

" Jangan sampai adik jadi rebutan sudah. Pening pula Adil kang.." Hahaahaaa.. Aku makin kuat gelak. Tapi hakikatnya iya kut. Tidak lama kemudian, Faliq datang ke meja kami dengan membawa dua pinggan makanan dan letak dihadapanku. Lalu duduk disebelahku.

" Makan ni.."

" Banyaknya. Siapa nak habiskan ni?"

" Awaklah habiskan.."

" Awak ingat saya tong drum ke?!"

" Hahaha.. Bukan awak cakap nak makan sayap ayam ke!?"

" Iyalah tapi taklah banyak macam ni. Ikan, sotong udang lagi.."

" Tak apalah. Saya boleh temankan awak makan.." katanya lembut.

" Okey!! Tapi kena makan sekali tau.."

" Saya dah tak larat dah, dah kenyang.."

" Arhh..! Tak kira, awak yang ambil jadi awak kena makan sekali. Okey!!.. " aku paksa Faliq makan juga.

" Kau tengok adik sepupu kau ni Man, paksa pula.." pandai pula dia mengadu kat Abang Man.

" Dia nak manja-manja dengan kau tu.." amboi Abang Man ni, perli aku pula. Sabar jelah.

" Aikk.. Abang Man.."

" Kalau Aliaa punya pasal, bukan takat manja je, nak timang-timang pun boleh.." gelak mereka. Malam ni aku jadi bahan. Selamatlah tak berapa nak sihat. Redha jelah.

" Amboi-amboi... Sukanya dia.."Faliq gelak lagi.

" Eh! Sekejab.. Lupa pula nak ambil sambal.. Tunggu jab..!" Faliq terus bangkit dan ambil sambal di sebelah bekas jug air. Abang tak ada pula, mungkin masuk dalam kejab kut. Yang ada Zahwan seorang . Zahwan pandang ke arah ku dan dengan membawa segelas air sirap menuju ke meja kami. Memberikan air itu kepadaku dan duduk. Kak Wati dan Abang Man hanya memerhati dengan senyum. Aku faham disebalik senyuman mereka tu  Tapi aku buat tak tahu je.

" Dah makan?! Nak saya ambilkan.." Tanya Zahwan.

"Eh.. eh!! Tak apa.. ni dah banyak dah ni. Faliq dah ambil kan.."  jawabku selamba.

" Oh? Okey..!! Minumlah air tu.."

" Terima kasih.." Aku mengukir senyuman pada Zahwan. Dia kembali ke tempatnya tadi. Kemudian Faliq pula datang. Abang Man dan Kak Wati asyik perli aku je. Nasiblah.. Kami berbual dan bergurau senda. Sekali dengan Abang Man dan Kak Wati. Meriah sangat. Gelak tawa tak henti. Pandai betul Faliq ni ambil hati. Aku perasan, Zahwan perhatikan kami sejak tadi. Walaupun dia sedang berbual dengan Abang.

Kemudian, abang dan Zahwan join kami. Zahwan duduk di sebelah kiriku dan memberi makanan untukku .Okey.. sekarang ni aku ditengah-tengah. Kiri Zahwan, kanan Faliq. Tapi aku rapat sikit dengan Faliq. Kami berbual mesra. Aku pun sengajalah sibuk bergurau dengan Faliq. Abang di hadapanku. Senyum dan memahami situasi aku sekarang ni. Kanan dan kiri. Pening!! Bila Faliq beri sayap ayam padaku, Zahwan pun beri sotong bakar. Sampai penuh pinggan aku. Aku pandang abang, buat muka simpati. Abang mengangkat bahu. Aku mengeluh dalam hati.

Konon tadi tak ada selera nak makan. Tapi bila dah kanan dan kiriku letak makanan dalam pinggan aku. Terpaksalah makan. Kang tak makan salah seorang kecil hati pula. Teringat warning abang, jangan sampai mereka gaduh sebab aku. Aduhaii.!! Aku mula dah bersin-bersin, sejuk sangat malam ni. Sampai merah hidungku.

Faliq bangun tak tahu kemana. Zahwan senyum padaku. Aku tak ada mood nak senyum dengan dia. Abang Man dan Abang rancak berbual. Kak Wati dah masuk dalam dah. Sekejab lagi aku nak masuk pula. Penatlah berlakon macam ni.
Nak jaga hati dua orang jejaka kanan kiriku tapi hati aku siapa nak jaga. Huh!Beberapa minit kemudian, Faliq datang semula. Kali ni dia bawa ubat dan air suam.

" Makan ubat ni, awak demam ni.." Faliq memberikan dua biji ubat Paracemol, tanpa berlengah aku terus telan dan meneguk air suam. Zahwan memerhati je. Nampak dari riak wajahnya ada sikit bengang. Abaikan jelah. Faliq membuka sweaters nya, dan pakaikan padaku.


Aku dah mula menggigil. Sejuk yang teramat sangat. Kepala pun dah mula melayang. Badan tiba-tiba jadi lemah. Aku rasa dah macam beku. Aku nak bangun nak naik bilik. Tapi rasa macam tak dapat nak bangun. Lemah selemah lemahnya. Aku senyum paksa. Pandanganku pun jadi berpinar pula. Aku menutup mata serapatnya. Sandar di kerusi. Aku memicit-micit kepala.

" Adik.. adik okey tak ni? Adik. !! " Aku buka mata, pandang abang. Wajah abang cuak je.

" Aliaa.. " Aku dengar suara Faliq pula panggil ku. Aku masih mampu senyum. Padahal badan ni dah tak rasa apa-apa. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam ni. Bila dah tak sihat tapi aku kuatkan juga. Inilah akibatnya..

" Okey.. saya okey.. !!" Kataku perlahan. Aku buka mata. Abang bangun dan datang kepadaku. Abang sentuh dahi aku, abang cakap dahi aku panas sangat tapi jujur aku cakap. Aku rasa sangat sejuk. Faliq orang yang paling cemas tapi masih tetap cool. Tak macam abang, cuak, cemas gila. Iyalah.. aku adiknya. Mestilah dia risau.

" Jom.. naik atas.." ajak abang.

"Sekejab bang.. " Aku masih lagi duduk bersandar di kerusi. Aku tarik nafas, pejam mata cari kekuatan sekejab, badan ku dah semakin menggigil. Ni kalau aku bangun mahu jatuh. Apa aku nak buat ni. Fikirku.

" Ya Allah..!! Darah ni.. Man, tolong ambilkan tisu.." Faliq cepat-cepat suruh Abang Man ambil tisu. Dia pun cuak tapi cool.

" Allahuakhbar.. Kenapa ni dik?! " Abang memang cemas sangat . Aku tak sedar pun darah pekat keluar dari hidungku menitis ke baju. Banyak pula tu. Ku tadah darah dengan tisu yang diberi oleh Faliq. Waktu ni aku rasa, entahlah tak ada rasa apa-apa. Macam separuh sedar je.

" Kita pergi hospital ya.." ajak abang. Abang genggam tanganku dengan erat sekali. Aku menggeleng. Aku rasa aku masih kuat lagi. Masih okey..!! Degil kan. Dah macam ni pun masih degil. Darah yang keluar dah berhenti. Cuma saki baki je.

" Aliaa.. kita pergi hospital ye.." Faliq pula pujuk.

"Tak payahlah. Saya okey. Nak naik atas, nak rehat.." pinta ku. Aku gagahkan bangun. Abang memapah aku sampai ke bilik. Abang selimutkan aku. Abang cium dahi aku.

" Adik tidur lah, rehat ya.. Kalau ada apa-apa nanti panggil ya. Abang tak tutup pintu.." kata abang.

Aku mengangguk perlahan. Bila panas dalam dah melampau dan ditambahkan pula dengan cuaca sejuk yang amat. Jadi berlawanan. Lagi pula bila aku demam. Memang macam ni lah. Sampai pengsan kadang. Jarang demam sekali demam memang habislah. Huhu..

Aku memejam mata, senyum dalam tidur. Sekelilingku amat menyayangiku. Abang, Mak Long, Pak Long, Abang Man, Kak Wati, Mak Ngah dan semua saudara. Faliq? Iya.. dia pun sayang aku, sayang teramat sangat. Tapi aku belum bersedia sayang dia lebih dari seorang kawan. Belum ?? Masihkah ada peluang untuk dia? Tak tahulah.. Zahwan? No komen...



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku