Kerana Janji
Bab 62
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
103

Bacaan






Beberapa hari di Kundasang, seronok pula Faliq. Boleh pula rasa tak nak balik KL. Padahal seronok dapat menghadap Aliaa setiap hari. Si Singa garang. Tenang hatinya. Bahagia makin terasa. Kerana terlalu seronok dan bahagia, di kongsi cerita dengan si Zahwan. Dari mula perkenalannya dengan Aliaa hingga kini. Semua  Faliq cerita. Tiada rahsia. Betapa suci dan tulusnya cinta Faliq pada Aliaa. Zahwan mendengar setiap luahan gembira Faliq. Dia rasa tergugat. Ada perasaan cemburu menembus hatinya. Mula rasa penyesalan kerana tidak menghargai. Andailah dia menghargai Aliaa suatu ketika dulu, mungkin Aliaa kini sudah menjadi miliknya yang sah. Tidaklah dia putih mata seperti sekarang. Baginya selagi Aliaa belum ada apa-apa ikatan bersama Faliq dan selagi Aliaa bukan hak milik sah sesiapa, selagi itu dia masih ada peluang. Wah!! Sampai begitu sekali. Sanggupkah dia berebut seorang wanita dengan sahabat sejatinya?  Tegakah dia merampas kebahagiaan sahabatnya hanya kerana nafsunya untuk memiliki wanita yang pernah singgah dihatinya?   Kerana kesilapannya.. Kerana egonya kelmarin.  Andailah Zahwan sanggup lakukan itu, bukan sahaja hubungan persahabatan dengan Faliq akan terjejas malah hubungan persahabatan dengan Adil juga turut sama terjejas. Baru sahaja berjumpa, tak akan sanggup berpisah semula. Berpisah hanya kerana seorang wanita. Ishh!! Zahwan jangan buat hal.

Zahwan duduk seorang diri di koridor. Memikirkan sesuatu. Perasaannya tak tenang. Perasaan cemburu melihat kemesraan Faliq dan Aliaa. Tak boleh jadi, dia nekad mahu berterus-terang dengan Faliq. Iya, dia nekad. Biarlah mereka nak cakap apapun, janji hatinya puas. Apapun keputusan Faliq, dan apapun keputusan Aliaa, dia sudah bersedia untuk hadapi. Yang penting dia kena luahkan semua yang tersimpan dihati. Dia tak sanggup nak tanggung segala perasaan cemburu ini. Dia kena terima apapun keputusan mereka. Dia nak dengar dari mulut Aliaa sendiri depan Faliq dan depan abang kandung Aliaa sendiri. Dia yakin sangat yang Aliaa masih menyayanginya. Yakin sepenuhnya kerana dia tahu bukan senang Aliaa nak melupakan dia setelah bertahun Aliaa menanti. Mungkin kemesraan Aliaa bersama Faliq hanya lakonan semata-mata untuk menyakiti hatinya. Zahwan tersenyum sendiri. Yakin dan terlalu yakin.

Faliq muncul. Menyanyi-nyanyi kecil. Senang hatinya, sentiasa tersenyum manis. Berdiri di pagar kayu, menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan. Merenung gunung Kinabalu nun disana. Patutlah Aliaa suka tengok gunung, tenang je, bisiknya dalam hati. Zahwan perhatikan Faliq. Faliq terus menyanyi.

" Happy nya.." tegur Zahwan.

" Happy lah bro, tak akan nak sedih pula kan.." jawab Faliq dengan senyuman.

" Adil dan Aliaa mana?!" Tanya Zahwan lagi.

" Adil baca paper, Aliaa naik atas.." Zahwan senyum. Ini peluang untuk dia berterus-terang. Zahwan bangun dan bersandar di tepi dinding memandang Faliq.

" Aku nak tanya sikit ni bro.." Zahwan memulakan perbualan.

" Tanya apa?!" Relax je muka Faliq, tenang. Memandang tepat wajah sahabatnya itu.

" Kau dengan Aliaa macam mana? Kau bahagia dengan dia?" Faliq pelik, kenapa tiba-tiba Zahwan bertanya soalan itu. Sedangkan dia dah tahu semua. Faliq dah mula tak sedap hati tapi diabaikan perasaan itu.

"Mestilah bahagia. Dialah sumber inspirasi aku, dialah penyeri hidup aku, semangat aku dan segalanya lah.." Semangat Faliq memberitahu. Berseri wajahnya.

" Andailah kata, kalau Aliaa tidak memilih kau tapi memilih orang lain yang kau kenal. Kau macam mana?!" Zahwan menyusun ayat dan Faliq berkerut.

" Orang yang aku kenal? Apa maksud kau ni bro.. Direct jelah Wan, tak payahlah berkias-kias tanya. Pening gak aku nak faham.. " Faliq senyum. Dia tak fikir apa-apapun. Tetap tenang.

" Okey bro macam ni. Hmm... Kau ingat tak, aku ada cerita dekat korang pasal budak yang tunggu aku selama ni tu, yang aku nak tebus balik salah aku dan nak pikat semula hati dia tu. Ingat tak..?!" Faliq mendengar dan cuba mengingati semula. Kemudian mengangguk perlahan. Hatinya semakin berdebar. Kenapa tiba-tiba ni, bisik hatinya. Zahwan senyum.

" Sebenarnya budak tu.." Zahwan menarik nafas. Rasa bersalah pula nak cakap. Dia menundukkan kepala.

" Sebenarnya budak tu kenapa? Dia dah kahwin ke?" Faliq tak sabar nak tahu. Zahwan angkat muka, memandang tepat pada Faliq. Zahwan senyum tawar.

" Sebenarnya budak tu adalah Aliaa Sofea..!"
 
Faliq tersentak, terpaku kaku. Airmuka terus berubah. Tiada lagi senyuman. Jantung bagai nak gugur. Benarkah semua ini? Tepat memandang ke dalam anak mata Zahwan. Zahwan mengalihkan pandangan. Tak sanggup dia melawan pandangan sahabatnya itu. Senyum tawar memandang gunung.

" Ish!! Tak mungkinlah bro.. Kau salah orang kut, dalam dunia ni kan ada tujuh orang muka serupa kan.. " Faliq senyum. Cuba untuk senyum menyembunyikan perasaan terkejut dan semualah. Cuba buat seperti biasa. Menidakkan apa yang dicakapkan Zahwan tadi.

" Dia lah orangnya Liq.. Aku tak salah orang. Cuba kau fikir, kenapa sampai sekarang dia masih tak terima kau. Sebab dalam hati dia masih ada aku. Dia masih sayang aku dan masih menunggu aku. Aku yakin sangat.." Pula dah. Zahwan senyum sinis. Sangat yakin. Hati Faliq semakin sakit, kata-kata Zahwan seolah-olah mengejeknya.

" Kalau betul dia adalah Aliaa. Aku tahu hati Aliaa, bukan senang dia nak terima orang tak menghargai dia, yang sia-siakan hidup dia selama ni.." Faliq jawab dengan tenang.

" Dan bukan mudah dia nak lupakan aku, aku cinta pertama dia bro. Tak mungkin dia akan lupakan aku macam tu je..."

" Sanggup kau buat dia menderita selama ni. Lelaki jenis apa kau ni ha!! Dan sekarang, kau kembali nak tebus semua. Sedangkan kau tahu kasih sayang dan cinta aku sangat kuat untuknya. Kau sanggup Wan. Kau sanggup sakiti hati dia dan kau sanggup nak rampas dia dari aku Wan.. Ya Allah!! Apa semua ni.." Faliq kecewa dengan sikap Zahwan.

" Iya Liq.. Aku akui salah silap aku selama ni. Dan aku tak tahu pun selama ni dia tunggu aku dan aku tak tahu dia adik Adil.. "

" Ooo.. Jadi, kalau kau tahu dia adik Adil. Baru kau nak hargai dia. Hohohoho.. ini ke pemikiran kau terhadap wanita, Wan. Suka-suka kau sakiti dan suka-suka kau nak  balik.. Hey bro!! Jangan jadi gilalah..." Faliq gelak kecil.

" Iya.. memang aku dah gila. Gila kerana Aliaa. Aliaa setia dengan aku kerana janji aku padanya dulu, dan sekarang aku nak tunaikan semua janji-janji itu.." selamba je Zahwan cakap.

" Sanggup kau buat aku macam ni Wan. Sanggup kau buat sahabat kau macam ni Wan. Kau nak rampas kebahagiaan aku..."keluh Faliq.

" Aku tak rampas kebahagiaan kau, Liq. Aliaa bukan kekasih kau, bukan isteri kau. Dia hanya kawan je.  Selagi dia bukan hak milik orang, selagi tu aku ada peluang. Kali ni aku tak kan sia-siakan dia.. janji aku.." penuh semangat Zahwan.

" Tapi kau tahu aku sayang Aliaa, aku cinta dia sepenuh nyawa. Sekarang ni suka-suka kau nak ambil dia dari aku. Mudahnya kerja kau.. "

" Apapun terjadi.. Aku akan pastikan Aliaa jadi milik aku. Maafkan aku Aliq.. "

" Dan aku akan pastikan Aliaa tak akan jatuh  ke tangan kau semula. Aku tak akan biarkan dia menderita kerana lelaki tak guna macam kau.." sindir Faliq. Terlepas kata-katanya.

Adil terdengar bunyi kekecohan diluar. Dia rasa tak sedap hati. Nampak wajah sahabatnya itu serius sekali. Cepat-cepat dia melangkah. Sampai di muka pintu. Muka keduanya tegang.

" Korang bincang apa ni, serius je.." tanya Adil suara yang lembut.

" Adil.. Kau tahu kan.. Aku sayang Aliaa, aku cinta dia.." Faliq menghampiri Adil. Wajah yang sayu. Meminta sokongan dari Adil.

" Iya aku tahu. Kenapa ni. Apa masalah ni. Ha Wan, Aliq... Apasal ni..?! " Zahwan membisu. Adil memandang Zahwan dan kemudian memandang Faliq pula.

" Dia nak tebus salah dia pada Aliaa. Dia nak rampas Aliaa dari aku. Dia nak Aliaa semula. Ni lelaki tak guna ni.. " terang Faliq. Nafas turun naik. Geram dan sakit hati.

" Bro.. jaga-jaga sikit mulut tu. Kalau aku lelaki tak guna, tak ada aku nak tebus salah aku pada Aliaa.." Zahwan bersuara. Menjeling pada Faliq. Tahu Zahwan sakit hati bila Faliq cakap dia lelaki tak guna tapi iya kut. Hmm.. tegang..tegang..! Adil ditengah-tengah. Menggaru kepala yang tak gatal.

" Hohohoo.. Relax.. Sabar..!! Aku dah agak dah benda ni akan berlaku.."Adil cuba nenenangkan hati kedua sahabatnya itu. Kena jadi pengadil pula.

"Sekarang ni, korang relax dulu, tarik nafas dalam-dalam. Korang pandang gunung tu, tenangkan hati tenangkan fikiran. Aku tak nak korang macam ni. Gaduh kerana wanita, jangan jadi budak-budak. Benda boleh bawa bincang.. Relax dulu, faham Wan.. Aliq?!" Mereka berdua mengangguk.

Masing-masing berdiam seketika. Melayan dan mengubati hati sendiri. Zahwan di kiri dan Faliq di kanan. Adil pandang kanan dan kiri. Kemudian, ketuk dahi sendiri. Dalam keadaan situasi tegang macam ni dia kena memainkan peranan yang besar. Dan kena menjadi penasihat kedua sahabatnya. Mahunya bergaduh lagi andai dibiarkan. Kena bincang dari hati ke hati. Bila perkara mengenai hati dan perasaan ni memang payah. Masing- masing nak pertahankan hati sendiri. Apapun keputusan semua ditangan Aliaa. Bukan hak dia mahu mengatur hati dan perasaan Aliaa dan juga hati perasaan Faliq dan Zahwan.

"Adik oh adik..!! Tolonglah abang macamana nak selesaikan pertelingkahan mereka ni kerana adik.." kata hati kecil Adil.

Okey Adil.. Berbincang dengan sebaik mungkin..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku