Kerana Janji
Bab 64
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
105

Bacaan






Malam akhir kami di rumah Abang Man dan maknanya malam akhirlah aku di Kundasang. Alahai Gunung Kinabalu, sedih pula nak tinggalkan kau. Jangan lupa aku tau. Insha Allah.. Panjang umurku, murah rezekiku. Aku akan datang lagi bertemumu,bisik hatiku. Padahal malam-malam macam ni manalah boleh nampak gunung. Hehe.. Aku memeluk badan, sejuk hingga ke tulang rasa. Sangat sejuk. Pakaian aku dah kemas awal, bagasiku sudah pun ku letak di tepi pintu. Senang, tinggal angkat je. Aku duduk di katil. Termenung seketika. Macam-macam yang berlaku disini, sekelip mata je. Perkara yang tak pernah difikir pun sudah berlaku. Pengalaman yang amat berharga. Semoga jadi pengajaran untuk masa depanku. Baru je nak labuhkan badan ke tilam yang empuk ni, handphone aku berbunyi. Pelik juga, siapa yang call malam-malam begini. Aku capai handphone. Aikk!! Kenapa abang call pula ni.

" Dik.. Dah tidur ke?!" Suara abang ditalian.

" Belum lagi. Baru nak baring ni. Kenapa?!" Jawabku.

"Turun sekejab dik, ada hal sikit..?!"

" Ada hal..? Hmm.. 5 minit lagi adik turun.." talian, ku matikan. Aku letak semula handphone di atas bantal. Lalu ku pakai tudung dan terus melangkah. Ada hal? Hal apakah? Masih tertanya-tanya. Ini mesti kes tak selesai lagi, harap semuanya okey lah. Kataku sendiri. Aku menuruni anak-anak tangga, mata meliar mencari kelibat abang. Tiada di ruang tamu, aku terus menuju ke koridor. Nun dihujung rumah mereka bertiga. Ditemani lampu neon, aku senyum. Abang dan Faliq duduk di kerusi kayu, manakala Zahwan berdiri di dinding. Muka masing-masing kelat. Dah kenapa pula. Hmm.. Aku menghampiri mereka, tiga-tiga  fokus kearahku. Aku senyum dan belum pun sempat sampai ke tempat abang duduk. Zahwan terus menerpa ke arahku. Pelik.

" Aliaa.. Saya nak awak cakap jujur Aliaa, Awak pilih saya atau Faliq? Tolong mengaku depan mereka, please?! " Langkahku terhenti. Zahwan betul-betul berhenti dihadapanku. Aku berkerut. Terdiam. Pelik. Tiba-tiba mamat ni.

" Eh! Wan.. Janganlah paksa dia macam tu. Bagilah ruang. Tolong hormat sikit.." Abang terus bangun dan dekat padaku. Suara abang keras. Abang marah. Aku terpinga-pinga sendiri , tak faham situasi. Faliq pun terus berdiri. Wajah dia pun ketat je, tepat pandang Zahwan. Abang tarik tangan aku, rapat dengannya. Zahwan undur sedikit ke belakang. Aku tengok muka Zahwan dah macam orang sasau je.

" Apa yang dah berlaku ni, abang?" Aku tanya abang.

" Abang bincang dengan Faliq dan Zahwan, nak selesaikan semua ni tapi ada yang tak boleh terima dan tak puashati.." kata abang menyusun ayat.

" Tak boleh terima? Tak puashati? Apa ni, adik tak faham?" Aku masih lagi bertanya. Aku sengaja tanya, padahal aku tahu maksud abang. Aku pandang Faliq, muka dia relax je. Muka pasrah.

" Abang dah cerita semua dekat mereka, mereka pun dah luah masing-masing tapi kalau ada yang mereka simpan dalam hati tu, abang tak tahulah. Sekarang ni, elok kalau adik sendiri yang cakap depan mereka, terus-terang depan mereka, apa keputusan adik atau apa yang adik rasa..." Aku mendengar dan mengangguk tanda faham.

" Abang tak nak paksa. Tapi iyalah adik faham kan keadaan ni. Hati dan perasaan, adik sendiri yang rasa, jadi semuanya dari adik. Abang tak boleh bagi keputusan.. Jadi, luahkanlah depan mereka. Buatlah keputusan yang terbaik.." abang tepat pandang ke anak mataku. Aku memahami maksud abang. Memang sebenarnya aku sendiri kena terus-terang depan mereka. Biar semua dengar sendiri penjelasanku dari hatiku. Tapi kerana hormati abang sebagai wali aku, aku lebih percaya abang untuk mulakan.

Hmm.. aku tarik nafas perlahan. Aku jalan ke depan sikit dan sandar di tiang lampu kayu. Aku memeluk tubuh. Sejuk sangat. Aku berada  ditengah-tengah antara Zahwan dan Faliq. Abang duduk semula. Aku menoleh ke arah Faliq dan kemudian menoleh ke arah Zahwan pula. Kedua-duanya pandang tepat ke wajahku. Wajah Faliq sayu je. Dari tadi tak dengar suaranya. Tak akan redha macam tu je kut. Zahwan pula, muka tak puashati. Ni muka tak boleh terima takdir ke apa. Dah macam pesalah je mereka ni, hehe.. Bisik aku dalam hati.


Hohoho.. Aku kena buat satu keputusan yang terbaik. Untuk masa depan dan hidup aku sendiri. Satu keputusan yang bijak agar tidak menyesal kemudian hari. Bila ia melibatkan hati dan perasaan sendiri dan hati dan perasaan orang lain. Memang sangat sukar. Tapi nak atau tidak, aku kena juga buat keputusan. Aku dah fikir, dah ada keputusan pun. Jawapan datang bukan dari hati aku semata-mata tapi ia juga datang dari bantuan ilahi. Aku yakin dan percaya ini adalah yang terbaik untuk hidup aku. Apapun keputusan, selepas ini aku kena bersedia hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebagai ujian untuk aku. Yup!! Bersedia. Tak ada manusia yang tidak diuji. Allah sayang sebab tu Allah uji hambanya.

Aku senyum pada mereka. Lama juga aku berdiam. Mencari kekuatan untuk meluahkan segalanya tanpa ada yang kecil hati. Aku takut, andai kata-kata aku nanti buat salah seorang antara mereka kecil hati dan akan tersimpan sebagai dendam. Bahaya!! Hati manusia tiada siapa tahu. Aku senyum. Aku pandang abang, dan abang mengangguk.

" Zahwan.. Apa yang saya nak cakapkan ni semua dari hati saya sendiri. Tak ada paksaan atau tipu bagai, tak pun. Saya harap awak faham dan saya harap awak hormati keputusan saya.." aku menyusun ayat.

" Wan.. memang saya tunggu awak selama ni. Semata-mata kerana janji  awak, saya sanggup tunggu sehingga saya tutup hati saya untuk insan yang benar-benar ikhlas pada saya.." Aku pandang Zahwan dan kemudian pandang Faliq juga.

" Iya.. Memang saya pernah sayang awak tapi itu dulu, bukan lagi sekarang. Saya pernah cakap pada awak dulu masa kita berjumpa di KK, sebelum saya balik KL. Saya cakap, saya tinggalkan hati saya di lautan ini kerana janji awak dan jika saya datang semula ambil hati saya, brmakna dah tak ada lagi ruang dan peluang untuk awak walaupun sebesar zarah. Tak ada!! Saya ada hak untuk cari kebahagiaan saya sendiri, Wan.. Kebahagiaan saya bukan bersama awak. Maafkan saya.." kataku tegas. Zahwan pandang tepat kearahku, tak berkelip mata. Abang dan Faliq hanya mendengar.

"Aliaa tapi.. manusia sentiasa melakukan kesalahan kut, tak ada manusia yang sempurna dekat dunia ni. Bagilah saya peluang untuk tebus semua ni Aliaa.." Zahwan menghampiriku. Pandang tepat ke wajahku. Aku menundukkan kepala.

" Maafkan saya.."

" Saya akui saya salah, saya tak hargai awak, saya sia-siakan awak. Awak tak sama dengan perempuan yang pernah saya jumpa sebelum ni. Saya tahu kasih sayang awak sangat mahal, tak mungkin dengan mudah awak boleh lupakan saya kan dan tak mungkin terima lelaki lain. Tak mugkin kan.." Zahwan masih lagi tak puashati dengan keputusan aku. Nafasnya turun naik. Tak tenang. Terlalu yakin.

" Maafkan saya Wan.. Semuanya dah berakhir. Hati saya bukan untuk awak lagi. Maafkan saya.." sekali lagi ku jelaskan. Tegas setegas tegasnya.

" Awak tolak saya sebab awak pilih Faliq kan.. Ha?!" Tersentak aku dengar. Zahwan pandang sinis dekat aku. Suaranya agak keras.

" Saya pilih Faliq atau pun tidak, itu bukan masalah awak.."

" Aliaa.. Apa Faliq boleh bagi awak, saya boleh bagi lebih dari itulah.." Dah lain dah Zahwan ni. Berkerut Faliq pandang Zahwan. Mahu ada yang kena penumbuk ni kang.

" Bro.. janganlah melampau.." Faliq bersuara.

" Salah ke apa aku cakap bro.. Apa yang Aliaa nak, aku boleh bagilah, cakap je nak apa. Dia nak rumah, nak kereta, semua lah.." Aku menggeleng kepala. Mengucap panjang. Sampai macam tu sekali dia fikir aku.

" Kau ingat adik aku hadap ke dengan harta kau? Kau ingat semua tu boleh beli kasih sayang dia ke Wan.." Abang terus berdiri, dia pula bersuara mempertahankan aku. Bila abang dah bersuara.

" Memanglah.. Dah nama pun perempuan kan. Apa lagi diaorang nak kalau tak harta lelaki. Sama je dengan adik kau..."

" Sama ye Wan.. Ni sama.. Dushh!!!.." Ambil kau, kena penumbuk sebiji dekat muka. Aku senyum. Padan muka. Suka-suka nak bandingkan aku dengan perempuan dia. Sedap tak.

" Ada otak guna, bukan letak dekat lutut. Jangan ingat kau berharta, kau boleh beli kasih sayang perempuan. Belajar tinggi, ilmu agama di dada tapi bangang.. " Terdiam seribu bahasa Zahwan. 


Dia memegang mukanya yang sakit. Terkebil-kebil. Terlajak perahu bole berundur, terlajak kata penumbuk dapatnya. Aku menggeleng-geleng kepala.

" Aliaa.." Zahwan pandang aku.

" Terima kasih setiap kata-kata awak. Saya tak ada hak nak menghukum. Terima hakikat kita tak ada jodoh, jangan ganggu saya lagi. Saya doakan awak akan temu jodoh yang lebih baik. Maafkan saya.. " Aku melangkah perlahan nak masuk ke dalam lagi baik. Semua dah aku luahkan. Dah habis.

" Aliaa tunggu kejab..!!" Faliq menjerit panggil aku. Aku berhenti melangkah dan menoleh kearahnya. Dia berhenti di hadapan Zahwan. Memandang tepat ke muka Zahwan. Senyum. Aku perhatikan je.

" Kau dengar baik-baik ni. Lelaki tercipta bukan untuk menghina wanita tetapi untuk memuliakan wanita dan lelaki tercipta bukan untuk mempermainkan wanita, tetapi untuk menghargai wanita. Tak lengkap kalau sebelah je kan. Jadi.. Dushhh!!! " kena sebelah lagi penumbuk dari Faliq pula.

"Ni akibat kau menghina dan tak menghargai Aliaa.. Sorry sahabat.. " Faliq senyum. Lalu terus berjalan menuju ke arah ku. Zahwan pandang ke arah abang, abang angkat bahu. Terpaku Zahwan sendiri. Aku terus melangkah meninggalkan mereka.

 Faliq mengekoriku. Dia panggil aku, aku buat tak tahu je. Aku terus menuju ke dapur. Ambil gelas kaca dan tuang air suam. Lalu duduk di kerusi kayu. Memandang ke gelas kaca itu. Menarik nafas dalam. Rasa seperti mahu menangis pun ada. Perit sebenarnya nak hadapi. Tak pernah rasa terhina macam ni. Sekeras-keras hatiku tapi sensitif sebenarnya. Sampai hati Zahwan cakap aku macam tu. Inilah yang Allah tunjuk padaku. Perancangan Allah sangat baik dan datang tepat pada masanya. Alhamdulilah.. Faliq duduk dihadapanku. Senyum.

" Sabarlah. Tak payah fikir apa yang Wan cakap. Abaikan je ya.. Awak kan wanita kuat semangat, tegas, yang penting garang macam Singa.." pujuk Faliq. Aku senyum.

" Macam ni lah. Kan manis bila senyum. Jangan ambil hati apa yang Wan cakap tadi ya. Dia pun dah kena dua penumbuk padu tadi. Lagipun esok kita dah balik, dah tak jumpa lagi kut.." sambung Faliq lagi. Punyalah risau dia, tengok aku macam ni. Senyap je.

" Saya tak ambil hati pun. Bagi saya, bila saya dah keputusan muktamat dah kira okey lah tu. Yang lepas biar lepas. Nak fikir pun untuk apa kan. Buat sakit jiwa je.." kataku .

"Yup!! Setuju.. setuju..!! Eh! Tapi.. hmm.. Awak tak fikirkan saya ke. Iyalah.. Saya ni kan sayang awak, saya pun tak ada peluang juga ke..?!" Alahai teman mesra aku ni. Sedih pula dia. Aku senyum. Dia buat muka sedih.

" Apapun terjadi, awak tetap teman mesra saya sampai bila-bila. Tak akan pernah terpadam dalam hati saya wahai teman mesraku.." jawabku. Senyum dan senyum.

"Teman mesra je ke?! Hmm.. teman mesra pun teman mesra lah. Pasrah dan redha je lah.." Hahaha.. aku gelak. Sengaja nak dengar jawpaan dari mulut dia.

" Aik!! Putus asa nampak?! Tak nak fight ke?!" sanbung ku lagi.

" Dah orang tu tak nak kita, nak buat macam mana. Redha je lah.." Aku gelak lagi. Merajuk pula dah.

Faliq oh Faliq..!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku