Kerana Janji
Bab 61
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
118

Bacaan






Alhamdulilah.. pagi ni aku bangun tidur dengan rasa segar sekali. Dah tak ada pening ke melayang ke semua tak ada dah. Cukup tidur kali malam tadi. Aku buka tingkap, tengok gunung. Indahnya ciptaan Allah. Bersyukur sangat, masih diberi peluang untuk melihat keindahan alam ini. Tanaman yang menghijau, nyaman sekali. Udara yang segar, cuaca sejuk. Subhanallah..

Aku kembali duduk di katil. Termenung. Apa yang aku menungkan. Entahlah. Menungan kosong je. Nak keluar tapi perasaan serba salah masih menyelubungi. Aku tak boleh terus macam ni. Aku tak boleh terus berdiam. Aku kena berterus-terang dengan Faliq dan Zahwan. Aku taknak hidup dalam keadaan serba salah dengan mereka. Aku nak mereka faham. Aku dah penat nak jaga hati orang. Nak kena jaga hati Faliq hati Zahwan. Tapi hati aku. Siapa yang nak jaga. Antara keduanya Faliq dan juga Zahwan. Kedua-duanya berbeza. Tapi kedua-duanya hadir dalam hidup aku, yang pernah membahagiakan dan yang membahagiakan hidup aku.

Faliq?? Memang betul, Faliq sentiasa jaga aku, jaga hati aku. Memang buat aku happy, bahagia. Tapi entahlah.. Aku tak tahu apa perasaan aku padanya. Sayang sebagai teman mesra atau sayang sehati sejiwa. Aku tak ada jawapan lagi. Dan sebenarnya aku takut, aku takut aku sendiri yang akan kecewa. Andailah aku dah sayang dia, sayang sehati sejiwa tapi terpaksa korbankan perasaan itu kerana ugutan yang aku terima selama ni. Macam mana?! Sedangkan bukan senang untuk terima dan bukakan hati , tapi kalau dah terima dan  terpaksa dan dipaksa berpisah pula. Bayangkan perasaan aku..!! Tak dapat nak  bayangkan.. Huh!! Dugaan demi dugaan.

Zahwan? Memang aku pernah sayang dia. Sayang sehabis sayang. Tapi tulah, sayang sia-sia. Itu pun satu hal, nak lupakan bukan senang, nak buang segala perasaan sayang tu pun bukan mudah. Pula dia nak tagih semula cinta aku. Perasaan itu masih ada tapi untuk terima, entahlah. Kadang fikir, tak salah bagi peluang kut. Tapi tak boleh.. tak boleh dan tak boleh. Hey!! Dua kali kut dia kecewakan aku. Tak akan aku nak jadi bodoh terima dia lagi. Ish!! Jangan cari pasal. Confirm abang tak setuju. Tolonglah Aliaa.. tutup hati kau terus pada Zahwan, kata hati kecilku.

Aku ni banyak sangat fikir. Sampai aku fikir. Okey!! Aku tolak Zahwan bulat-bulat, dan terus terima Faliq. Apa Zahwan akan cakap dan apa Faliq akan fikir? Arhhh!!! Aku tak boleh fikir sorang-sorang, aku kena minta pendapat abang. Aku tahu jawapan abang. Tapi sekurang-kurangnya bila aku dah luah aku rasa lega dan tenang. Bila tenang baru boleh dapat jawapan yang pasti. Iya tak?! Kalau boleh, kat sini juga aku nak selesaikan semua ni. Aku taknak angkut problem ni bawa ke KL. Balik KL nanti aku nak bina hidup baru. Dengan siapa? Mungkin dengan Faliq? Atau tetap macam ni ataupun ada Putera Kayangan yang sebenar sedang tunggu aku ke kat KL tu kan. Manalah tahu.. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Zahwan dan Faliq kena redha. Aku pun kena redha jugalah..

" Tut...tutt..." terkejut aku. Tiba-tiba pula handphone ni berbunyi. Fuh!! Aku capai handphone. Nombor yang aku tak kenal, dan tak pernah pula dapat panggilan dari nombor ni. Jantungku berdegup laju. Hati tak sedap. Siapakah? Dua tiga kali berbunyi. Aku kuatkan semangat dan jawab.

" Hellooo Aliaa Sofea.." kedengaran suara seorang wanita di talian.

" Iya saya .."

" Apa khabar Aliaa? Sihat?" Tanyanya.

" Alhamdulilah sihat walafiat.. Siapa ya?!" Tanyaku pula.

" Tak perlu tahu siapa aku.."

" So, kenapa call saya..?"

" Aku nak bagi warning dekat kau.. "

" Warning apa pula? Saya tak kenal awak kut, nak warning saya kenapa?"

" Kau ni memang banyak bunyi kan.. Dengarlah dulu..." Bengang pula dia.

" Hmm.. okeylah. Cakaplah cepat nak warning apa? Saya banyak kerja nak buatlah.." aku rasa aku dah tahu apa dia nak warning.

" Jauhi Faliq.. Lepaskan Faliq.. Jangan ganggu hidup Faliq.. Jangan muncul dalam hidup Faliq sampai bila-bila.. Faham..?!" Kan.. Dah agak dah.

" Amboii..!! Banyaknya warning awak ni. Kalau saya tak faham dengan warning awak tu semua, awak nak buat apa? Nak bunuh saya? Nak mencolek saya, lepas tu nak minta wang tebusan macam dalam drama melayu tu ke?!" Kataku berani.

" Aku akan buat lebih teruk dari itu. Kalau kau sayang nyawa kau dan kalau kau sayang abang kau. Jauhi Faliq. Itu saja. Hidup kau dan abang kau tak akan tenang, tapi akan menderita seumur hidup. Ingat tu..!! Bye..!!" katanya. Lalu terus matikan talian.

Aku termenung dan berfikir seketika. Kenapa ada kaitan dengan abang pula? Kalau dia tak suka hubungan aku dan Faliq pun, tak ada kena mengena dengan abang kut. Macam pelik je. Nak kena info abang ni. Abang kena tahu. Macam tak selamat pula aku ni. Satu masalah tak selesai, datang lagi satu masalah. Sabarlah wahai hati.

Arhh!! Malaslah nak fikir. Ugutlah apapun, aku tak takut. Negara Malaysia ni ada undang-undang. Aku takut dengan Allah je, kau manusia. Buat apa aku nak takut. Kalau kau nak buat aku menderita pun suka kaulah. Setiap perbuatan ada balasan. Mungkin dekat dunia aku menderita sebab manusia seperti kau tapi aku yakin dekat akhirat bahagia milik aku. Aku yakin pada Allah. Andai dah ini takdir aku, aku terima, redha. Aku bangun dari katil. Aku nak turun, nak pergi taman. Nak pergi air terjun. Nak tenangkan kepala yang serabut ni.
Tapi.. malas pula nak turun . Aku tak ada mood nak jumpa Zahwan dan Faliq. Makin serabut kang adalah. Aku ke tingkap, merenung gunung.

"Adik.. dah bangun belum?! " Abang mengetuk pintu. Aku tak menyahut pun, aku masih berdiri di tingkap. Pintu dikuak. Muncul abang.

" Adik.. Dah sihat tak?!" Tanya abang, menghampiriku.

"Dah sihat dah.." aku senyum tawar.

"Kenapa ni, sedih je muka. Adik ada masalah ke.." tanya abang lagi. Merenung tepat ke wajahku. Aku senyum.

"Dua hati nak pilih Faliq atau Zahwan ke..?!" Ish! Abang ni, ke situ pula. Aku menggeleng.

" Habis tu.. cuba cerita, apa masalah adik abang ni.." lembut suara abang. Pujuk aku supaya aku cerita. Aku mengambil handphone, buka message ugutan, dan beri pada abang. Abang berkerut, pandang aku. Lalu dia baca setiap message itu.

" Ya Allah!! Kenapa sampai ni? Sejak bila lagi ni dik, kenapa tak info abang. Ni perkara penting ni dik, bahaya ni.." Abang sangat terkejut. Abang menyapu muka dengan tapak tangan.

" Adik memang nak info abang, tapi adik call abang, tak pernah dapat. Lepas tu adik dah malas nak fikir. Apa jadi pun jadilah. Nak info Faliq, tapi adik risau.." terangku. Abang mengucap panjang.

" Tapi adik tak boleh diam macam ni. Faliq kena tahu.."

" Jangan abang. Faliq tak boleh tahu. Adik takut dia pula diancam nanti.."

" Siapa orang ni? Selain message ni, ada dia call adik tak?!" Aku mengangguk.

"Dia cakap apa?!"

"Baru je dia call. Benda yang sama juga dia cakap, jauhi Faliq, kalau tak hidup adik dan abang akan menderita seumur hidup.. Tapi, yang adik pelik tu. Kenapa dia libatkan abang pula. Tu yang adik tengah fikir ni.."

"Mungkin dia kenal abang kut. Tak kisahlah kenal abang atau tak. Yang penting kita kena info Faliq. Keselamatan adik tu penting, abang risaulah dik.. Aduhaii.." Muka abang memang berubah. Nampak sangat risaunya.

" Kita report polis ya.." cadang abang.

" Abang jangan.. Kalau report polis, nanti dia buat lagi teruk. Tak apalah, sekarang ni, kita diam je dulu. Adik taknak serabutkan kepala. Adik datang sini nak release tension, nak happy. Taknak fikir semua ni.. Abang faham kan.." luahku. Abang berdiri. Memegang tangan aku.

" Abang minta maaf dik. Abang tak tahu apa yang adik alami selama ni. Abang tahu, ni berat bagi adik. Sabar ye sayang.. Abang tahu adik abang ni kuat semangat..." aku senyum pada abang. Aku faham maksud abang. Aku peluk abang. Adik sayang abang..

" Jom turun, breakfast.. Ada nasi goreng kampung,,." Kata abang.

" Oyeke.. Eh! Abang tak breakfast lagi ke?!"

" Belum. Masing-masing nak tunggu adik.."

" Laa.. Kenapa pula nak tunggu adik. Makan jelah.." Pelik juga mereka ni. Makan pun nak tunggu aku. Dah macam puteri pula aku ni.

" Memang abang nak makan tadi, tapi ajak Faliq, dia cakap nak tunggu adik. Ajak Zahwan pula, dia cakap nak makan sekali. Jadi, tak kan abang nak makan dulu kut. Terpaksalah tunggu juga.." terang abang.

" Aduhai.. Ni yang adik tak nak ni.. Hmm.. " keluh ku.

" Dasyat betul adik abang ni kan. Dua-dua sekali terpikat. Yang masalahnya bersahabat pula tu. Abang tengok diaorang ni, macam berlumba-lumba je nak dengan adik.." kata abang.

"Sama juga macam yang Abang Man cakap malam tadi. Nasiblah. Tapi kira okey apa, saham masih tinggi kan.. jangan jelous... hahaa.." aku gelak besar.

" Sukanya... Dah sudah, jom turun. Abang lapar dah ni..." Kami terus melangkah. Pintu bilik, ku tutup rapat. Kami menuruni anak-anak tangga. Bergurau senda dengan abang. Dari atas, ku lihat Faliq senyum pandang aku, Zahwan pun sama. Dua jejaka ni memang buat hidup aku pening. Aduhai... Yang mana satu pilihan hati. Dua- dua aku tak nak. Aku pilih Azizul Arifin lah. Baru adil, dua-dua tak dapat aku.  Hahahahaaa... Jahatnya aku.. Arhhh !! Bila nak selesai semua ni.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku