Kerana Janji
Bab 63
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
121

Bacaan






Lepas breakfast tadi, badanku kembali tak sihat, makan pun sikit je. Tak ada selera pula, panas semula badan. Waktu-waktu macam ni boleh pula badan ni buat hal. Redha jelah Aliaa. Masuk je bilik, hidung pula berdarah tapi tak banyak macam malam tadi. Puas abang pujuk pergi hospital, dan mati-mati aku tetap degil tak nak. Aku nak lepak-lepak sini, kena duduk hospital pula kang. Ish!! Tak kuasa aku. Jadinya, aku telan panadol je, lelap mata sekejab dan baru okey sikit kepala aku ni. Cuma pening-pening lalat je. Nak kena sihatkan juga ni, lepas zohor kang abang nak jalan ke mana entah, dah bincang dengan Zahwan dan Faliq tadi. Aku tak nak ikut, tapi abang pujuk juga, temankan dia konon. Hmm.. abang memang sengaja. Bukan tak ada Zahwan dan Faliq. Abang cakap nak aku happy tapi hakikatnya tak happy pun, sebab dua orang sahabat abang tu lah. Hmm.. Bertuahlah kau Aliaa, ramai orang sayang. Ramai orang nak kau sampai berlumba-lumba. Jangan gaduh sudah. Gaduh?? Ni yang tak nak ni. Masalahlah kalau sampai gaduh.

Aku turun ke bawah. Pergi ke dapur, minum air. Kemudian aku ke ruang tamu, sunyi sepi pula. Kak Wati dan Abang Man belum balik lagi kut. Tapi mana mereka lain? Tak kan dah tinggalkan aku kut. Tak mungkin. Aku menuju ke koridor, ada rupanya mereka. Aku senyum. Tapi macam pelik je. Kenapa duduk jauh-jauh, masing-masing muka kelat je. Macam-macam mereka nilah. Aku terus je menuju ke arah mereka.

" Abang..!! " aku terus dekat dengan abang. Konon nak kejutkan abang tapi dia perasan dah. Aku gelak kecil.

"Dah sihat tak ?!" Tanya abang.

" Dah.." jawabku ringkas.

"Aliaa demam lagi ke? Hidung berdarah lagi?" Faliq terus menghampiriku. Risau sangat muka dia. Aku senyum. Alahaiii.. terharunya aku.

"Saya dah okey dah. Tadi ada keluar darah sikit je.. Jangan risau lah ek.." jawabku jujur.

" Kena pergi check, nanti makin teruk macamana?!" sambung Faliq lagi. Lembut je suara Faliq.

"Insya Allah.. Saya sihat dah.. Saya yakin.." Aku buat isyarat peace. Senyum manis padanya. Zahwan hanya memerhati dari jauh. Lain macam pula jelingannya. Riak muka Faliq pun lain je, sayu je. Aku rasa tak sedap hati. Kenapa mereka ni. Tak macam selalu, happy sentiasa, ada je nak kenakan aku. Tapi kenapa hari ni pelik. Faliq pun.

" Aliaa.. awak tahu kan, saya sayang awak..."
Aku terkedu sekejab. Ku renung wajahnya mencari pengertian. Kenapa tiba-tiba Faliq tanya. Dengan wajahnya yang sayu. Dia merenung ke dalam anak mataku dengan renungan redup sekali. Aku tak senyum, aku tak cakap apa-apa. Tak mampu nak bercakap. Aku pandang abang, abang menekup muka dengan tangan. Kemudian, Zahwan pula menghampiri ku.

" Aliaa.. awak masih sayang saya lagi kan?!"  Ha?? Aku tercengang. Pula dah.

" Aliaa.. tolong terus-terang depan abang awak, depan saya dan depan dia ni.." kata Zahwan pandang sinis pada Faliq.

" Terus- terang apa pula ni Wan?! Saya tak fahamlah.."

"Aliaa.. terus-teranglah, cakap dekat mereka yang awak masih sayang saya, masih tunggu saya.." sambung Zahwan dengan senyuman.

" Apa awak merepek ni.. " Aku gelak kecil. Menggeleng kepala. Aku pandang abang. Abang angkat bahu.

"Aliaa.. please!! Awak masih sayang saya kan.."  Terus je Zahwan pegang kuat lengan aku. Tanpa perasaan malu depan abang.

" Apa ni Wan. Sakitlah.. Lepaslah..!" aku memberontak minta dilepaskan lengan. Sakit.

" Wan.. Apa ni,  agak-agaklah, adik aku tu. Tak pasal-pasal kau kang.." Abang terus bangun dengan wajah marah. Turun naik nafasnya tahan marah.

" Okey.. okey.. aku minta maaf. Maaf Aliaa.." Aku terus dekat dengan abang. Terkejut jugalah, berani dia buat macam tu dekat aku. Depan abang pula tu. Sakit tau..

"Apa semua ni? Kenapa korang ni tiba-tiba jadi macam ni. Saya datang sini nak release tension tahu tak? Bukan nak menghadap korang macam ni. Eeee!! Serabutlah.. " Aku pandang Zahwan, aku pandang Faliq. Faliq jadi diam seribu bahasa. Aku dah mula rimas, aku dah rasa penat sangat. Teman mesra aku dah jadi pendiam. Tak tahu kenapa. Biarlah mereka. Malas aku nk fikir. Aku tinggalkan mereka. Aku terus melangkah. Aku nak ke taman lagi baik.


Aku taknak bebankan fikiran dengan mereka. Aku rasa Zahwan dah cerita semua dekat Faliq kut dan Faliq pun dah cerita semua perasaannya terhadap aku pada Zahwan. Tapi entahlah. Abang pun diam je. Sepatah tanya sepatah jawab. Mungkin abang pun serba salah kut. Aku lagilah. Malas nak ambil port. Pandai-pandailah mereka selesaikan sendiri. Aku tak minta semua ni berlaku. Dan aku tak nak pun ianya berlaku. Ini takdir . Redha je lah.

Aku duduk di kerusi menghadap bunga-bunga yang segar dan cantik itu. Tenang sikit. Aku menyanyi-nyanyi sendiri. Senyum sendiri. Siapa lagi nak hiburkan aku kalau tak diri sendiri kan.
Hampir dua minggu dekat sini, rindu pula nak masuk kerja. Rindu dengan Naim, Mira, Kak Intan. Darat dah, gunung dah, pantai je belum. Sebelum balik KL, aku nak bermalam di pantai pulalah. Mesti best kan. Aku nak balik KL, dekat sini pun serabut. Lepas muncul Zahwan, jadi lain pula. Ish!! Entahlah.

" Adik.. Kenapa termenung.." Abang mematikan lamunanku. Terkejutlah juga. Aku tak jawab pun. Abang terus duduk di sebelahku.

" Benda yang kita tak nak berlaku, dah berlaku pun dik.." kata abang perlahan.

" Nak buat macam mana, dah takdir. Redha jelah bang.." jawabku selamba.

" Iyalah kan, redha jelah. Hmm.. ish!! Mana boleh redha je dik, bermusuhan nanti mereka tu, macamana? Aduhaii..." aku ketuk dahi sendiri.

" Hahaha.. " aku gelak kuat.

" Gelak pula. Abang tengah pening ni, macamana nak buat mereka okey semula.."

" Tak payah pening-peninglah abang, relax lah.. Pening pun bukan boleh selesai masalah, tapi bila dah relax baru boleh fikir.. Betul tak?!" Aku senyum. Abang mengangguk perlahan.

" Abang kata nak jalan.. Nak pergi jam berapa?!"

" Nak jalan apa benda kalau dah masing-masing tegang je muka.." kata abang.

" Sebab mereka tegang tulah kena buat mereka senyum. Adik ada idea. Jom..!!" Aku terus bangun dan tarik tangan abang. Abang hanya ikut je. Sambil jalan kami macam biasa, borak-borak seperti tiada apa yang berlaku. Senyum dan gelak. Kan tenang.

Dari jauh aku dah nampak Zahwan duduk di koridor. Menelefon seseorang. Aku senyum. Tapi Faliq aku tak nampak. Aku cari dekat dalam rumah pun tiada. Mana pula dia pergi. Aku keluar semula. Aku ajak abang dan Zahwan pergi turun sungai. Dengar bunyi air sungai mengalir, pasti akan tenang. Dekat tepi sungai ada satu tempat duduk, Abang Man yang buat. Seronok tau. Aku menuruni satu persatu tangga batu sungai, aku tersenyum bila nampak Faliq sedang duduk seorangan di batu besar menghadap ke sungai. Aku menghampirinya tanpa dia perasan. Fokus betul dia meghadap sungai, sampai aku dekat sebelahnya pun dia tak perasan. Aku terus mencucuk pinggang dia dengan jari. Terkejut beruk dia. Memang lawak gila lah muka dia. Dia senyum dan gelak. Aku jangan cakaplah, memang gelak sebesar-besarnya. Abang menggelengkan kepala tengok gelagat aku. Zahwan pula pandang kosong je.

" Amboii.. sukanya dia.." aku masih lagi gelak.

" Hahaha.. Aduh sakit perut saya gelak.."

" Dah habis dah.."Faliq senyum.

" Dah.. dah.. penat dah gelak. Apa yang awak menungkan ni, sampai saya dekat sebelah pun tak perasan.." tanyaku. Duduk di sebelahnya.

" Tak ada apa. Tengok air tu, macam nak mandi je tapi sejuk sangat pula.." katanya. Aku tahu Faliq menyembunyikan sesuatu. Dia tak nak bagitahu.

" Ha.. tahu tak apa. Tak pasal-pasal beku. Eh! Jom...." Aku berdiri dihadapannya.

" Nak ke mana?!" Tanyanya.

"Ikut jelah.." Aku jalan naik ke atas, menghampiri abang dan Zahwan. Faliq mengekoriku di belakang. Bincang punya bincang, mereka setuju. Okey! Aku mengenyitkan mata pada abang. Plan pertama, berjaya. Kami menuju ke rumah mahu bersiap. Aku jalan bersama abang di hadapan. Manakala mereka dibelakang jalan . Tapi senyap sunyi je. Tak borak langsung. Alahaii.. macam budak-budak je. Padahal dah tua dah.

Setengah jam kemudian, aku turun. Mereka bertiga sudah tunggu aku. Nampak okey, dah mula berborak macam biasa. Cuma tak berapa nak kecoh macam biasa. Tapi tak apalah, janji mereka tak tegang lagi. Aku senyum.

" Dah siap ek! Okey jom..!" 

" Tapi kita nak kemana ni?!" Tanya Faliq.

" Jalan.."jawabku ringkas.

" Disebabkan Wan lebih arif dekat Kundasang ni. Apakata Wan bawa kami jalan tempat-tempat yang best dekat sini. Boleh?!" Cadang aku.

" Bole je. No problem.." Zahwan senyum. Okey cun!!. Kami pun mula gerak. Pada mulanya abang nak guna je kereta Abang Man tapi Zahwan pelawa guna kereta dia je. Sukahati lah. Zahwan memandu, Faliq disebelahnya. Aku dan abang jadi bos dekat belakang. Hahaha..

Zahwan bawa kami pergi Desa Castle, Pekan Kundasang, teruja aku tengok pelbagai jenis  bunga rose. Cantik sangat. Lepas tu kami makan sayap ayam, jalan pula ke Ranau. Agak jauh sikitlah tapi seronok. Permandangan hijau. Bestlah. Aku dah dua kali ke sini tapi setiap kali pergi mesti ada perubahan dan yang penting pengalaman yang berbeza-beza.  Sepanjang perjalanan kami, aku buat kecoh je. Aku ajak mereka berbual, tanya itu ini. Nak dapatkan kemesraan itu semula. Alhamdulilah.. ada senyuman antara keduanya. Sampai ke destinasi, aku biarkan mereka berdua berjalan. Aku dan abang tak renggang. Berkepit je sana sini. Jadi, antara mereka tak adalah nak berebut-rebut dengan aku. Makan ke minum ke aku tetap dengan abang. Aku rasa seronok sangat tengok mereka dah seperti biasa. Tapi hati mereka aku tak tahulah.

Dalam jam 5.00petang kami pulang ke rumah. Sebelum maghrib kena ada dekat rumah, abang nak berjemaah sekali. Kami pun okey saja. Dalam perjalanan pulang tu, Zahwan, Faliq dan abang berborak mesra. Gurau senda gelak tawa. Aku senyum, happy. Aku menyandarkan badan dekat seat, pejam mata. Nak lelap kejab. Ngantukk..!!

Bila tengok Zahwan dan Faliq dah mesra seperti biasa. Aku rasa cukup bahagia. Aku risau dan takut disebabkan aku mereka bermasam muka, disebabkan aku mereka bergaduh dan disebabkan aku persahabatan mereka terputus. Aku tak nak rasa bersalah dalam hidup. Menjadi punca terputusnya ikatan silaturrahim  itu jahat namanya. Huwaa!! Aku tak nak jadi jahat. Cukup lah aku degil je. Hehe..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku